SETELAH selesai mencuci pinggan mangkuk, Azwa mencapai kain lap kering untuk mengelap pinggan yang telah dicuci tadi sebelum diletakkan di dalam kabinet di dinding.
Sedang dia mengelap pinggan yang terakhir, tiba-tiba loceng rumahnya berbunyi. Azwa tersenyum. Takkan la Tengku Faris dah pulang. Takkan la Tengku Faris takde kunci pendua.
Azwa meletakkan pinggan dan kain lap kering itu di tepi. Tak sempat dia nak capai tudung. Rasanya suami dia yang menekan loceng.
Dia terus berjalan menuju ke pintu dan membuka pintu rumahnya. Alangkah terkejutnya Azwa melihat ada seorang manusia yang amat dikenalinya.
Manusia itu tersenyum sinis. Dah banyak kali Azwa kena tampar dengan manusia ni. Azwa terus menutup pintu rumahnya tetapi dihalang oleh manusia tadi.
"Wow, wow, wow. Wait, Azwa." Ariana menghalang Azwa daripada menutup pintu rumahnya. Azwa membuka semula pintu rumahnya. Berani betul manusia depan mata dia ni panggil nama dia. Apa dia ingat aku ni kawan dia ke. Desis Azwa.
"Kau nak apa!" Azwa marah. Risau kalau-kalau Ariana buat yang bukan-bukan pulak dekat dia. Dah la Tengku Faris tak balik lagi. Ariana tersenyum senget mendengar suara Azwa.
Ariana menyelitkan rambutnya di belakang telinganya. "Kau marah aku ke?" Macam orang bodoh Ariana bertanya. Tujuan dia nak menyakitkan hati Azwa je. Ariana hampir ketawa.
Azwa tersenyum sinis. "Tak la. Aku...-"
"Good. Tak nak bagi aku masuk ke?" Ariana terus menolak pintu rumah Azwa dengan kuat dan melangkah masuk. Azwa menahan sakit. Kaki dia yang menahan pintu tadi sakit sebab Ariana menolak pintu rumahnya dengan kuat.
Azwa bercekak pinggang. Ariana dah melampau ni. "Kau keluar sekarang! Melampau sangat masuk rumah aku kenapa!" Ariana yang baru sahaja melabuhkan punggung ke sofa menoleh dan memandang Azwa dengan tajam.
Senyum sinis masih terukir di bibir Ariana. Mahu tergelak dia mendengar kata-kata Azwa. "Rumah kau. Excuse me. Sepatutnya, rumah ni milik aku dan Faris. Bukan kau." Ariana mula berang.
Agaknya, mahu terjadi perbalahan antara Azwa dan Ariana. Azwa tersentak dengan kata-kata Ariana. Ariana tersenyum beraja melihat perubahan Azwa.
Ariana mengeluarkan sesuatu dari dompetnya. "Aku datang sini pun sebab ni. Tak nak la berlama-lama dekat sini. Menyampah pulak sebab berada di rumah yang sepatutnya jadi milik aku, jadi milik orang lain." Kad VISA Tengku Faris ditunjukkan kepada Azwa.
Azwa mengangkat muka melihat kad yang berada di tangan Ariana. Azwa masih lagi memandang kad di tangan Ariana tanpa mengetahui apa-apa. Azwa tertanya-tanya. Kad siapa tu.
Ariana tersenyum sinis. "Faris punya. Pulangkan dekat dia eh. Cakap dekat dia, Ariana kata thank you, honey. So sweet of you. Dah la. Aku nak balik." Ariana menghulurkan kad VISA itu kepada Azwa.
Azwa hanya menerima huluran tersebut. Dia jadi sedih. Suami dia bagi perempuan lain kad VISA dia. Dekat Azwa, Faris tak pernah pun macam tu. Setakat masukkan duit dalam akaun dia setiap bulan, ada la.
Ariana terus melangkah keluar dari rumah Azwa. Dia tersenyum gembira apabila melihat riak wajah Azwa yang terkejut menerima huluran kad VISA tadi.
Azwa meninggalkan kad VISA tersebut di atas meja kopi di ruang tamu. Azwa naik ke tingkat atas dan mengemaskan pakaiannya. Dia nak penjelasan Tengku Faris hari ini jugak.
Selesai mengemaskan pakaiannya ke dalam beg, dia memasukkan beg tersebut ke dalam kereta suaminya. Dah suami dia bagi dia kereta tu, dia buat la macam kereta sendiri, ye tak.
***
TENGKU Faris melangkah masuk ke dalam rumahnya dan ternampak Azwa yang sedang duduk di atas sofa sambil memandang TV yang tidak dihidupkan.
