Semoga tersengih-sengih 😹..
***
SELESAI sahaja solat Maghrib berjemaah, Tengku Faris segera mengunci pintu bilik tidur. "Awak buat apa tu?" Azwa pelik melihat suami dia. Tiba-tiba kunci pintu bilik ni dah kenapa.
"Saya nak claim la." Kata-kata Tengku Faris membuatkan dahi Azwa berkerut.
Malas Azwa nak layan suami dia. Lebih baik dia mandi. Bersihkan diri. Badan ni dah melekit-lekit. Balik rumah tadi pun dah dekat nak masuk waktu Maghrib.
Azwa terus masuk ke dalam bilik air untuk membersihkan dirinya. Usai mandi, suaminya yang sedang berbaring di atas katil itu dipandang sekilas.
Dari tadi masih lagi dengan senyum nakal dia. "Awak. Tengah buat apa tu?" Soal Azwa kehairanan.
Dah sah-sah la suami dia tak buat apa-apa sekarang ni. Tengah berbaring di atas katil dengan senyum herot sebelah dia tu.
Tengku Faris memandang isterinya. "Tengah menunggu. Menunggu untuk claim something." Azwa menggulingkan matanya.
Takkan la dia nak buat-buat lupa sesuatu yang suami dia nak 'claim', kan. Kalau tak, merajuk pulak encik suami ni.
Azwa menyidai tualanya di ampaian seperti biasa sebelum mencapai telefonnya di atas meja kerja suaminya. Dia terus menapak menuju ke pintu.
Baru je dia nak pulas tombol pintu bilik, Tengku Faris dah pun mendaratkan tangan kanannya di pintu. Azwa berpaling. Dan tangan kirinya pula di pintu.
Azwa terkunci!
Azwa terkunci di antara kedua-dua belah tangan suaminya. Dia mendongak memandang suaminya. Suaminya masih dengan senyuman nakal dia tu.
Azwa mengenyitkan mata kirinya. Tiba-tiba ada idea pulak yang datang menyergah mindanya.
Layankan je la perangai suami yang kurang matang ni. Kurang matang ke ni? Ke terlebih matang. Err... Entah la.
Azwa meletakkan kedua-dua belah tangannya di pinggang suaminya. Tangan kanannya tengah memegang handphone tapi takpe la. Pegang je la pinggang Tengku Faris.
Tangan Tengku Faris beralih ke kedua-dua belah pipi Azwa. Jangan tanya la apa yang Azwa rasakan sekarang ni. Pipi dia dah merona merah.
Senyuman Tengku Faris bertukar pelik. Manis ke? Err.. Entah la. Lebih kepada senyuman gatal. Suka nampaknya bila Azwa mula nak melingkarkan tangannya pada pinggang Tengku Faris.
Baru Tengku Faris nak merapati isterinya, pinggangnya terasa bergetar. Eh, dah lain dah ni. Patutnya, tulang rusuk kiri yang bergetar. Ini dah lain dah ni. Pinggang pulak yang bergetar. Apakah.
Azwa melepaskan lingkaran pada pinggang suaminya. Fuh, selamat! Tangan Tengku Faris kembali melekat pada pintu. Mengunci Azwa sekali lagi.
Skrin telefon dipandang. Panggilan daripada hospital. Azwa mengucap syukur. Tak sia-sia pilihan dia untuk menjadi seorang doktor.
Azwa mendongak memandang suaminya yang tersenyum gatal tadi. Tapi lepas telefon Azwa berbunyi, terus senyuman Tengku Faris mati.
Azwa memberikan senyuman kepada suaminya. "Awak, panggilan daripada hospital." Tengku Faris tersenyum senget.
"Tipu. Berdosa hukumnya jika menipu suami." Balas Tengku Faris. Sebelum ni kan Azwa pernah menipu pasal ada panggilan daripada ICU. Padahal nak pergi penthouse Tengku Faris.
Azwa menunjukkan telefonnya kepada suaminya. "Takkan la awak tak percayakan saya. Sorry la hari tu saya menipu." Tangan Azwa terus menekan punat hijau untuk menjawab panggilan tersebut.
YOU ARE READING
Mr And Mrs Tengku
RomanceSinopsis : Rela dalam terpaksa, Nur Azwa menerima perkahwinan yang diaturkan oleh ummi dan walidnya demi kebahagiaan mereka. Dah la terpaksa berkahwin dengan Tengku yang sifatnya mengalahkan iceberg yang beku tu. Memang kehidupan Azwa penuh caba...