BAB 30

26.7K 704 17
                                    

AZWA menoleh sekali lagi memandang suaminya. Pelik tengok layanan Tengku Faris hari ni. Orang dulu-dulu kata, baik ada makna. Ni si Tengku Faris mesti ada makna buat macam ni. Tengku Faris turut menoleh memandangnya. Tengku Faris terus tersenyum herot sebelah. Nak aje Azwa tampar, biar dia dah tak tersenyum herot dah.

Tengku Faris merapatkan mukanya ke telinga Azwa. Azwa dah gemuruh. Gila tak gemuruh, depan ibu bapa mertua kut. Takkan la Tengku Faris nak cium telinga dia kut. Hei, Azwa cuci telinga bersih-bersih okey. Aku bukannya pengotor. Azwa membebel sorang-sorang. Dah macam orang gila pulak.

"Sayang, what's wrong. Asyik curi pandang aje ..." Sengaja Tengku Faris menyakatnya. Sayang. Eiii, geli gila. Dia merepek apa ni. Bila masa pulak aku curi pandang dia. Perasan gila. Kemudian Tengku Faris tersenyum beraja. Tak nak Azwa menoleh memandang Tengku Faris. Kang ter-c-i-u-m pulak. Eii.

"Suka sangat pandang saya kan. Pandang la puas-puas, ya." Geli Azwa mendengar. Perli ke apa ni. Tapi nak geli buat apa. Suami sendiri bukannya suami orang pun.

"Amboi, pengantin baru ni." Sakat Dato' Faezrul. Tengku Faris tersengih-sengih bak kerang busuk. Muka Azwa tak beriak pun. Muka dia seolah-olah menyatakan 'Kesah Apa Aku'.

Datin Dewi tersenyum kecil. "Tambah la lagi Wawa." Ucap ibu mertuanya. Azwa terkejut apabila Datin Dewi memanggil dia Wawa. Tapi dia tak kisah. Budak-budak dekat tadika pun panggil dia macam tu. Azwa tersenyum. Mereka terus menikmati makan malam tersebut.

***

"TENGKU Adrian. Datang la sini cepat." Kata Ariana dalam keadaan mabuk. Dia masih lagi berada di dalam kelab malam itu walaupun sudah hampir menjelang tengah malam. Dah la call suami orang pulak tu.

"Ariana. You mabuk ke." Kata Tengku Adrian dalam keadaan mamai. Tengah khusyuk tidur, tiba-tiba telefon berbunyi. Tengku Adrian ni la cousin Tengku Faris yang dikatanya kerek lagi poyo tu.

"Come here quickly." Pinta Ariana dengan manjanya. Dia terus mencapai gelas kaca berisi air haram itu dan diteguknya. Terus panggilan dimatikan.

Tak lama kemudian, Tengku Adrian pun tiba. "Adrian." Panggil Ariana. Pandangannya mula kabur akibat mabuk teruk. Dah banyak sangat duit, tak reti nak bersedekah la tu. Reti bersedekah dekat tempat macam ni je.

Tengku Adrian merapati Ariana. "Kau ni dah kenapa. Tiba-tiba je minum ni kenapa?" Soal Tengku Adrian lalu menarik gelas kaca yang penuh dengan air tu.

"Aku.... Nak kau...." Kata Ariana masih dalam keadaan mabuk. Ayatnya tergantung. Tengku Adrian menyandarkan Ariana.

"Aku... Nak kau.... Temankan aku.... Sepanjang hari ni." Kata Ariana masih lagi mabuk. Tengku Adrian terus menuang air haram itu ke lantai kelab itu lalu mengambil air masak di kaunter.

Dituangnya air masak itu ke gelas kosong lalu dihulurkannya kepada Ariana. Ariana menyambut huluran tersebut. Diteguknya air itu. "Ni... Air masak la gila.... Aku nak... Wine...." Kata Ariana. Tengku Adrian malas nak layan.

Nak aje dia blah dari tempat ni. Sebab dekat tempat ni la peristiwa hitam dia terlakar. Habis hidup dia sebab peristiwa hitam tu. Ariana membuka mata. Jari telunjuknya ditunjukkan ke muka Tengku Adrian. "Because of you..." Ayat Ariana tergantung lagi sekali.

"Kalau kau tak bagi tahu aku yang Faris nak kahwin, takde la aku mabuk macam ni." Kata Ariana kemudian ketawa berbaur kecewa. Tengku Adrian menunduk.

"Sebab kau la! Sebab kau yang suruh aku datang wedding dia! Because of you! Semua sebab kau!" Ariana berteriak kerana marah. Dari tadi Tengku Adrian diam. Semua yang ada di kelab malam terkemuka itu memandang mereka.

Mr And Mrs TengkuWhere stories live. Discover now