BAB 55

22K 643 107
                                    

Sedihnya Ariana dah takde 😹😹 act, semuanya dah lari drpd apa yg sis nak buat 😹 ni semua sbb x sabar nak buang ariana la ni. Hm.
                            ***



TENGKU Faris tidak menangis langsung. Azwa hairan. Takkan la suami dia tak sedih. First love tersayang dia meninggal dunia, takkan la dia tak sedih.

Tapi Azwa gembira la jugak sebab Tengku Faris tak menangis. Bukannya suami dia tu ada hati lagi dekat Ariana tu.

Malas nak fikir pasal Ariana. Biar la keluarga dia yang uruskan dia. Takkan la dia takde keluarga pulak kan.

Dua bulan kemudian...

Tengku Faris memeluk Azwa dari arah belakang. Azwa sedang memotong sayur di dapur. Dah lama dia tak makan tengah hari sama-sama dengan suami di rumah.

Mentang-mentang la Azwa cuti hari ni. Dia pun menyibuk jugak nak cuti. "Awak. Saya tengah potong sayur ni." Kata Azwa sedikit marah. Azwa minta dilepaskan.

Tetapi Tengku Faris tetap tidak melepaskannya. "Sayang ni tak payah la susah-susah nak masak. Kita makan dekat luar je hari ni." Tengku Faris mengambil pisau pemotong sayur yang Azwa pegang.

Pisau itu diletakkan di atas chopping board. Tangan isterinya dicapai. Dahi isterinya dikucup. Tengku Faris tersenyum nakal. Azwa membalas senyuman suaminya dengan senyuman senget.

"Awak jangan nak mengada-ngada. Mum, daddy, ummi dan walid datang rumah hari ni la." Azwa terus mencuit kedua-dua belah pipi suaminya.

Tengku Faris mula memuncungkan mulutnya. "Muncung la panjang-panjang lagi. Saya tak layan nanti, baru tahu."

Kata Azwa lalu berpaling dan menyambung kerjanya yang tergendala kerana suaminya sebentar tadi.

Wajah Tengku Faris bertukar cemberut. Merajuk. Dia terus beredar ke ruang tamu untuk menonton televisyen.

Setelah selesai masak, Azwa menanggalkan apronnya. Dia meletakkan semua lauk di atas meja makan dan bedlalu untuk mengambil pinggan yang berada di kabinet. Azwa mendengus. Mana pulak pinggan ni. Rungutnya.

Azwa menjengket sedikit. Keluhan dilepaskan. Bila masa pulak suami dia ni letak pinggan dalam kabinet bahagian atas sekali. "Faris. Sayang."

Setelah berkali-kali memanggil suaminya yang masih tidak menyahut, Azwa pun beredar untuk mencari suaminya. "Tidur rupanya." Azwa terus melutut di atas carpet.

Tengku Faris sedang tidur di atas sofa. Wajah tampan suaminya dipandang. Senyuman manisnya terukir dengan sendiri.

"Merajuk la tu." Bibir suaminya yang berwarna merah lembut itu dikucup. Tak sampai tiga saat. Azwa terus bangun dan hendak melangkah.

Baru setapak melangkah, tangannya ditarik. Azwa terkejut. Dia terus jatuh di atas badan suaminya. Azwa menoleh ke kiri dan terlihat suaminya yang sedang melihat ke dalam matanya.

"Kantoi awak kiss saya." Kata Tengku Faris. Azwa mengetap bibirnya.

Tak tidur rupanya suami dia ni. Penat dia panggil suami dia tadi. Pura-pura tidur rupanya Mr. Tengku ni.

Azwa mengukir senyum. "Tolong saya kejap." Pinta Azwa. Senyuman dimatikan. Nanti perangai suami dia makin menjadi-jadi pulak kalau dia senyum lebih-lebih.

"Boleh." Eleh. Boleh konon. Padahal tangan Tengku Faris masih melingkari pinggang Azwa.

Bibirnya terukir senyuman gatal. "Kiss saya dulu. Baru saya lepaskan awak." Azwa menjeling suaminya. Azwa dah agak dah.

Azwa takde pilihan lain. Sekejap lagi kedua-dua orang tua mereka sampai. Bibir suaminya dikucup. Seperti tadi. Tetapi tidak lama.

Tengku Faris melepaskan Azwa. Dia bangun dari baringnya dan mengikut langkah isterinya ke dapur. "Ambilkan pinggan dekat atas kabinet tu. Then, letak dekat atas meja makan. Saya nak bersiap ni."

Azwa terus berlalu dan masuk ke bilik untuk mandi dan bersiap. Dah melekit-lekit badan dia kerana berpeluh.

