BAB 41

22.2K 675 57
                                    

LEPAS HMC TAMAT, RASA NAK PUBLISH LAGI SATU BUKU LA. TAPI LAMBAT LAGI KUT. HOPE KORANG SUDI BACA LA NANTI.

***

TENGKU Faris dan Ariana dari tadi tergelak dan tersenyum je. Tak pernah nak terpadam garisan senyuman mereka berdua. Sekejap-sekejap bertentang mata. Bila bertentang mata, senyum manis kalah madu terukir balik. Malas nak cakap dah. Menyampah pun ada.

Ariana pulak yang nampaknya bermanja lebih. Mereka menikmati makan malam terlebih dahulu di restoran halal di Korea. Kruz dipaksa duduk berjauhan daripada mereka.

Tapi Kruz dengar la jugak apa yang dibualkan oleh majikan dia tu. Kruz lagi bertambah menyampah. Nak aje dia call isteri bos dia dan bagi tahu pasal hal ni. Tapi risau kena buang kerja, Kruz diamkan je la.

Entah dari ceruk mana la si Ariana ni muncul. Kruz pulak yang menyampah. Macam dia pulak isteri Tengku Faris. "Faris. Jom bergambar." Pinta Ariana. Iphone 6nya digawang-gawangkan.

Tengku Faris menggeleng. "Tak nak la." Ariana menarik muka. Masam mencuka muka dia tu. Kruz memang tengok je la drama free tu.

"Dah lama kita tak bergambar." Ariana seakan-akan nak menangis. Nak tunjuk merajuk la tu. Aku bagi penumbuk jugak la. Kruz pulak yang tak puas hati.

Tengku Faris mencapai tangan kanan Ariana yang berada di atas meja makan. Dia ingat ini drama ke sampai heroin siap letak tangan atas meja lepas tu hero dia pulak capai tangan heroin tu. Cliche la. Makin menyampah Kruz rasa. Macam nak muntah je dekat atas tangan Ariana. Eyy, geli la.

Sebab melihatkan muncung Ariana yang kalah ikan todak tu, Tengku Faris pun memujuk. "Okay."

Bukan main lagi Ariana. Tadi dia macam nak menangis. Sekarang senyuman lebar macam joker, ish, seram. Memang kau ni pandai berlakon la Ariana. Tepuk sikit. Kruz masih membebel seorang diri.

"Menggedik pulak dia." Kruz terlepas cakap. Kuat pulak tu dia cakap. Ah, lantak la. Memang Ariana gedik pun tadi. Kruz pun malas nak tunggu bos dia tu. Rasa macam nak tinggalkan restoran ni je.

Terus Ariana berhenti mengambil gambar bersama Tengku Faris. "You... I nak balik hotel la. Dah kenyang. Tak suka betul dengan orang yang tak puas hati dengan I." Tak tahu la Ariana bercakap dengan siapa sebab mata dia memandang Kruz.

Ariana terus bangun dan mencapai handbagnya. Lawak la Ariana ni. Kruz ingat yang dia akan naik cab tapi ikut suka hati dia je masuk ke dalam kereta Tengku Faris yang dipandu oleh Kruz. Kruz lupa nak kunci kereta tadi. Patut la Ariana boleh masuk.

"Mulut tu jaga sikit boleh tak." Sempat Tengku Faris berkata semasa Ariana sudah berada di dalam kereta. Kruz mengangguk lalu mengetap bibir. Memang ayat bos dia tu berbaur amaran. Menakutkan betul la. Memang Kruz dah agak yang Tengku Faris akan marah dia.

***

ARIANA terus menjeling Kruz apabila sampai di perkarangan Taeyang Hotel. Nak tunjuk marah dekat Kruz la tu. Tak sempat si Ariana ni nak bermanja lebih, Kruz dah menyibuk.

"I nak pergi bilik I. Bye. See you." Ariana meleraikan pelukan pada pinggang Tengku Faris. Kruz dari tadi bersabar je dengan perangai Ariana masa dekat dalam kereta tadi. Macam dia pulak isteri Tengku Faris. Siap melentok kepala dekat bahu Tengku Faris je.

Kalau ikutkan rasa hati, mahu saja dia berhentikan Ariana dekat tepi jalan. Tak reti nak naik teksi ke tak mahu keluar duit bayar teksi. Demand lebih.

Tengku Faris mencapai tangan Ariana. Kruz memang dah agak yang Ariana memang plan nak buat Tengku Faris sambut tangan dia. Bos aku ni pun satu. Layan sangat perempuan gila ni dah kenapa. Kruz hanya memerhati. Tapi dalam hati, macam-macam dia kutuk si Ariana ni.

Mr And Mrs TengkuWhere stories live. Discover now