BAB 32

22.9K 716 7
                                    

AZWA terus melangkah masuk ke dalam rumah setelah Mak Teh membuka pintu. Salam diberi, Azwa pun berlari naik ke tingkat atas. Dia rasa macam nak balik rumah ummi dia je. Ada suami, macam takde suami. Dia tak kira, esok dia nak pergi kerja jugak. Dia dah tak nak duduk rumah.

Mak Teh mengetuk pintu bilik Tuan Farisnya. "Wawa. Kenapa ni tiba-tiba je lari masuk bilik. Ni barang Wawa." Kata Mak Teh tanpa segan memanggil Azwa dengan panggilan Wawa.

Azwa terus keluar daripada bilik air dan membuka pintu bilik. Sebenarnya Azwa tak tahan nak buang air tadi, tu yang dia berlari pergi bilik air sampai tak ingat nak bawa naik barang-barang.

"Buat susah Mak Teh je angkatkan. Terima kasih, Mak Teh." Ucap Azwa lalu mengambil barang-barang yang dibelinya di shopping complex tadi. Azwa ni jenis yang kalau shopping tu berpada-pada. Dia tak boros.

Mak Teh tersenyum. "Mak Teh dah makan tengah hari ke?" Soal Azwa. Prihatin seketika.

Mak Teh mengangguk. "Dah. Mak Teh dah makan dulu sebelum yang lain makan." Kata Mak Teh. Azwa mengangguk tanda faham.

"Wawa belum makan lagi ke?" Soal Mak Teh. Azwa mengangguk.

"Takpe la. Nanti Mak Teh teman Wawa makan tau. Wawa nak solat dulu." Kata Azwa. Mak Teh pun terus turun. Azwa terus berlalu ke bilik air untuk berwudhuk dan solat.

Usai solat dia turun je ruang makan. Makanan dah siap terhidang dekat atas meja makan. "Mak Teh, selalunya Faris balik rumah untuk lunch tak?" Soal Azwa.

Mak Teh mengerutkan dahinya. "Lanch. Apa tu?" Soal Mak Teh. Azwa tertawa mendengar sebutan Mak Teh yang tak betul tu.

"Lunch la Mak Teh. Maksudnya makan tengah hari." Terang Azwa. Mak Teh mengangguk faham. Mak Teh ni memang tak faham bahasa Inggeris rasanya.

"Sejak Tuan Faris ada rumah sendiri, dia jarang balik rumah ni. Dia makan tengah hari dekat luar rasanya." Kata Mak Teh. Azwa mengangguk tanda faham. Dia makan seorang je la maknanya. Tapi dia pelawa jugak Mak Teh makan bersama walaupun Mak Teh kata yang dia dah makan.

*****

DUA minggu telah berlalu. Azwa ke tadika seperti biasa. Rupa-rupanya, Datin Dewi yang nak Azwa duduk dekat rumahnya. Katanya takde peneman kalau Tengku Faris duduk rumah sendiri. Sayang betul dekat menantu dia tu.

"Betul ke Wawa cuti esok?" Soal Datin Dewi, ibu mertuanya. Azwa mengangguk.

"Wawa nak tolong ummi dengan walid siapkan persiapan untuk berangkat haji." Kata Azwa lalu mengelap pinggan yang sudah dibasuhnya. Suka Datin Dewi bila lihat menantu dia buat kerja rumah.

Pandai betul Azwa kemas rumah. Sekejap je. Memang tak salah pilihan Datin Dewi kerana memilih Azwa sebagai menantunya. Lega Datin Dewi kerana dapat menantu yang rajin macam Azwa.

Esok Jumaat. Lusa Puan Asfa dan Encik Raden Aiman akan ke KLIA untuk berangkat pergi haji. Sedih jugak Azwa rasa sebab dia akan terpisah untuk beberapa minggu atau mungkin sebulan. Sejak ada suami ni pun, jarang betul dia balik rumah keluarga dia.

"Mum nak ikut sekali tak?" Soal Azwa. Niatnya nak mengajak. Tapi mesti Datin Dewi ni sibuk kan. Ada butik la katakan. Takkan la orang sibuk macam ni tak sibuk dengan kerjaya. Lebih-lebih lagi kalau orang berbisnes.

Datin Dewi senyap seketika. Menyambung hirupan air milonya. Azwa dah tahu yang rupa-rupanya ibu mertua dia ni ada penyakit buah pinggang. "Hm, let me think first." Azwa mengangguk.

"Mum nak pergi pusat dialisis ke esok?" Soal Azwa. Mana la tahu ibu mertua dia ni tak boleh nak ikut ke. Kan. Datin Dewi menggeleng.

Datin Dewi meletakkan cawannya semula ke atas meja. "Mum ikut Wawa la esok. Supaya nak bagi adil, Wawa pun kena teman Mum tau nanti." Kata Datin Dewi. Azwa mengerutkan dahi.

