BAB 19

20.5K 623 7
                                    

AZWA terdiam. Mesti keluarga dia dah tahu pasal dia nak kahwin. "Haah. Dari mana kau dengar?" Soal Azwa pula. Tiada ribut, tiada taufan. Tiba-tiba je Wana datang lepas tu serbu dia pasal perkahwinan dia.

Wana menghirup vitagen berperisa anggur itu. Kalau tak cukup, boleh tambah lagi. Memang banyak pun vitagen dalam peti sejuk. Kan baik untuk penghadaman. Sejak Azwa balik Malaysia, semua ahli keluarganya rajin minum vitagen. Lebih-lebih lagi ibunya. Rajin ambil yoghurt anlene. Itu pun lepas Azwa paksa.

"Pak long dengan mak long yang bagi tahu. Mereka yang jemput." Kata Wana. Azwa mengangguk tanda faham. Dia juga turut menghirup vitagennya. Nak hadamkan kata-kata Wana. Cia cia cia.

"Oh, jemput la datang ya. Bawa la kawan-kawan kau sekali." Jemput Azwa. Wana nak Azwa sendiri yang jemput rasanya sampai siap datang ke rumahnya lagi.

Bila dah bakal pengantin sendiri jemput baru la dia mengangguk. "Mesti la aku datang. Majlis yang pasti didatangi oleh tetamu kehormat. Lagi-lagi ada orang kaya kan." Kata Wana. Tapi part yang last tu, dia kata slow-slow je. Tetapi dapat ditangkap oleh Azwa.

"Oh, ya.. Hm, kau datang sini tiba-tiba ni kenapa?" Giliran Azwa pula menyoal. Wana berhenti menghirup vitagennya yang dah habis. Pelik, dah habis pun tetap nak hirup. Hirup apa tu. Angin?

Wana terdiam seketika sebelum menyambung "Ibu aku suruh datang. Saje kut. Aku pun tak tahu kenapa mak aku suruh datang." Bohong Wardina lalu tersenyum menampakkan giginya yang sedikit kuning.

Azwa mengangguk lagi tanda faham. Tapi Azwa tahu yang Wardina menipu. Tapi dia buat tak kisah je. "Kau ambil course apa? Aku teringin sangat nak tahu." Kata Azwa mula bermanis mulut. Daripada senyap je tadi.

Buat apa la Wana datang rumahnya sekadar nak cakap pasal perkahwinannya. Baik dia balik je. Buat susah je naik teksi, bayar mahal-mahal. "Course biasa-biasa je." Balasnya.

Azwa hanya tersenyum. "Ye la tu biasa-biasa je. Cakap la course apa?" Soal Azwa lagi. Masih dengan suara lembut. Nak kata penat, dia memang penat sangat. Tak sangka pulak mengajar kanak-kanak sungguh memenatkan walaupun sekejap. Mereka tu banyak celoteh dan kerenah betul.

"Aku minat Mathematics. Macam yang kau sarankan dekat aku, jadi aku pun ambil Account." Kata Wana dengan gembira. Memang Wana ni minat sangat Matematik. Sebelum dia naik tingkatan empat, memang Azwa sendiri yang sarankan dia ambil Account. Sebab bukan apa, Wana tak minat Sains, kalau dia ambil kelas Sains, nanti dia tak boleh nak bawa.. Macam mana dengan masa depan dia nanti.

"Kau ada berapa tahun lagi?" Soal Azwa pula. Semakin prihatin nampaknya. Wana menjongket bahu. Aik, dia yang belajar, dia sendiri tak tahu. Tekun sangat belajar kut.

"Lagi setahun setengah bulan." Balasnya. Kemudian dia bangun. "Okey la. Aku nak balik dah. Bye." Pamit Wana. Maknanya dia habis akhir tahun depan la.

"Okey, Assalamualaikum." Ucap Azwa. Wardina menjawab salam lalu berlalu pergi. Malas Azwa nak offer hantar. Penat masih lagi terasa. Pandai datang, pandai la pulang.

******

"HAI cikgu, penat ke cikgu?" Ain terus duduk di atas katil kakaknya. Siap melompat-lompat lagi tadi. Terus bangun Azwa dibuatnya. Tengah syok tidur, terasa katil bergerak-gerak pulak. Aik, katil ni ada kaki ke.

