BAB 26

24K 726 9
                                    

THANKS LA SBB SUDI BACA SAMPAI SEKARANG. JANGAN BERHENTI MEMBACA TAU. TERUSKAN MEMBACA DAN JGN LUPA VOTE.

******

USAI membuka hadiah, Azwa dengan pantas naik ke biliknya untuk menunaikan solat Isyak. Usai solat Isyak, dia terus masuk tidur. Mudah-mudahan la Tengku Faris tu tak apa-apakan dia malam ni. Kalau boleh, Azwa rasa macam nak tidur je dalam bilik air tu. Selamat sikit rasanya.

Keesokan harinya, Azwa bangun dan mendapati yang Tengku Faris berada di sebelahnya. Dia terus memeriksa dirinya. Nasib baik la Tengku Faris tu tak buat yang bukan-bukan kepada dirinya. Kalau Tengku Faris ni berani nak apa-apakan dia, awal-awal lagi dia akan rasa tumbukan padu Azwa. Macam la Azwa tu reti bertumbuk.

Azwa terus mengejutkan Tengku Faris. Bahu tegap Tengku Faris ditolaknya. Banyak kali jugak Azwa berbuat demikian. Tapi, langsung takde effect. Tengku Faris masih lagi dibuai mimpi.

Azwa terus memicit hidung Tengku Faris. Lama jugak, rasanya dalam tujuh saat pun ada. Terus Tengku Faris terjaga. Tengku Faris terus menyentuh hidungnya. Tapi tangan Azwa pula disentuhnya.

"Bangun pun. Jom solat." Ajak Azwa. Tengku Faris mendengus. Jam loceng di meja sebelah katil dipandangnya. Dah masuk waktu dah ni. Azwa terus menuju ke bilik air untuk berwudhuk.

Tengku Faris menarik nafas dalam-dalam. Tujuh saat tak bernafas tadi. Memang boleh ganggu tidur orang je la dengan memicit hidung ni. Nasib baik bernafas lagi.

Usai berwudhuk, Azwa terus keluar dari bilik air dan giliran Tengku Faris pula mengambil wudhuk. Azwa membentangkan dua helai sejadah di atas lantai. Ummi sarankan supaya ajak suami solat berjemaah. Supaya rukun rumah tangga diberkati Allah.

Tak lama kemudian, Tengku Faris keluar dari bilik air. Dipandangnya lantai, ternampak dua helai sejadah. Kemudian dipandangnya Azwa. "Awak imamkan ye." Lembut Azwa mengajak. Tenang rasa hati dapat solat berjemaah dengan suami. Dia berdoa semoga perkahwinannya itu dilimpahi keberkatan Allah.

Usai solat, Azwa mencapai al-Quran di atas almari rak bukunya. Dia nak baca dalam tiga atau empat juzuk la kalau boleh. Masih awal lagi untuk menyiapkan sarapan.

Usai membaca al-Quran, Azwa terus mengemaskan telekung dan sejadah yang dipakainya. Suaminya itu sudah terlelap di atas katil. Agaknya, suami dia ni memang seorang yang mudah terlelap kut. Bagus la kalau macam tu, tenang sikit hidup Azwa.

Azwa terus mandi dan bersiap untuk membuat sarapan. Azwa terus keluar menuju ke dapur. Tak perlu rasanya kejutkan orang tuanya. Mereka mesti dah bangun siap-siap. Ain pun mesti dah bangun untuk solat. Azwa pun memulakan tugasnya sebagai seorang isteri. Jaga makan minum suami. Geli-geleman betul Azwa dengar. Tapi, tak baik cakap macam tu. Ni kan tanggungjawab.

Bahan apa yang ada dekat dapur tu, Azwa pakai je. Lauk kenduri semalam memang habis, licin. Takde tertinggal sisa langsung. Sedap sangat ke masakan catering tu. Azwa rasa, macam makan pasir je. Takde selera nak buat macam mana.

Dia tak tahu la suami dia ni reti ke tidak makan nasi goreng ni. Ni semua pun, buat alas perut je sebab kan hari ini majlis kenduri kahwin belah suaminya pula. Lantak dia la kalau tak nak makan. Yang pasti aku dah menunaikan tanggungjawab aku untuk pagi ni.

Azwa memandang jam di dinding dapur. 7:23 a.m. Sambil menunggu yang lain, Azwa duduk di hadapan kaca televisyen. Takde cerita yang best, kartun pun jadi la. Mana ada cerita Korea yang best waktu pagi macam ni. Cerita lama je yang ada.

Bila semua dah turun kecuali suami dia, dia terus menutup TV dan naik untuk memanggil suaminya untuk bersarapan. "Awak, bangun la. Sarapan." Kata Azwa seraya menolak-nolak bahu suaminya. Kalau kali ni suaminya itu tidak bangun jugak, memang Azwa akan memicit lagi sekali hidung Tengku Faris.

