BAB 34

23K 680 20
                                    

SETELAH menghantar ummi dan walid Azwa ke KLIA, mereka terus ke kondominium Tengku Faris di tengah bandaraya Kuala Lumpur. "Buat la macam rumah sendiri." Ucap Tengku Faris mendatar.

Azwa mengetap bibir lalu melangkah masuk sambil membawa beg besarnya. Ada suami, takde guna weh. Dia sendiri yang angkat beg sendiri. Beg suami pun dia yang angkat.

Azwa memandang sekeliling. Buat macam rumah sendiri. Errr… Putih semuanya. Tak boleh jadi ni. Mudah ditumbuhi lumut kalau macam ni. Mudah kotor. No no no. Putih tak cantik.

"This is living room..." Terbantut. Azwa malas nak dengar. Boleh sengsara dia dekat sini kalau hidup dengan Tengku Faris dekat rumah ni. Macam takde oksigen je rumah ni.

"I can tell by looking." Azwa menyampuk. Tengku Faris menoleh memandangnya kemudian dia membuat muka 'ada aku kesah'.

Apa dia ingat Azwa tak reti beza mana ruang tamu dengan bilik stor ke apa. Sejak Azwa kahwin ni, dia rajin membebel sendiri. Macam orang gila.

Semuanya disebabkan oleh.... Tengku Faris bin Dato' Tengku Faezrul.

"Sana dapur. Kalau tak reti masak, tak payah sentuh dapur. Tiga bilik tidur. Master bedroom dekat tingkat atas. Ini kunci rumah. Satu set untuk awak." Mendatar je ton suara dia. Bosan mendengarnya weh. Macam suara robot tu ada.

Segugus kunci dihulurkan kepada Azwa. "Terima kasih." Azwa dah rasa geram dah ni. Ambil kunci tadi pun macam gaya menyambar pun ada.

Sedap aje Tengku Faris kata dia tak pandai masak. Hari tu sampai tambah dua kali mushroom soup tu sebab apa haaa. Aku yang buat mushroom soup tu. Itu yang dia kata tak reti masak. Tak reti rasa ke apa. Sabar Azwa.

"Make yourself at home." Kata Tengku Faris tiba-tiba lalu melangkah ke pintu.

Ok. Aku tak faham apa maksud mamat ni. "Hah?" Sarkastik betul mulut aku ni nak melontarkan ayat ni. Confirm dia ingat aku ni tengah blank, blur. Hakikatnya, ya.

Tengku Faris terdiam. Haa, tengah kutuk aku dalam hati la tu. "Awak nak ke mana?" Soal Azwa. Harap sangat la suami dia ni tak pergi mana-mana. Tapi tak mustahil je kalau Tengku Faris nak keluar. Kalau duduk kondo ni pun nak buat apa je.

"Bila awak nak balik?" Soal Azwa yang masih terpinga-pinga.

Tengku Faris yang sudah memegang tombol pintu, berhenti seketika. Berpaling memandang wajah Azwa tepat-tepat.

"Suka hati aku la. Better kau tak payah masuk campur hal aku. Bukan apa, nanti kau pulak yang meroyan." Pintu dibuka dan dia terus melangkah pergi.

Panas hati Azwa dengar. Sinis weh. "Aku tanya elok-elok, jawab tu elok-elok la sikit. Menyindir je tahu." Azwa membebel geram. Nasib suami dah keluar rumah. Kalau tak, mahu Tengku Faris marah sebab dia mengutuk Tengku Faris.

Lama juga Azwa berdiri kaku di tengah-tengah ruang tamu rumah barunya. Azwa mengeluh. Ops, correction. Ruang tamu rumah suaminya.

"Relax Azwa. Don't mind him. Dia sengaja nak dera kau secara mental. Relax, relax. Takkan la kalau seseorang doktor yang 'mental' boleh rawat pesakit kan." Azwa menenangkan dirinya.

"Kau pun asyik cakap sendiri je ni, Azwa. Semua ni sebab mamat tu la." Azwa mengetap bibir.

Di sebelah ruang tamu ada bilik tidur. Hm, boleh ajak mum dengan daddy tidur di sini. Di sebelah sana pulak dapur, putih lesu jugak sama macam ruang tamu ni. Azwa merengek geram. Tak boleh jadi ni.

Harap je kondo mewah. Siapa la pereka dalaman kondo ni. Low creativity level. Pintu peti ais dibuka, kosong. Telur ayam sebiji pun takde langsung.

Weh, apa aku nak makan ni. Dah la aku belum makan tengah hari. Kalau aku tahu la dalam peti ais ni takde apa, baik aku singgah restoran je tadi. Ini yang dia kata make yourself at home. Ni bukan home aku. No way. Aku kena buat tempat ni macam rumah ideal aku.

Beli barang-barang dapur dulu! Azwa terus mengangkat bagasinya naik ke tingkat atas. Takjub seketika apabila melihat bilik tidur Tengku Faris.

Takde la besar macam bilik Tengku Faris di rumah ibu bapa mertua dia. Bilik ni kecil sikit daripada bilik tidur Tengku Faris yang sebelum ni.

Walk-in closet pun ada. Bilik air pun tak sebesar bilik air yang sebelum ni. Haih. Bukan rumah kau pun Azwa. Ni kan rumah suami kau. Yang kau nak takjub sangat ni kenapa. Azwa mengingatkan diri.

Macam mana aku nak beli barang-barang dapur ni. Takkan nak naik teksi. Semua ni salah Ain. Kalau la Ain tak pakai kereta dia, dia dah boleh ke mana-mana dah.

Tiba-tiba pulak ada mentol menyala. Dah dapat idea. Mesti suami aku ada kereta lain. Tak salah kan kalau aku pakai kereta dia.

Tapi, mana dia letak kunci? Azwa melihat sekeliling. Peti kunci pun takde. Kat mana agaknya Tengku Faris letak ye.

Azwa naik semula ke tingkat atas. Barangkali Tengku Faris letak dekat dalam laci meja kerja ke. Dia terus membuka laci meja kerja Tengku Faris.

Betullah sangkaan Azwa. Tengku Faris letak segala macam benda dekat dalam laci meja kerjanya. Berselerak betul.

Semuanya serba tak kena di mata Azwa. Dia terus mencapai kunci kereta yang dia jumpa. Dia melangkah keluar dan mengunci pintu rumah lalu bergerak ke garaj kereta. Terkejut pun ada dia.

Tadi Tengku Faris parkir kereta dekat tempat lain. Yang ada dekat garaj pulak, kereta yang lain. Lampu daripada kereta BMW m5 menyala sejurus sahaja Azwa menekan punat hijau tadi.

Telan air liur sekejap. Gila la. Kereta-kereta mewah je yang ada dalam garaj kereta ni. Takkan la Azwa nak pandu kereta mewah suami dia ni. Buatnya dia terlanggar tiang nanti. Naya je.

Dengan lafaz bismillah, Azwa terus memulakan perjalanan menuju ke supermarket untuk membeli barang yang perlu. Kalau boleh, tak nak pergi jauh-jauh. Dah la bawak kereta suami tanpa pengetahuan suami.

                          ★★★

IDEA SDG MENCURAH-CURAH NI. HEHE. BILA LA AGAKNYA WATAK JAHAT NAK HIDUP.

Mr And Mrs TengkuWhere stories live. Discover now