"Explain." Suara Azwa mendatar. Pandangannya masih belum beralih untuk memandang suaminya. Tengku Faris mengerutkan dahinya.
Dia menutup pintu rumah dan meletakkan briefcasenya di atas sofa dan melonggarkan tali lehernya. "Explain what?" Tengku Faris bercekak pinggang.
Air mata yang Azwa tahan dari tadi lagi hampir jatuh membasahi pipinya. "Credit card tu. That was yours, right!" Azwa menoleh memandang suaminya.
Tengku Faris baru perasan kad VISA di atas meja kopi tersebut. Tengku Faris menggaru rambutnya. "Mana awak dapat kad ni?" Azwa tersenyum sinis.
"Jadi betul la awak punya." Azwa terus berdiri. Air matanya sudah mengalir deras membasahi pipi.
"Ariana yang bagi. Dia kata thank you, honey. So sweet of you. So, awak dengan Ariana memang lovers la dulu kan." Sambung Azwa lagi separuh menjerit.
Tengku Faris memicit pelipisnya. Pening kepala dia. "Bagus la awak dah tahu." Kata-kata Tengku Faris mengguris hati Azwa dan menyebabkan air mata Azwa semakin laju meluncur.
"Ceraikan saya." Tanpa teragak-agak Azwa berkata. Dia dah tak tahan macam ni. Kes hari tu, pasal gambar suami dia dengan Ariana pun dia ada minta cerai.
"No. Takkan." Jawapan yang sama waktu Azwa minta cerai masa kes gambar di Korea tu Tengku Faris berikan.
"Please Azwa, saya balik ni, nak rehat. Penat. Tapi saya balik, awak pulak marah saya kenapa!" Sambung Tengku Faris lagi.
Azwa beristighfar di dalam hati. Dia mengelap air matanya. "Okay. Sorry." Azwa menunduk lalu keluar dari rumah dan menuju ke parking lot dan mula memecutkan keretanya.
***
DAHYA mengeluh. Bukan dia tak suka Azwa tinggal rumah dia, cuma dia risau hubungan Azwa dengan suami dia akan menjadi lebih teruk secara berterusan.
"Sampai bila Wawa nak tinggal rumah Hya?" Azwa mengangkat bahunya. Air matanya masih lagi meluncur laju. Salahkah dia dengan apa yang dia katakan kepada Tengku Faris.
Dahya menggosok belakang Azwa perlahan. Azwa memeluk lututnya sebelum dia menundukkan mukanya sehingga mengenai lututnya.
Terhinjut-hinjut bahunya. Dia tak tahan dengan semua ni. Kenapa la Tengku Faris tak nak ceraikan dia. Apa lagi yang Tengku Faris nakkan. Sakitkan hati Azwa lagi ke.
Dahya membelai rambut Azwa lembut sebelum beredar ke biliknya semula. Dahya masih bujang, belum berkahwin lagi. Tapi dah ada rumah dan kereta sendiri.
"Hya balik bilik dulu lah. Kalau Wawa nak makan, panggil Hya eh." Azwa sekadar mengangguk. Azwa menangis sehingga tertidur.
PAGI esoknya, Azwa bangun seperti biasa dan terus mandi. Dekat rumah orang, kena la jaga tingkah laku kan. Azwa cuma bakar roti je sebab itu je yang dia sempat buat.
Dahya turun untuk bersarapan sebelum mereka pergi kerja bersama-sama. Takkan Azwa bawa kereta suami dia, nanti Tengku Faris boleh kesan dia pulak. Eh, tapi nak ke Tengku Faris tu kesan Azwa.
Terkejar-kejar Azwa ke bilik pejabatnya dan wad pesakitnya. Nak kena buat rondaan lagi. Rondaan untuk melihat keadaan pesakit. Azwa terus menuju ke kaunter di lobby.
Terkejut Azwa bila ternampak sesusuk tubuh yang dikenalinya. Tengku Faris dan Adam. Berkerut dahi Azwa. Takkan la baru tinggalkan sehari dah rindu. Azwa terus mencapai fail di atas kaunter dan berlalu pergi. Tak nak dia berjumpa dengan Tengku Faris tu. Menyampah.
Biar Azwa jual mahal sikit. Asyik nak sakitkan hati aku je kan. Desis Azwa lalu berlari untuk ke wad pesakitnya.
★★★
Baca la Sweet Sixteen. I need your support guys.
Love,
A.
YOU ARE READING
Mr And Mrs Tengku
RomanceSinopsis : Rela dalam terpaksa, Nur Azwa menerima perkahwinan yang diaturkan oleh ummi dan walidnya demi kebahagiaan mereka. Dah la terpaksa berkahwin dengan Tengku yang sifatnya mengalahkan iceberg yang beku tu. Memang kehidupan Azwa penuh caba...