***

DATIN Dewi pelik melihat menantunya. Begitu juga dengan Hajah Asfa. "Kakak. Kenapa tak makan ikan ni? Kan kakak suka ikan kukus tiga rasa ni." Tegur Hajah Asfa, ummi kepada Azwa dan Ain.

Ikan kukus tiga rasa yang menjadi santapan utama di atas meja makan dihulurkan kepada anak sulungnya itu.

Azwa menggeleng. "Entah la ummi. Kakak rasa macam ikan tu tak masak betul. Kakak tak kukus betul-betul agaknya." Ujar Azwa.

Datin Dewi dan Hajah Asfa berkerut dahi. "Mana ada la. Ikan ni masak betul. Pandai menantu mum masak." Kata Datin Dewi pula. Memang betul la apa yang dia katakan.

Ikan yang dikukus itu tidak mentah. Azwa kukus dengan betul. Azwa sekadar tersenyum mendengar pujian ibu mertuanya.

Tapi kenapa dia rasa ikan tu macam tak masak. Entah la. Biar je la. Makan makanan lain je la. Stir fry sambal long beans diambil dan diletakkan di dalam pinggannya.

Masakan kegemaran dia. Sayur kegemaran dia. Nasi digaul bersama sambal kacang panjang itu. Nasi disuakan ke dalam mulutnya. Kunyahan pertama okey. Kunyahan kedua, Azwa rasa tekak loya.

Kunyahan ketiga, Azwa terus berlari ke bilik air dan muntah. Azwa sekadar menyapu minyak angin di perutnya. Perut masuk angin agaknya.

"Sayang okey tak ni?" Azwa hanya mengangguk. Tak nak semua yang berada di sini menjadi risau.

Puas berbual panjang, mereka pun pulang semula. Azwa mula mengemas meja makan. "Awak memang okey ke? Tak nak ke hospital?" Azwa senyum.

"Esok saya check. Awak jangan risau la. Saya okey." Azwa mengusap pipi suaminya. Dia sambung mengemas pinggan di atas meja makan.

Tengku Faris turut sama membantunya. Azwa menekup mulutnya. Tiba-tiba tekaknya kembali loya. "Awak letak je dekat sinki. Nanti saya cuci." Kata Azwa sebelum berlari ke bilik air semula.

"Lamanya awak dekat bilik air. Saya dah selesai cuci pinggan dah ni." Ujar Tengku Faris sejurus sahaja Azwa keluar dari bilik air.

Azwa sekadar tersenyum. Dia menuju ke arah sinki. Dia mencapai kain lap kering. Pinggan yang sudah dibilas bersih dilap hingga kering sepenuhnya.

Selesai mengelap pinggan, Azwa naik ke bilik untuk solat Asar. Dia tak perasan agaknya Tengku Faris dari tadi menepuk sofa di sebelahnya. Azwa pulak yang tak layan. Kenapa dengan Azwa ni.

***

BERKALI-KALI Azwa mengucap syukur. Tak sabar dia nak kongsikan kegembiraan ni bersama suami dan keluarga besarnya.

"Senyum sorang-sorang ni dah kenapa haa." Tegur Dahya dari arah belakang. Terkejut Azwa. Bahunya terangkat. Nasib baik dia tak meloncat.

Dahya ketawa melihat Azwa. "Wawa ni kenapa. Dari tadi orang panggil, dia buat tak dengar pulak." Azwa menghadiahkan senyuman buat sahabatnya itu.

Dahya menolak pipi Azwa. Senyum tiba-tiba je si Azwa ni. "Hya nak tahu something tak?" Azwa memegang bahu Dahya.

Dahya mengukir senyum sebelum mengangguk. "Apa dia?" Soal Dahya ingin tahu.

"Wawa pre...-"

"Doktor Azwa, Doktor Akhwan kata dia nak jumpa sekarang." Seorang doktor pelatih yang dilatih oleh Doktor Akhwan berlari-lari mendapatkannya.

Dahya memandang Azwa yang sedang mengangguk. Keluhan dilepaskan. "Wan ni menyibuk la. Aku baru excited nak tahu something." Jata Dahya.

Azwa melirik senyum. "Aku pergi dulu lah. Assalamualaikum." Ucap Azwa sebelum berlalu meninggalkan Dahya yang tertanya-tanya.

"Waalaikumusalam."

★★★

Mengacau la si Akhwan ni. Mesti semua nak tahu something tu kan. Pergi la belasah Akhwan berjemaah. Mengganggu je dia tu.

Btw, kenapa dgn Azwa? Siapa boleh jawab 😹😹

Guys, support la story baru sis Sweet Sixteen 😆😶

Mr And Mrs TengkuWhere stories live. Discover now