"Teman mum ke mana?" Soal Azwa. Agaknya, tak perlu minta izin suami kut.

Datin Dewi tersenyum manis kr arahnya. "Ada la. Secret."

"Pergi secret recipe ke mum?" Dah lama Azwa tak makan kek secret recipe. Rasanya, kali terakhir dia makan, masa hari perkahwinan dia. Cake secret recipe, Black Forest Cheese. Memang kegemaran Azwa. Datin Dewi tersenyum seraya menggeleng.

*****

AZWA bangun awal pagi. Itulah tugas hariannya selama berada di rumah ibu mertuanya. Walaupun berada di rumah sendiri pun dia tetap bangun awal sebab sewaktu di Mesir, dia memang rajin bangun awal untuk melakukan solat sunat.

Tapi kali ni dia bangun pukul enam suku. Terus dia mengejutkan suaminya di sebelah. Sekarang ni Tengku Faris dah boleh kesan tangan Azwa daripada hinggap dekat hidung dia.

Tapi kali ni Azwa pakai cara lain pulak. Jarinya membentuk 'V'. Tetapi dia rapatkan kedua-dua jarinya itu kemudian diletaknya di bibir Tengku Faris. Sekejap sahaja, tidak lama. Terus Tengku Faris terjaga.

"Awak kiss saya eh?" Kata Tengku Faris. Azwa mengerutkan dahi. Laju pulak kali ni dia bangun. Azwa menggeleng.

"Mana ada." Memang Azwa tak cium dia pun. Cara ni dia belajar daripada TV. Senang je kalau nak kejutkan suami kalau suami tu liat nak bangun. Kalau yang cara tutup hidung tu, cara Azwa la.

"Nak saya bagi morning kiss ke apa?" Soal Tengku Faris. Senyum herot sebelah. Nak aje Azwa tampar, biar bibir dia tu tak ukir senyum herot sebelah dah. Menyakitkan hati betul kalau tengok Tengku Faris senyum herot sebelah.

"Huh! You won't dare." Kata Azwa perlahan lalu berjalan menuju ke bilik air tetapi langkahnya terhenti. Tengku Faris memegang lengannya.

"Apa awak cakap? Saya tak dengar." Kata Tengku Faris. Azwa menjeling ke atas. Apabila Tengku Faris melihat tiada respond daripada Azwa, dia terus menarik tangan Azwa. Terus Azwa jatuh terduduk di atas katil. Betul-betul sebelah Tengku Faris.

Agaknya Tengku Faris ni jenis yang tak bermain dengan kata-kata la. Serius dalam percakapan kut. Dah la dekat betul pipi dia dengan muka Tengku Faris. Azwa dah rasa yang pipi dia tu kepanasan. Berwap-wap kemerahan.

Tengku Faris tersenyum sinis. Azwa nampak melalui hujung korneanya yang Tengku Faris tengah tersenyum. Bukan main suka dia melihat Azwa cuak macam tu.

"Awak cakap apa tadi? May you repeat?" Pinta Tengku Faris. Azwa menjeling. Azwa rasa yang Tengku Faris ni tengah menyakat dia la. Confirm la.Tengku Faris dengar apa yang Azwa cakap tadi. Kan pendengaran suami dia ni tajam.

Azwa menolak pipi suaminya itu dengan tangan kanannya. "Jom la solat. Tak baik lengahkan solat." Dalih Azwa lalu cuba untuk bangun walaupun lengan kirinya itu dipegang kemas oleh Tengku Faris.

"Nak sangat morning kiss ke? Saya berani je untuk bagi awak morning kiss." Kata Tengku Faris. Menyampah Azwa dengar perkataan morning kiss tu.

Tengku Faris mendekatkan mukanya ke pipi Azwa tetapi Azwa sempat menolak pipi Tengku Faris. Selamat pipi dia tak jadi mangsa. Rasanya kan, Tengku Faris ni dah lama aim pipi dia la. Dari hari perkahwinan tu lagi, memang Tengku Faris aim pipi dia. Tahu la pipi Azwa tu gebu.

"Jom solat!" Tegas Azwa. Terkejut Tengku Faris. Tak sangka yang Azwa boleh jadi sekuat ini untuk melepaskan lengan dia daripada pegangan Tengku Faris. Tegas betul isteri dia tu.

★★★

SAYA ADA TRIAL DAH LEPAS NI. LAGI DUA MINGGU. SO, MOOD HIATUS AKAN ON. HM, MOHON TUNGGU LAH YE UTK BAB YG AKAN DTG MASA SAYA DALAM MOOD HIATUS NI. AND MAAF SBB DAH LAMA SAYA X UPDATE.

Love,
Author..

Mr And Mrs TengkuWhere stories live. Discover now