BAB 1

43.1K 1.5K 22
                                    

AZWA terus keluar dari pintu KLIA 2. Dari jauh dia dapat melihat raut wajah walidnya. Dengan pantas dia mendekati walidnya. "Assalamualaikum, walid. Rindunya dekat walid." Kata Azwa lalu menyalami walidnya.

"Waalaikumusalam. Walid pun rindu kakak. Semua orang rindu kakak tau." Balas walidnya. Tanpa sedar, air matanya bergenang. "Kakak rindu walid sangat-sangat." Kata Azwa lagi lalu ke kereta walidnya.

"Mana yang lain? Takkan la walid seorang je yang datang jemput kakak." Kata Azwa lagi. Lengan walidnya dirangkul kemas.

"Adik ada dekat rumah. Ummi pun ada dekat rumah. Katanya nak siapkan juadah untuk kakak." Balas walidnya. Sampai sahaja di kereta, terus Azwa membantu walidnya memasukkan barang serta bagasinya ke dalam kereta.

"Kakak tak kena kacau kan masa dekat Mesir?" Soal walidnya. Azwa hanya tersenyum manis. Alhamdulillah, sepanjang tempoh pengajiannya di sana, tak pulak dia diganggu. Kalau ada pun, sekadar orang lelaki kirim salam aje.

Azwa terus menggeleng. "Ummi ni nak kena la. Buat susah-susah je tau masakkan untuk kakak. Kakak baru je nak masakkan untuk semua." Kata Azwa dengan nada berjenaka.

Walidnya hanya menggeleng. "Kakak tu yang nak kena. Mesti la kakak nak jet lag. Penerbangan lama pulak tu. Kenapa kakak balik lambat sangat? Kakak sebenarnya nak bekerja dekat sana, ya?" Soal walidnya. Azwa sekadar ketawa dan menggeleng.
"Kakak tak dapat apa-apa surat lagi ke?" Soal walid. Azwa menggeleng. Dalam hati walidnya hanya mengucap syukur.

"Walid dengan ummi akan berangkat untuk menunaikan haji bulan depan. Zulhijjah dah nak dekat. Tapi sekarang ni akhir Syawal. Ummi dengan walid dah buat persiapan." Kata walidnya. Azwa menghela nafas.

"Alhamdulillah, tercapai juga hasrat ummi dengan walid. Tapi kakak tak habis luangkan masa dengan ummi dan walid lagi. Kakak kan baru je balik dari Mesir." Kata Azwa lagi. Macam-macam la yang mereka bualkan sepanjang perjalanan.

********

"What? Married?" Kata Tengku Faris dengan kuat. Tidak percaya dengan apa yang dikatakan oleh orang tuanya. Dia terus menanggalkan tienya. Terus butang pada bajunya dibuka satu per satu. Lalu dia menghempaskan badannya pada sofa L yang empuk.

"Yes, Tengku Faris bin Tengku Faezrul. M.A.R.R.I.E.D. Married. Tak jelas lagi ke?" Jawab ibuya sambil menyebut satu per satu huruf bagi perkataan married.

Tengku Faris mencebik. "Mum, please. I'm just 26. Please let me enjoy my life. I'll be 30 soon." Balas Tengku Faris. Ibunya terus bangun dari duduknya lalu mendekati anak tunggalnya.

Rambut anaknya diusap lembut. "Young man, you should married before thirty. Do you want people to call you BUJANG TERLAJAK?" Balas ibunya lagi. Cuba memujuk Tengku Faris untuk berkahwin.

"Seriously mum. You just asked your one and only son to married with people that he don't know. Do you want to destroy your son's life?" Balas Tengku Faris dengan marahnya. Dia sudah tidak peduli dengan perasaan ibunya. Menyesal aku balik rumah. Getus hati Tengku Faris.

Ayah Tengku Faris yang tadi hanya memerhati mula campur tangan dalam topik perbualannya. "Selalunya pilihan orang tua is always right. Like your cousin, he's now having a very happy life with a cute little junior." Tengku Faris melepaskan keluhan besar.

Ayahnya selalu sahaja membandingkan dirinya dengan sepupunya yang kerek lagi poyo itu. "Itu pun sebab kena tangkap khalwat. Bukannya sebab pilihan mak ngah dengan pak ngah." Balas Tengku Faris selamba. Yang sebenarnya, sepupunya itu yang selalu mencemburui hidupnya.

Kerana Tengku Faris lahir dengan segala kemewahan hidup. Harta keluarga mereka tidak akan habis tujuh keturunan. Tetapi lain la dengan hidup sepupunya itu. Lahir dalam kemewahan tetapi harta kekayaan keluarga Tengku Majid iaitu atuk mereka tidak diwarisi oleh keluarga sepupunya.

Mr And Mrs TengkuWhere stories live. Discover now