"NUR Azwa Khalisya, kan." Kata Cikgu Ana setelah Azwa masuk ke dalam pejabat tadika. Cantik tadika ni, memang menarik. Sangat ceria dan penuh dengan keselamatan. Azwa mula kagum.
"Ya, saya. Kenapa Cikgu nak jumpa saya ni?" Soal Azwa kehairanan. Pelik pulak bila tiba-tiba Cikgu Ana menelefonnya. Lupa pulak yang hari tu dia ada berikan nombor telefonnya kepada Cikgu Ana."Oh, ya la kan. Saya pun hampir lupa kenapa." Kata Cikgu Ana lagi lalu berhenti menaip dan meletakkan fail di atas mejanya.
"Hari tu Cik Azwa ada datang sini, bukan. Cik Azwa ni terlalu muda untuk menjadi cikgu. Tapi bagus la. Nak meraih pengalaman. Memang kami memerlukan guru tadika pun." Azwa mendengar dengan teloti bait-bait ucapan yang diucapkan oleh Cikgu Ana. Dalam hati Azwa memang dah teruja habis.
"Jadi, bila saya boleh mula mengajar, ya?" Soal Azwa tiba-tiba. Amboi, terlebih teruja nampaknya. Cikgu Ana tersenyum dengan gelagat Azwa.
"Awalnya dia bertanya." Kata Cikgu Ana beramah mesra. Azwa hanya tersenyum sipu.
Terus Cikgu Ana mengambil sehelai kertas A4 putih lalu diserahkan kepada Azwa. "Ini jadualnya. Cik Azwa boleh mula mengajar Isnin minggu depan. Dan Cik Azwa akan mengajar subjek Matematik dan Sains." Kata Cikgu Ana menjelaskan satu per satu.
"Oh, dan gaji Cik Azwa, seperti biasa RM2000 dan duit minyak akan dimasukkan ke dalam akaun Cik pada setiap bulan." Sambung Cikgu Ana lagi.
Azwa mencapai kertas yang diserahkan kepadanya tadi lalu ditelitinya. "Okey. Baiklah, terima kasih, Cikgu. Saya minta diri dulu lah ya. Assalamualaikum." Pamit Azwa.
Bukan sebulan RM1500 ke. Itu apa yang ummi cakap. Biar je la. Yang penting ada pendapatan. Azwa terus keluar dari Tadika Mesra dan menuju ke keretanya.
Dia terus memandu pulang. Nak makan kat luar, takde geng la pulak. Nanti bila dia sorang, ada pulak si pengacau. Baik dia balik rumah, masak. Tak pun, tengok Zootopia ke. Dia tak habis tengok pun semalam.
*******
TENGKU Faris terus keluar ke dari bilik mesyuarat. Serabut kepala otaknya. Ibu dan ayahnya sudah semakin berleluasa. Ayahnya lagi la. Sudah berani mencampuri urusan di syarikat Tengku Faris.
Dah la ini merupakan tander besar dan projek besar yang amat digilai oleh setiap pemilik syarikat termasuklah Faris Holdings. Tetapi tander itu sudah beralih tangan dan kini dimiliki oleh syarikat ayahnya, Faezrul & co.
Dan hanya satu sahaja syarat yang diberikan kepada Tengku Faris jika dia inginkan tander tersebut. Dia perlu berkahwin dengan gadis pilihan ibunya iaitu Nur Azwa. Dan mustahil la dia akan bersetuju. Dia tidak rela melepaskan Ariana.
"Bos, betul ke bos akan berkahwin?" Soal Kruz, personal asistantnya. Terus Tengku Faris menampar lengan setiausaha peribadinya itu.
Kalau ikutkan dulu, personal asistant Tengku Faris adalah seorang gadis yang tinggi dan seksi. Oleh kerana ibunya, Datin Dewi tidak suka dengan personal asistant Tengku Faris, terus sahaja Kruz yang menggantikan tempat itu. Barulah Datin Dewi senang hati.
YOU ARE READING
Mr And Mrs Tengku
RomanceSinopsis : Rela dalam terpaksa, Nur Azwa menerima perkahwinan yang diaturkan oleh ummi dan walidnya demi kebahagiaan mereka. Dah la terpaksa berkahwin dengan Tengku yang sifatnya mengalahkan iceberg yang beku tu. Memang kehidupan Azwa penuh caba...