AKU bangun dari tidur untuk menunaikan solat Subuh. Usai solat aku terus mandi lalu turun untuk menyiapkan sarapan pagi.
Aku dengan adik akan keluar jalan-jalan pagi ni. Mana la tahu aku akan ditugaskan di sini, baik aku kenal jalan dulu. Kalau tak nanti umpama katak bawah tempurung pulak.
Aku mana ingat sangat jalan nak pergi Aeon ke. Mana la tahu ada yang buat perumahan baru, jalan baru. Jadi, adik yang akan jadi tour guide aku yang tak berapa nak tour. Ummi orang yang pertama sekali turun ke dapur.
"Amboi, sedapnya bau." Kata ummi lalu membantu aku mengambil pinggan untuk diletakkan di atas meja makan.
"Tak tahu la adakah rasanya sesedap baunya." Balasku spontan. Ummi terkekek ketawa.
Ummi ni orang suruh ambil orang gaji bukannya nak ambil. Ummi tu dah la sibuk, siapa la nak urus rumah lepas ni. Dari hari tu aku dah cakap, ummi tetap dengan jawapan ummi.
'Ummi tak nak nanti walid kamu tu dipikat pulak oleh orang gaji. Kamu ni bukan tak tahu yang walid kamu ni banyak peminatnya. Sering menjadi rebutan tu.' Lagi satu, ummi ni asyik nak puji walid melambung.
Tapi memang betul pun walid tu sering menjadi rebutan. Tapi itu masa zaman muda walid la. Sekarang ni tak tahu la. Itu hal dulu. Zaman ummi dengan walid muda-muda dulu.
Walid tu dah la baik hati. Terlebih baik sampai sanggup pinjamkan kereta anak sendiri dekat anak saudara. Cis. Macam mana la aku nak berjalan-jalan dengan adik kalau macam ni.
"Ummi, mana walid?" Soalku. Ummi menyenduk nasi goreng kampung buatanku ke pinggannya dan seterusnya ke pinggan walid. "Walid on the way turun." Sampuk walid lalu menuruni tangga ke bawah. Tak sangka walid dengar apa yang aku tanya dekat ummi.
Rosak lah ana punya program lepas ni.
"Walid, kakak nak pergi rumah Mak Uda nanti. Walid hantarkan tau." Pintaku. Ain turut turun ke bawah. Walid mengambil tempatnya. Ummi membantu walid dengan tienya. Eleh ummi, nak bersweet pulak dekat depan aku ni.
Tunggu nanti kita dah ada suami pulak. Kita nak bersweet jugak macam ummi la. Ceh, amboi Azwa, lelaki pun kau tak layan, dah berangan nak ada suami siap fikir nak bersweet lagi. Hek eleh.
Walid menjongket sebelah keningnya lagak Ziana Zain. Tapi walid punya ni versi Raden Aiman. Ha ha ha. "Kakak nak buat apa pergi rumah Mak Uda?" Soal walid.
Mesti walid akan tanya. Dah agak dah. Takkan la walid tak ingat pasal kereta kita. Ni kita nak merajuk ni.
"Kakak nak kereta dia semula." Seloroh Ain. Aih budak ni. Menyampuk perbualan orang aje yang dia tahu.
Ummi tersenyum nipis. "Oh, ye la kan. Kereta kakak, walid dah lupa dah. Agaknya kalau kakak tak minta la, confirm kereta tu Wana pakai." Balas walid.
Aku senyum sampai ke telinga. "Tiba-tiba je kakak nak kereta tu." Kata ummi. "Pelik jugak sebab tiba-tiba je kakak tanya pasal kereta tu." Sambung ummi lagi.
Hei, kereta kita tu. Mesti la kita ingat. "Kakak nak bawak adik jalan-jalan. Tu yang dia tanya pasal kereta tu." Sampuk Ain.
Aih budak ni. Kalau dia duduk sebelah aku, memang aku dah cubit peha dia tu. "Nanti walid hantar kakak tau." Kataku lagi.
Walid mengangguk. Walid kena ada jugak untuk mintak semula kereta tu. Walid yang bagi Wana pakai, walid la yang kena mintak semula. Walid kena la bertanggungjawab.
"Oh ya. Kakak sekarang ni tak dapat lagi kan surat atau email." Aku mengangguk. Apa agaknya perancangan ummi.
"Kakak boleh jadi guru untuk sementara waktu." Cadang ummi. Betul jugak kan. Bernas idea ummi.
Setakat nak ajar Matematik, Sains, Bahasa Inggeris, Bahasa Malaysia tu boleh la. Kalau subjek selebihnya tu memang kirim salam la. Kalau Sejarah tu pun boleh la.
Aku mengangguk. "Boleh jugak. Sementara kakak tak dapat surat atau email lagi. Ummi tolong la kakak jugak." Excited la jugak nak mengajar. Ceh, macam la aku akan dapat jadi guru.
