TAK SANGKA STORY NI #11 IN ROMANCE. SEMALAM AGAKNYA. PASTU READERS STORY NI NAIK MENDADAK :O THANKS. KEEP READING. I LOVE YOUR VOTE AND COMMENT.
***
Sebulan kemudian..
TENGKU Faris berhenti di hadapan rumah ibunya. Azwa terus keluar setibanya sampai. Tiba-tiba je suami dia ajak ke rumah ibu mertuanya. Azwa apa lagi, terkocoh-kocoh dia nak bersiap tadi. Tengku Faris balik ke rumah awal hari ini.
Balik sahaja ke kondo, terus dia mengajak Azwa ke rumah ibu mertuanya. Takde angin takde ribut tiba-tiba je dia ajak. Azwa terus mendapatkan ibu mertuanya.
Dikucup tangan ibu mertuanya. Siap berlaga-laga pipi lagi. "Mum sihat ke?" Tanya Azwa. Erk, mum dia kan salah seorang pesakit buah pinggang. Apa punya soalan daa.
Datin Dewi tersenyum manis. Lebar senyuman dia bila ternampak Azwa datang mendapatkannya. "Alhamdulillah. Mum sihat. Wawa sihat?"
Azwa turut tersenyum manis. "Alhamdulillah. Sihat. Mum dah makan ke?"
"Takkan la nak bersembang di luar. Mari la masuk. Sembang dekat dalam rumah." Kata Datin Dewi lembut. Azwa menurut.
"Mum, Faris nak kena pergi Korea. Ada hal kerja." Haih, cakap dekat mum dia je ke. Dekat aku tak bagi tahu pun. Rungut Azwa di dalam hati.
Azwa sudah tersenyum riang. "Wah, Korea... Bestnya, awak pergi Korea." Azwa menyampuk. Tengku Faris di sebelah sudah memberi jelingan tajam. Wuish kalah pisau punya ketajaman je jelingan dia tu.
Azwa terus membatukan dirinya setelah Tengku Faris memberikan jelingan tajamnya itu. Aku cucuk cucuk jugak la mata dia tu biar jelingan tajam tu takde.
Datin Dewi tersengih-sengih melihat Azwa yang tiba-tiba membatukan dirinya. Alahai menantuku.
Azwa sekarang tak bekerja di tadika lagi. Semua ni sebab Tengku Faris la. Hari tu Azwa balik kerja lewat. Tak masak tengah hari langsung sebab kepenatan. Tapi bukannya Tengku Faris balik makan tengah hari pun selalunya. Entah angin mana la yang dah dihirup oleh Tengku Faris ni sampaikan dia balik rumah tengah hari tu.
Katanya balik nak makan tengah hari. Tapi Azwa dah la tak masak lagi. Sekali... Dia bagi arahan suruh Azwa berhenti jadi guru tadika. Azwa akur je la. Suami dah suruh kan. Takkan la nak berdegil lagi. Tak cium bau syurga pulak nanti.
"Takpe la. Pergi je la. Hal kerja kan." Datin Dewi dah bagi green light. Tapi Tengku Faris cuma nak memaklumkan je dekat mum dia. Dia risau je daddy dia tu lupa nak bagi tahu mum dia.
Tiba-tiba je minggu lepas, gastrik daddynya itu menyerang kembali. Azwa pulak lagi sebulan setengah baru mula kerja. Kerja sebenar dia. Cita-cita dia. Kerjaya yang dia pilih sejak kecil lagi. Tapi yang menjadi masalah, Putrajaya dengan Kuala Lumpur jauh.
Takkan la Azwa nak kena tinggalkan suami dia, then tinggal dekat Putrajaya semata-mata kerana kerja dia. Tapi, boleh ke kalau Azwa nak hantar permohonan supaya dipindahkan ke KL. Kalau boleh, nak hospital dekat KL. Tak nak la kalau yang jauh-jauh dengan rumah.
Lagipun, ummi dan walid Azwa sudah pulang semula ke Malaysia. Kalau suami dia takde, Azwa boleh je nak tinggal rumah ummi dan walidnya buat sementara waktu sepanjang Tengku Faris berada di Korea.
"Faris pergi tak lama pun. Tiga hari je." Tiga hari pun dah dikira lama, tahu tak.
***
"WHAT! Dia pergi dengan siapa?" Bentak Ariana sehinggakan dia berdiri dari duduknya. Kira baik dah Tengku Adrian memaklumkan dekat Ariana pasal hal ni. Lagi nak membentak dia ada la.
Bukannya senang nak dapat jadual Tengku Faris ni. Mintak jadual dekat PA Tengku Faris yang setia tu pun dia tak bagi. Setia la katakan. Ini pun kebetulan dia terdengar perbualan Adam dengan Tengku Faris dekat cafe hari tu.
