BAB 46

22.5K 677 63
                                    

TENGKU Faris turun ke B2 untuk mengambil keretanya. Baru teringat ada mesyuarat penting di pejabat. Kalau tak kerana mesyuarat, takdenya dia akan ke pejabat. Dia sanggup tunggu Azwa sampai Azwa habis kerja kalau takde mesyuarat penting.

Sanggup dia tunjukkan diri di hospital dan menahan malu. Mana tak malunya, baju kemeja yang dipakai berkedut. Tidak diseterika. Dari kecil lagi dia tidak pernah menyentuh seterika.

Dia terus keluar daripada lif dan masuk ke dalam keretanya dan memecut laju untuk ke mesyuarat. Dah la mesyuarat tu dibuat di syarikat dia sendiri. Padahal bilik mesyuarat syarikat daddy dia jauh lebih besar daripada bilik mesyuarat syarikat dia, tapi daddy dia degil jugak nak buat mesyuarat di syarikat dia. Kena benarkan jugak. Dah la daddy dia orang penting dalam syarikat dia.

Baju dia semuanya Azwa yang uruskan. Sebelum kahwin, memang maid la yang buat semuanya. Lepas kahwin, buat apa dia nak upah maid. Dia nak buli Azwa dengan kerja rumah. Nak sangat kahwin dengan dia kan.

Terpaksa dia menahan malu lagi sekali untuk masuk ke pejabat dengan baju kemeja yang tidak diseterika. Tapi tak mengapa, ada blazer. Blazer boleh tolong cover. Tapi masalahnya, blazer pun berkedut. Seluar lagi la. Berkedut teruk. Memang tak boleh nak cover dah.

Pandai-pandai la dia bagi alasan kepada daddy dia pasal baju dia ni. Mesti semua staf gelakkan dia. Tengku Faris memakai cermin mata hitamnya kerana silau ketika memandu.

Sampai sahaja di pejabat, dia pantas memarkir keretanya dan masuk ke dalam pejabat lalu naik ke bilik mesyuarat. Takpe la. Hari ni je. Tahan malu hari ni je. Tengku Faris memujuk dirinya.

Seperti yang dijangka, semua staf asyik memandangnya. Ada yang dah nak tergelak. Ada yang tersengih-sengih. "Boss, you look so handsome as always." Puji Erin, kerani di tingkat itu.

Tengku Faris menyengetkan mulutnya. "Jangan perli saya. Tak baik." Kata Tengku Faris sinis. Takut Erin dibuatnya. Puji je, apa salahnya.

Tengku Faris masuk ke dalam bilik mesyuarat. Semua yang berada di dalam bilik mesyuarat menahan gelak. Memang boleh nampak sangat yang pakaian dia berkedut.

Dato' Tengku Faezrul hanya tersegih-sengih melihat anaknya menahan malu. Tamat sahaja mesyuarat, pekerja lain terus bersurai. Tengku Faris bangun dari kerusinya.

"Faris, wait a minute." Tengku Faris berhenti melangkah dan menoleh memandang daddynya. Pintu bilik mesyuarat sudah ditutup rapat oleh pekerja yang terakhir keluar.

Boleh dengar sangat gelak ketawa mereka dari luar pejabat. Tengku Faris menoleh memandang pintu bilik mesyuarat. Kurang gula punya pekerja. Tengku Faris menahan marah. Tengok la nanti, ada la yang kena marah kejap lagi. Korang tunggu, sabar eh. Tengku Faris memarahi pekerjanya di dalam hati.

Dia menoleh memandang Dato' Tengku Faezrul. "Yes, daddy. Anything?" Mesti fasal pakaian dia.

"Gaduh dengan isteri ke?" Tengku Faris pura-pura terkejut dengan soalan yang diajukan ayahnya. Macam mana orang tua ni boleh tahu.

Kemudian dia menggeleng laju. "Takde la. We're sweet together. Tak gaduh pun." Laju jawapan diberikan.

Tengku Faezrul mengangguk faham. "Then, kenapa tak balik rumah. Mum rindu tahu tak." Tengku Faris tersengih-sengih. Gulp! Telan liur.

Takkan la dia nak bawa Azwa balik rumah. Dah la hubungan mereka masih tak baik lagi. Baru angin sepoi-sepoi bahasa yang tiup rumah tangga mereka. Belum lagi ribut taufan. Tapi rumah tangga mereka dah pun bergoyang. Semudah itu.

Mr And Mrs TengkuWhere stories live. Discover now