*******
Aku terus masuk ke dalam kereta walid. Si budak Ain ni sibuk aje nak ikut. Aku masih tak tahu apa yang ummi cuba nak sampaikan semalam. Si Ain ni bukan reti nak cerita. Nak tunggu aku yang tanya kut. Takkan la aku yang kena tanya, nanti ingat aku ni tak reti nak sabar. Memang aku tak reti nak sabar dah ni. Suka sangat nak berteka-teki.
"Kalau boleh kakak nak kerja dekat mana?" Soal walid. Aku memandang walid dan memberikan senyuman nipis. "Dekat hati bakal pengarang jantung." Sampuk Ain.
"Ish, adik ni. Boleh tak jangan nak menyampuk perbualan kakak dengan walid." Kataku. Aku malas nak bertekak dengan Ain ni. Nanti kalau aku cakap 'tak baik menyampuk perbualan orang tua', mesti dia akan perli aku punya. Budak tak matang la katakan.
Ain menarik muka. Tahu diri tu bersalah. "Hm, ye la." Balasnya kedengaran merajuk.
"Kakak nak ditugaskan berkhidmat dekat Putrajaya. Takde la jauh mana daripada rumah." Aku boleh jimat minyak kalau kerja dekat Putrajaya. Dalam berapa puluh minit je perjalanan dari rumah nak ke Putrajaya.
Terkejut aku dengan bunyi notification Kakao Talk aku. Tiba-tiba je bunyi 'atok'. Siapa la tak terkejut.
Aku menghidupkan iPhoneku. Entah email daripada siapa la agaknya. Aku terus ke aplikasi email.
Sukacita kami maklumkan bahawa Cik Azwa akan bertugas di Hospital Putrajaya, lima bulan dari sekarang.
Alhamdulillah.
Terjerit keriangan aku dalam hati. Tak mau la jerit depan walid. Nanti walid ingat aku ni tak senonoh pulak. Penat walid dengan ummi bertungkus lumus, berhempas pulas didik aku jadi anak solehah.
Aju tak baca pun kata alu-aluan dekat atas tu. Mata aku ni ha yang tertancap dekat ayat ni. Weh, aku akan jadi doktor sekali lagi.
"Tersenyum sorang-sorang tu kenapa? Chat buah hati ke?" Tersentak aku dari dunia baru. Entah melayang ke mana la keseronokan aku tadi.
Aku tersenyum simpul. "Kakak mana ada buah hati. Hati je yang kakak ada." Senyumanku semakin lebar. Aku ingatkan aku bermimpi.
Alhamdulillah. Tak sangka dapat bertugas dekat Putrajaya. Ya Allah, Engkaulah yang Maha Mendengar lagi Maha Berkuasa.
"Walid, kakak dapat email la. Kakak akan bertugas dekat Hospital Putrajaya. Bulan Januari nanti." Aku tersenyum lebar.
Abah terkejut dengan pernyataanku. Abah mesti ingat aku main-main ni. Terus aku mengawang-awangkan iPhoneku. Ain terus merampas telefonku dari peganganku. Sibuk aje budak ni.
Walid fokus dengan pemanduannya. "Haah la walid. Kakak akan bertugas dekat Hospital Putrajaya." Kata Ain mengiyakan kata-kataku.
Tengah bergembira ni, tak sedar pulak dah sampai rumah Mak Uda. Aku dah nampak Myvi putih kesayangan. Plat kereta aku lama gila. Maklumlah, kereta ni dibeli masa umur aku 18.
Terus aku turun dari kereta lalu menekan loceng rumah Mak Uda berkali-kali. Tak lama kemudian pintu rumah terbuka. Wana yang menyambut kedatangan kami.
Aku lihat reaksi dia agak terkejut jugak setelah ternampak aku. Ada apa-apa ke dekat muka aku. Pandang aku, macam baru lepas pandang hantu.
Aku pernah jumpa patient reaksi yang sama macam Wana ni la. Sebab reaksi petient macam tu katanya baru lepas nampak jembalang. Sama la macam keadaan Wana ni.
Aku tersenyum manis kepadanya. Aku datang tepat pada masanya. Kut la si Wana ni nak keluar ke mana-mana ke. Aku perasan sangat yang Wana sedang memandang aku dari atas sampai bawah. Macam tak pernah nampak gadis melayu terakhir je gayanya.
*******
SORRY KALAU X BEST. JGN LUPA TAU BACA BUKU SAYA YG PERTAMA, Dia..... Mr. Charming. VOTE SEKALI TAU. MAAF LA DAH LAMA X UPDATE. BUSY LA DGN KERJA KURSUS SEJARAH. SUSAH BAKHANG. 😭😭 OKEY LA. NEXT PART, ROLL IT!!!
YOU ARE READING
Mr And Mrs Tengku
RomanceSinopsis : Rela dalam terpaksa, Nur Azwa menerima perkahwinan yang diaturkan oleh ummi dan walidnya demi kebahagiaan mereka. Dah la terpaksa berkahwin dengan Tengku yang sifatnya mengalahkan iceberg yang beku tu. Memang kehidupan Azwa penuh caba...