BARU² NI AISYAH ADA BUAT IG. BIASA LA SIS BARU NAK UP, MOVE ON GITU. CIA³... DO FOLLOW TAU. ig; AISYAHFARIHAH_ | OKEY, DAH².. MAGHI SAMBUNG. ROLL IT!!!
********
PUAN Asfa terus masuk ke dalam rumahnya. Sudah terlampau teruja untuk memberitahu kepada anaknya mengenai perkahwinan yang diaturkannya itu. Azwa yang sedang mengunyah popcorn sambil menonton filem yang dilanggannya pagi tadi terkejut kerana umminya itu masuk tanpa memberi salam. Ummi ni menakutkan je la. Cuba kalau pencuri yang masuk, tak ke naya. Dengan dirinya yang tak bertudung tu.
"Ya Allah, ummi ni. Masuk tu bagi la salam." Kata Azwa dengan lembut lalu diletak tepi popcornnya itu. Terus dia bangkit dan menuju ke arah umminya. Tangan umminya dikucup, lembut.
"Allah, ummi lupa. Teruja sangat la kakak. Assalamualaikum." Kata umminya. Terus Azwa menjawab salam. Azwa kembali duduk dan menyambung suapan popcornnya.
Puan Asfa turut sama duduk. "Kakak tengok cerita apa tu?" Soal umminya. Azwa memandang umminya. "Zootopia. Kakak baru je lepas langgan cerita ni." Jawab Azwa.
Umminya membentukkan mulut menjadi huruf 'o'. "Kenapa kakak tak nak beli CD je?" Soal umminya lagi. Azwa menjongket bahu.
"Yang CD punya belum ada lagi la ummi. Ni pun kakak langgan berbelas ringgit je, untuk tiga hari. Boleh tengok puas-puas. Kalau CD berpuluh-puluh ringgit la ummi. Kakak bukannya tengok setiap hari pun." Jawab Azwa lagi.
Puan Asfa mengambil segenggam popcorn lalu disuakan ke mulutnya. "Manisnya popcorn ni kakak. Popcorn kakak buat sendiri ya."
Azwa mengangguk. "Tak tahu pulak yang ummi ada popcorn maker. Popcorn ni manis sebab kakak letak madu. Patutnya ummi tak boleh makan benda manis ni. Nanti ginjal boleh rosak." Azwa menegah umminya.
"Ish, kakak ni. Ummi punya ginjal elok lagi. Alhamdulillah. Masih berfungsi dengan baik. Adik yang minta ummi belikan popcorn maker. Katanya nak try buat. Last-last tak buat langsung. Sia-sia je ummi beli. Tapi tak pakai langsung benda tu."
Azwa tersengih-sengih tiba-tiba. "Senang je nak buat popcorn ni ummi."
"Oh, ya. Mana adik?" Soal Puan Asfa.
Azwa mengerutkan dahinya. "Eh, ummi tak perasan ke? Adik ada dekat luar la. Dekat yard, tengah buat senaman apa entah. Waktu macam ni la baru nak exercise. Patutnya awal sikit. Ni dah nak masuk maghrib, baru la nak terhegeh-hegeh exercise. Kenapa ummi balik lambat hari ni?" Soal Azwa lagi.
Puan Asfa menyuakan lagi popcorn ke mulutnya. "Ummi ada banyak kerja dekat kolej tadi. Ni, kakak dah pergi tengok tadika tu ke? Dah hantar resume?" Soal umminya. Azwa mengangguk tetapi matanya masih pada skrin TV sambil tangannya bergilir-gilir sekejap ke mulut sekejap ke bekas berisi popcorn.
Tak lama kemudian walid mereka pun pulang. "Walid dari mana tu ummi? Kenapa walid pun balik lambat jugak?" Soal Ain yang baru masuk sambil mengelap peluhnya dengan kain tuala yang tergantung di lehernya.
"Kan ummi dah kata, banyak kerja dekat kolej. Pelajar semester dua sekarang ni susah betul nak kawal." Umminya menjawab selamba. Padahal memang dah sepakat dengan walid mereka untuk singgah berbincang dan balik pada waktu berlainan. Hebat jugak perancangan orang tua. Ahaks.
Ain dan Azwa sama-sama mengangguk. Puan Asfa terus menyambut suaminya yang baru pulang itu. Raden Aiman terus naik ke atas untuk mandi dan bersiap untuk ke masjid berdekatan. Selalunya malam Jumaat macam ni, mereka akan adakan ceramah.
Puan Asfa terus duduk semula di tempatnya. Oleh kerana suaminya yang menyuruhnya untuk berterus-terang, Puan Asfa pun memulakan perbualannya dengan Azwa. Entah la Raden Aiman nak mencuri dengar ataupun tidak.
YOU ARE READING
Mr And Mrs Tengku
RomanceSinopsis : Rela dalam terpaksa, Nur Azwa menerima perkahwinan yang diaturkan oleh ummi dan walidnya demi kebahagiaan mereka. Dah la terpaksa berkahwin dengan Tengku yang sifatnya mengalahkan iceberg yang beku tu. Memang kehidupan Azwa penuh caba...