BAB 15

22.9K 707 24
                                    

"DEWI, jangan la main-main. Katanya nak buat hari Jumaat depan." Kata Puan Asfa di talian. Tak ke ni terlalu cepat. Kenapa mendadak sangat.

"Saya bukan apa Asfa, saya cuma nak temukan mereka berdua tu je. Takkan la nak batalkan majlis tu lepas tu aturkan buat mereka makan malam ke." Bantah Datin Dewi. Plan dia ni kena menjadi jugak.

"Ye la, tapi.. Esok tu cepat sangat la." Puan Asfa tidak bersetuju. Nak jugak ke pertemukan Tengku Faris dengan anaknya tu. Perlu ke? Kenapa tak mahu pertemukan masa dekat butik.

Datin Dewi senyap seketika. "Takpe la. Hari ni saya minta pasang khemah, upah catering untuk esok dipercepatkan." Cadang Datin Dewi. Puan Asfa okeykan aje. Bukan duit dia pun. Duit bakal besan.

Panggilan terus dimatikan. Puan Asfa terus menyambung memilih sayur-sayuran segar untuk dimasak sebagai makanan tengah hari nanti. Sejak anaknya itu menggenggam segulung ijazah kedoktoran Master pulak tu, memang Puan Asfa dan Raden Aiman tak berani nak makan lewat.

Sesibuk mana pun, makan tengah hari harus dia ambil. Selalunya sibuk waktu tengah hari sampai tak sempat lunch. Sejak anaknya itu memberi ceramah yang menakutkan kalau tak lunch, terus mereka tak berani nak tinggalkan lunch.

******

"KAKAK mari la ikut ummi." Ajak Puan Asfa yang sedang membuka peti ais.

Azwa yang sedang mengacau milo 3 dalam 1 dengan sudu menoleh ke kanan. "Ikut pergi mana ummi?" Soal Azwa lalu menuju ke sinki dan mencuci sudu yang dipakainya tadi.

Puan Asfa mencari-cari sesuatu dari peti ais. "Pergi kenduri kesyukuran la lepas Maghrib ni." Ujar Puan Asfa. Azwa meniup-niup air milonya. Panas. Gila nak minum panas-panas. Sakit anak tekak, melecur lidah.

Setelah sejuk sedikit, Azwa menghirup milonya. "Entah-entah mula lepas Isyak. Ummi faham-faham la kan. Hari Isnin kakak dah mula mengajar. Kalau balik lambat, kakak mesti akan bangun lambat nanti." Dalih Azwa.

"Pernah ke kakak bangun lambat? Setahu ummi, tak pernah. Kakak la yang paling menepati masa." Puji umminya. Nak bodek sebenarnya tu.

Azwa menjongket bahu. Puan Asfa menutup semula peti ais. "Kakak, yoghurt ummi mana?" Soal Puan Asfa. Setiap hari Puan Asfa akan mengambil Yoghurt Anlene kerana anaknya yang cerewet mengenai kesihatan ibunya.

Itu pun nak kena tunggu Azwa bising, bagi ceramah pasal kesihatan, baru Puan Asfa nak dengar. Azwa menjongket kening.

"Ummi ni macam tak tahu je. Mesti la adik yang makan. Dah yoghurt tu sedap, memang budak tu makan la." Azwa terus menghabiskan milonya lalu membasih mug yang dipakainya.
Baru Puan Asfa perasan yang mereka sudah lari topik. "Kakak ikut ummi la ye." Kata Puan Asfa lagi. Azwa hanya menjongket bahu. Tanda okey la tu.

*******

AIN dan Azwa turun serentak setelah bersiap. Azwa pakai biasa-biasa je, jubah dan bertudung shawl. Azwa terus duduk di sofa sambil menikmati kuih raya. Ummi dengan abah masih dekat tingkat atas. Masih belum siap kut, atau Azwa yang siap cepat sangat.

Tapi sekarang ni pun baru je lepas masuk waktu Isyak. Dia pun baru je lepas solat Isyak sebelum turun. "Kakak rasa kan, kenapa tiba-tiba ummi ajak kakak pergi kenduri?" Soal Ain lalu menyiku lengan Azwa.

Azwa menjongket bahu. Hari ni je dah banyak kali dia menjongket bahu. "Adik dah memang tahu apa sebabnya kan." Teka Azwa. Selalunya mesti umminya akan memaklumkan kepada Ain terlebih dahulu.

Ain terkejut. "Eh, mana ada la. Kalau adik tahu, dah lama adik bagi tahu kakak." Kata Ain lagi.

Azwa hanya melayan aje kerenah adiknya itu. Tak lama kemudian, Puan Asfa dan Raden Aiman pun turun.

Mr And Mrs TengkuWhere stories live. Discover now