BAB 43

21.4K 659 22
                                    

AZWA menahan geram. Dia kena pandu kereta. Suami nak rehat. Masalahnya, suami dia tu duduk dekat seat belakang. Apa Tengku Faris ingat yang Azwa ni supir ke apa. Amboi, banyak handsome muka dia.

Dengan penuh berhati-hati Azwa memandu kereta suaminya. Buatnya big boss dekat belakang tu bising sebab dia memandu laju. Malas Azwa nak layan.

"Laju sikit boleh tak. Bawa kereta macam siput sedut. Lori dekat sebelah pun boleh potong. Kereta saya ni bukannya kereta muatan berat. Tak perlu berada di jalan kiri." Azwa berdecit. Bising dah dia.

Azwa apa lagi, dia tekan la pedal minyak. Ambil kau. Mulut bising sangat kan! "Orait, boss." Azwa menjawab, geram. Kira bagus dah Azwa yang tolong pandu kereta.

Baru Azwa nak alih siaran radio, Tengku Faris dah berbunyi. "Jangan memandai nak alih siaran." Azwa mengetap bibir. Benda kecil je dah tak boleh nak buat dalam kereta suami dia ni. Banyak songeh la.

Azwa fokus dengan pemanduannya. Bila dah sampai kondo, Azwa lega. Gila tak lega, mulut encik suami tu bising sangat. Tak rehat pun. Siap main handphone sambil menyanyi. Kalau Azwa tahu macam ni, tak perlu dia bersusah-payah nak jemput encik suami tu.

"Buatkan saya air." Baru je buka pintu rumah, Azwa dah dapat arahan. Ya Allah, dah kenapa la dengan suami dia tu.

Tak nak jadi isteri derhaka la kan, Azwa terus membuatkan air untuk suaminya. Lepas tu, cawan tu biar atas meja makan je. Bukan reti nak letakkan dekat dapur. Azwa bersabar je...

Dua bulan kemudian...

AZWA kini sudah berada di dalam hospital. Dah ada bilik pejabat sendiri lagi. Walaupun tak besar seperti bilik pejabat suami dia, Azwa tak kisah. Yang penting ada tempat dia. Tak kisah la kecil ke besar bilik pejabat dia tu.

Azwa tersenyum sekali lagi. Cantiknya dia memakai coat doktor. Dengan stethoscope melingkar di tengkuk belakang lagi. Kau adaaa... Azwa puas hati. Tak sia-sia usaha dia belajar dekat Mesir selama 5 tahun.

Sebulan lepas dia berjaya dengan jayanya sebagai intern di hospital ini. Betapa banyaknya kerja dia. Tengku Faris pulak bising sebab Azwa sibuk dengan kerjanya. Terkejut Tengku Faris lepas dapat tahu pekerjaan Azwa. Baru Tengku Faris tahu yang Azwa ni bekerjaya. Dia ingat yang Azwa ni takde kerja. Asyik duduk rumah je.

Excuse me, Tengku Faris sendiri yang suruh dia berhenti jadi guru tadika dekat Tadika Mesra tu. Kalau tak berhenti, memang Azwa akan sambung kerja di situ. Bila dia duduk rumah, Tengku Faris pulak yang bising sebab dia asyik duduk rumah. Dah elok-elok Azwa kerja di tadika. Kena pulak jadi suri rumah.

Oh, ya. Azwa dapat tukar dari hospital Putrajaya ke hospital di Kuala Lumpur. Takde la jauh sangat dia nak ulang-alik pergi balik. Kini Azwa makin sibuk. Balik rumah pun, bukan lama berada di rumah. Sekejap je. Itu pun Tengku Faris membebel.

Jangan dia suruh Azwa berhenti kerja sudah la. Kalau dia berani suruh, Azwa akan tumbuk-tumbuk muka handsome suami dia tu.

Jam tangan di pergelangan tangan di pandang. Dah waktu dia habis kerja. Harap lepas ni takde on-call la. Azwa mengantuk sangat. Rasanya tak boleh nak memandu balik la.

Takkan la dia nak menyusahkan suami dia kan. Sejak bulan lepas, Azwa langsung tak layan Tengku Adrian. Entah apa khabar dia, Azwa malas nak ambil kisah. Bukannya suami dia pun. Baik dia ambil kisah pasal suami dia je, ada jugak faedahnya.

Tanpa membuang masa, Azwa mengeluarkan telefon daripada handbagnya. Baik dia cepat, buatnya ada pulak nurse yang memanggil. Tak mahu Azwa. Waktu bekerja dia dah habis.

Mr And Mrs TengkuWhere stories live. Discover now