Terus Azwa bangun dari pembaringannya. Tadi Wana datang. Lepas Wana balik, dia terus berlari masuk ke dalam bilik. Memang pintu rumah dia dah kunci lepas Wana keluar.

"Eh, macam mana adik masuk?" Soal Azwa. Masih mamai. Nasib rambutnya ketika bangun tidak serabai. Dia hanya membetulkan rambutnya dengan jarinya sahaja.

"Adik memang ada kunci rumah la. Kan sebelum ni pun adik pernah duduk rumah sorang-sorang." Ujar Ain. Azwa mengangguk tanda faham. Dia mengerling alarm clock yang terletak kemas di atas meja lampu di tepi katilnya.

6:30. Alamak. Dia dah la belum solat Asar lagi. Tadi dah pasang alarm pukul 5:00. Tak sedar kut. Dia lekas bangun dan menuju ke bilik air untuk berwudhuk. "Adik baru balik ke?" Soal Azwa setelah keluar dari bilik mandi.

Ain sudah berada di meja kerjanya. Hm, nak buka laptop orang la tu. "Amboi, siapa izinkan dia guna." Sengaja Azwa menyakat.

"Nak tengok cerita Korea la kakak. Dah-dah, pergi solat. Tak elok lambatkan solat ni." Ain menghalau. Tak nampak ke yang kakak dia ni memang dah bersiap pakai telekung.

Azwa terus memulakan solat. Usai solat, dia kemudian meluru ke arah Ain. Siap angkat kerusi daripada meja solek bawa ke sebelah Ain. Entah drama apa la yang dia tengok ni.

"Cerita apa adik tengok ni?" Soal Azwa. Macam menarik je cerita yang adik dia tengah tengok. Ada Lee Dong-Wook. Ada pulak Shin Se-Kyung. Azwa kenal je pelakon-pelakon Korea ni. Kawan baik dia la semua pelakon ni.

"Blade Man." Terus dia menyambung tontonannya. Amboi, tekun benar menonton. Selalu mesti nak pasang CD Descendents Of The Sun. Hari ni tak tengok pulak ya.

Macam best je drama ni. "Tak tengok pulak DOTS." Kata Azwa. Malas la dia nak sebut panjang-panjang. Jadi dia pendekkan je la tajuk drama kegemaran adik dia tu.

"Tak nak dah. Orang nak move on. Nak tengok drama lain pulak." Eh, sejak bila pulak adik dia ni dah reti guna ayat ni. Ingatkan still immature budak ni.

"Tengok cerita apa pulak lepas ni?" Soal Azwa. Nak juga ambil tahu. Katanya nak move on. Lagi pun dah lama Azwa tak tengok drama Korea ni. Last dia tengok drama Doctor Strangers. Best sangat cerita tu.

"Adik nak tengok cerita yang ada Kim Woo-Bin dengan Suzy la. Uncontrollably Fond. Kakak pergi la turun makan. Kawan adik belanja Secret Recipe tadi. Kan kakak suka Black Forest Cheese." Azwa terus turun ke bawah. Memang budak tu nak menghalau pun.

Tapi bagus jugak. Ada cake. Azwa memang suka Black Forest Cheese. Dah lama dia tak makan. Last dia makan, lima tahun lepas. Kali terakhir dia makan sebelum dia sambung belajar ke Mesir.

Dia terus menuju ke dapur dan mengambil sepotong kek lalu duduk di sofa di hadapan televisyen. Dipandangnya kiri dan kanan. Mana pulak ummi dengan walidnya.

Terus dia meletakkan piring berisi kek di atas meja lalu berlari naik ke atas untuk bertemu Ain. Takkan la ummi dengan walidnya tak balik lagi. Dah 6:50 p.m. ni.

★★★★★

LATE NIGHT PUBLISH. MAAF LA. SAYA SIBUK DGN KERJA KURSUS GEO LA. LEPAS NI PULAK, SIBUK DGN PT3. APA PUN, DOAKAN SAYA BERJAYA YA. SEMOGA SAYA MENDAPAT 8A DALAM UJIAN PT3 TAHUN NI. AMIN.

Mr And Mrs TengkuWhere stories live. Discover now