Tengku Faris terus berpaling. Matanya dibuka. Jarak dia dengan Azwa tidak la jauh mana. Tapi Azwa pulak yang gelabah. Azwa terus melangkah ke belakang. Hai la jantung, asyik berdegup je. Dah la kencang degupan tu.

Tengku Faris tersenyum senget. Geram Azwa melihat. "Jom sarapan. Yang lain dah ada dekat bawah." Ajak Azwa lembut-lembut. Terus Azwa keluar dari biliknya. Panas betul mukanya tadi. Dah mula nak memerah.

Tengku Faris mengikut langkahnya. Tangan Azwa direntapnya. Terkejut Azwa dengan tindakan suaminya itu. "Depan your parents, tunjuk je la yang kita ni bahagia." Kata Tengku Faris. Azwa tersenyum sinis.

"For what? They know already that our marriage is arrange marriage." Kata Azwa. Tangan Tengku Faris dilepaskannya.

Terus Azwa melangkah turun. Senyuman manis terlakar di bibir setelah ternampak ummi dan walidnya. "Rajinnya kakak buat sarapan pagi ni." Puji ummi. Azwa tersengih-sengih.

"Simple je ni ummi. Nasi goreng je pun." Kata Azwa. Tengku Faris mengerutkan dahi.

"Nasi goreng Jepun?" Soal Tengku Faris. Yang lain semuanya tergelak.

"Bukan la. Azwa kata, nasi goreng je-pun." Jawab ibu mertuanya, Puan Asfa. Tengku Faris membuat mulut 'o'.

Sejak bila pulak dekat Jepun ada nasi goreng. Tengku Faris pernah duduk dekat Jepun okey. So, dia tahu la makanan dekat Jepun tu.

Azwa dan Tengku Faris terus mengambil tempat mereka. Azwa pun mengambilkan nasi goreng untuk suaminya. Memang Tengku Faris makan dengan berselera betul. Tapi mulut diam je. Tak puji langsung nasi goreng yang isteri dia ni buat.

Usai makan, Ain dengan sukarelanya menawar diri untuk membasuh pinggan mangkuk. Senang sikit Azwa rasa. Dapat la dia bersiap. Tapi keluarganya juga harus ada. Azwa terus naik ke biliknya untuk bersiap. Pakaian mereka ada dekat bilik persalinan hotel.

Si Afrin Ahmad tu hantar pakaian mereka dekat situ. Mesti semua ni arahan Datin Dewi. Azwa bersiap ala kadar je la. Azwa dengan Tengku Faris harus ada lebih awal sebelum majlis kerana mereka harus bersiap.

Azwa malas nak melilit tudungnya, dia pakai instant shawl je. Terus dia turun ke ruang tamu. Sambil menunggu suaminya, dia bermain catur dengan walidnya.

"Walid, kami gerak dulu lah ye." Pamit Tengku Faris lalu mencapai tangan Azwa. Azwa melepaskan tangan Tengku Faris untuk bersalaman dengan walidnya dan kemudian umminya. Tak menyempat betul la kalau nak tunjuk mesra depan orang tua.

Mereka terus masuk ke dalam kereta. Laju Audi a5 Tengku Faris meluncur di atas jalan raya. "Tak tahu pulak yang awak makan nasi goreng." Azwa memecahkan tembok kebisuan di antara dia dan suaminya.

Tengku Faris mendengus. "Dah lapar, makan je la." Kata Tengku Faris. Hadiah yang dibuka mereka malam tadi sudah berada di seat belakang. Entah siapa la yang baik hati angkut letak dekat dalam kereta suaminya.

Sinis betul kata-kata Tengku Faris tadi. Sebab lapar je dia makan. Bukan nak jawab, 'saya memang suka nasi goreng' ke. Ini dia kata 'dah lapar, makan je la.' Geram Azwa rasa. Sabar je la.

Kemudian senyap semula suasana di dalam kereta itu. Lega Azwa rasa setelah mereka tiba di hotel mewah itu. Nasib baik la yang Fella ada bersama Afrin. Fella pun menunjukkan tempat persalinan untuk Azwa. Seperti biasa, Fella pun membantu Azwa dengan pakaian dan make-upnya.

Kalau boleh, Azwa rasa nak duduk lama-lama je dekat bilik persalinan dia tu. Dah la sejuk, tenang Azwa rasa. Tapi pada masa yang sama, jantungnya berdegup-degup. Berdebar-debar dia jadinya. Segan la dia, depan ramai tetamu kehormat. Takpe Azwa. Kau boleh. Azwa menenangkan dirinya.

★★★★★

UNTUNGNYA AZWA DAPAT KAHWIN DGN CEO... KAN... TAKPE LA AZWA. KENA LA TABAH. DAPAT SUAMI MCM TU.

Mr And Mrs TengkuWhere stories live. Discover now