Tengku Adrian memicit pelipisnya. "Boleh tak kalau kau tak menjerit. Aku yang dengar jeritan kau pun boleh sakit telinga tahu tak." Tengku Adrian mendengus kasar.
"Oh. Sorry. Faris pergi dengan siapa?" Kali ini Ariana menyoal dengan nada yang sedikit lembut. Tidak seperti tadi. Tengku Adrian masih lagi menyilangkan tangannya ke dada.
"Kruz. PA dia tu."
Ariana kembali duduk. Menghirup jusnya semula. "Bagus lah. Perempuan tu tak pergi sekali kan?" Tanya Ariana lagi. Memang Tengku Adrian ni sumber dia pun. Sumber dia mendapatkan apa-apa sahaja yang berkaitan dengan Tengku Faris.
Tengku Adrian mengangkat muka memandang Ariana. "You mean isteri dia ke?" Memang Ariana tu malas nak gelar Azwa tu isteri Tengku Faris. Tak boleh terima kenyataan.
Ke dia berangan nak jadi isteri Tengku Faris. Ariana mengeluh, menyampah kerana Tengku Adrian masih tidak mengerti maksudnya. "Ye la. Who else then if not her." Kata Ariana dengan angkuh.
Tengku Adrian tersenyum sinis. Kebelakangan ini dia jarang pulang ke rumah. Asyik nak mengelak isteri dia je. "Isteri dia tak ikut sekali la. Faris bukannya nak pergi honeymoon. Dia pergi sebab hal kerja." Tengku Adrian menenangkan Ariana.
Bukan apa, nanti tak pasal-pasal je Ariana datang menyerang Azwa pulak nanti. Azwa jugak la yang dapat padah nanti. Ariana mengeluh perlahan. "Yes, good to hear that. Kalau macam tu, aku pun nak ke Korea sekali la." Ariana tersengih-sengih.
Tengku Adrian membulatkan matanya. Habis la. Kalau Ariana ikut, mesti akan jadi kacau-bilau. Dah la si Ariana ni troublemaker. Padahal dia sendiri pun tak sedar yang dia tu dua kali lima je dengan Ariana. Dua-dua troublemaker.
"Kau mesti ada banyak kerja. Kau kan sekarang ni tengah melonjak naik. Takkan la kau nak tinggalkan kerja kau semata-mata kerana Faris." Tengku Adrian berdalih.
Ariana menjongket kening. "Alaa, kalau aku tolak kerja aku pun, mereka tetap datang merayu dekat aku la. Aku tak peduli pun semua tu. Apa yang penting sekarang ni, aku dapat dating dengan Faris tanpa perempuan yang selalu menyibuk tu." Angkuh benar.
Tengku Adrian terus bangun dan meninggalkan Ariana keseorangan di club mewah itu. Malas dia mahu melayan Ariana. Degil. Memang dari dulu dimanjakan agaknya. Orang yang degil tu jugak la orang yang kau cinta dulu, Adrian.
"Adrian! Come back here. Adrian!" Panggil Ariana. Lagu semakin kuat dimainkan sehinggakan Ariana harus menjerit untuk memanggil Tengku Adrian.
Tengku Adrian sudah berada jauh. Ariana terus berlari mendapatkan Tengku Adrian yang sudah bergerak menuju ke keretanya. Dah la dia ada minum banyak. Susah la nanti untuk dia memandu.
Buatnya berlaku kemalangan, nyawa dia jugak yang kena. "Kalau kau pergi Korea, aku pun pergi sekali." Kata Tengku Adrian setelah Ariana mendekatinya.
Ariana menggeleng. Tanda tidak setuju. Dating ke namanya kalau si Tengku Adrian ikut sekali. "No way!"
"Aku bagi tahu mummy dengan daddy kau kalau macam tu." Ariana tersentak dengan kata-kata Tengku Adrian.
Terus Ariana menoleh dan menyilangkan tangannya. "Ish. Kau ni Adrian.... Ish. Fine!" Kata Ariana lalu masuk ke dalam kereta Tengku Adrian.
"Aku risau nanti terjadi apa-apa. Biar la aku ikut kau." Kata-kata Tengku Adrian bagaikan masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Malas Ariana nak dengar. Dia pura-pura tidur je dalam kereta tu. Nanti dilayan Tengku Adrian ni, macam-macam nasihat yang dia dapat.
★★★
ESOK DAH SEKOLAH. ALAHAI. SEKEJAP NYA CUTI. OKEY, JGN LUPA VOTE YE..
YOU ARE READING
Mr And Mrs Tengku
RomanceSinopsis : Rela dalam terpaksa, Nur Azwa menerima perkahwinan yang diaturkan oleh ummi dan walidnya demi kebahagiaan mereka. Dah la terpaksa berkahwin dengan Tengku yang sifatnya mengalahkan iceberg yang beku tu. Memang kehidupan Azwa penuh caba...