BAB 18

20.6K 640 11
                                    

AFRIN dengan cekap menunjukkan rekaan baju kurung moden yang berekor di bahagian belakang. Azwa terdiam. Biar betul baju ni. Tak nak la. Fikirnya.

Tengku Faris turut melihat baju rekaan yang ditunjukkan oleh Afrin. Nice, elegant and tak sesuai dengan Azwa. Azwa tu dah la pendek. Lagi nak pakai baju tu. Seriously, tak sesuai langsung.

Tengku Faris kemudiannya memandang Azwa yang masih lagi memandang baju tersebut dengan pandangan kosong.

"This design will make her look short, of course tak sesuai dengan dia. Lain la kalau dia nak malukan diri sendiri." Lancang je mulut Tengku Faris ni nak membahan Azwa. Saje nak bagi marah Azwa ke macam mana.

Azwa terus menarik muka. Geram pulak dengan si Tengku Faris ni. Sibuk aje nak komen design orang. Tadi tanya nak konsep apa, bukan dia kisah pun. Tapi kali ni menyibuk aje kerja.

"Not really, design ni memang sesuai pada Cik Azwa." Laju aje Encik Afrin menumpang komen sama dengan Tengku Faris.

Dah semestinya dia nak promosikan design dia. Azwa bersyukur betul dapat berurusan dengan orang yang boleh dibawa berbincang.

Azwa memandang Afrin. Muka masam tadi hilang tiba-tiba. "But, don't worry. High heels ni akan buat Cik Azwa kelihatan seperti princess charming."

Dengan muka yang penuh bangga, Afrin menunjukkan kasut bertumit 6 inch yang dihiasi dengan batu-batu permata yang dilekatkan. Apakah itu. Cantik, memang cantik. Tapi tinggi sangat la.

Pucat muka Azwa dibuatnya. Biar betul aku kena pakai kasut ni. No way. Aku tak nak. Dah la majlis besar, penuh dengan jemputan-jemputan terhormat.

Seumur hidup dia, tak pernah-pernah dia pakai kasut setinggi itu. Kasut paling tinggi yang dia pernah pakai pun 2 dan 3 inci je. Tak pernah lebih.

"No way. This is insane. This shoe will be a troublesome and will cause some chaos." Dek kerana tak boleh terima kasut ni, bahasa Inggeris pulak yang keluar daripada mulut dia. Mukanya yang cemas itu disambut dengan gelak ketawa kedua-dua pereka dan wedding planner mereka.

Orang tengah susah hati, boleh pulak dia gelakkan orang. Azwa membuang pandang. Ambil angin dulu. Hilangkan dulu angin kemarahan tadi.

"Takpe la. Kalau Cik Azwa tak nak design ni, we still have another design for you." Afrin terus memetik jari dan almari pakaian butiknya pun terbuka secara automatik.

Azwa menggeleng laju. "Kalau boleh, saya nak design yang memang betul-betul sesuai pada saya." Azwa masih berlembut. Tengku Faris tersenyum sinis.

"Semua design ni memang okay dah. Masalahnya, pada si pemakai tu la." Azwa makin geram bila Tengku Faris mula mengeluarkan kata-kata yang kurang senang.

Kalau tak nak kahwin, stop it. Buat apa nak teruskan lagi. Buat apa nak lukakan hati dan perasaan orang lain hanya kerana kepentingan sendiri.

Afrin meneguk liur. Dia pulak yang jadi kecut bila Azwa dan Tengku Faris seperti ingin memulakan perang mulut di butiknya.

Tak pasal-pasal takde pelanggan pulak yang nak datang. "Makan sayur banyak-banyak. Minum susu banyak-banyak sebelum tarikh yang telah ditetapkan ye." Kata Tengku Faris sebelum bangun dari duduknya.

Azwa turut bangun. Dengan penuh geram, Azwa menghentak kakinya tanda protes. "Encik, Cik.. Kita di sini untuk discuss ye. Bukan untuk bergaduh." Ucap Afrin teragak-agak.

"Shut up." Kata Azwa dan Tengku Faris serentak. Kemudian mereka memandang sesama sendiri.

"Look Mr. Faris, kita di sini sebab nak discuss kan. Sampai nak masukkan hal yang menyakitkan hati ni dah kenapa." Azwa akhirnya menyuarakan rasa tidak puas hati.

Tengku Faris mengangguk malas. Malas hendak melayan kata-kata Azwa. "I'm telling the truth. Buat apa nak hipokrit kan." Balas Tengku Faris selamba.

Memang anak Tengku ni suka perlekehkan orang eh. Tanpa memikirkan apa yang akan terjadi kepadanya, Azwa terus menampar Tengku Faris.

"Tu sebab mulut celupar kau." Kata Azwa geram. Nafas dihela. Akhirnya, rasa lega selepas dapat memberikan hukuman kepada Tengku Faris kerana telah menghinanya.

"Excuse me. Cik Azwa." Panggil Afrin lagi. Serentak dengan itu, lamunan Azwa terhenti. Tengku Faris masih dengan senyum sinisnya.

"Yeah Afrin. Awak cakap apa tadi?" Soal Azwa semula. Bagi menutup rasa malunya kerana telah mengelamun tadi.

Lebih-lebih lagi nak menutup rasa malu sehingga ditertawakan oleh Tengku Faris di dalam hati. "Dumb." Kata Tengku Faris perlahan.

"I cakap…" Kata-kata Afrin dipotong oleh Tengku Faris.

"Buat apa nak repeat. Biar dia tahu-tahu sendiri. Orang tengah sibuk berbincang, dia pulak sibuk mengelamun." Selamba Tengku Faris berkata.

"Betul jugak kata dia. Kalau macam tu, saya minta diri dulu lah. Belum solat Zohor lagi. Encik Faris jangan lupa solat ye." Sengaja Azwa meninggalkan pesanan juga.

Ingat dia sorang je boleh perli. Aku pun boleh la. Heh!

Azwa terus meminta diri. Katanya dah lewat Zohor. Solat Zohor pun belum, tu yang dia nak balik. Niat dia nak lari daripada Afrin, Fella dengan Faris.

Malas nak discuss dah. Yang seorang bila tanya, melebih-lebih pulak jawapan dia. Yang seorang lagi bila ditanya, sepatah aje jawabnya. Yang seorang lagi straight-to-the point. Tapi bagus la. Azwa suka cara dia bekerja.

******

AZWA terus masuk ke dalam rumah. Cuaca memang panas. Teriknya, wuhh... Tak tahu macam mana nak terangkan. Terus dia melangkah ke biliknya untuk solat. Cadangnya ingin keluar ke Tutti Frutti.

Tapi tak seronok pulak bila sorang ni. Nanti dia dah kahwin lagi la. Agaknya, memang dia sorang je la. Encik suami mesti sibuk tak sudah.

Usai solat, loceng rumahnya berbunyi. Dia terus turun dan keluar untuk melihat siapa yang datang. Kebetulan dia masih lagi bertelekung. Tak perlu la dia mencapai tudung hitam di dalam almari.

Kelihatan Wardina sedang menekan lagi loceng rumahnya. Ya Allah, Wardina ni tak perasan ke aku dah terpacak depan pintu rumah ni. "Assalamualaikum." Tegur Azwa.

Wardina mengangkat muka. Senyuman nipis hinggap di bibirnya.

"Waalaikumusalam."

Siap melambai tangan lagi ke arah Azwa. Azwa pun hairan dengan si Wana ni. Pelik orangnya. Sekejap okey, baik.. Sekejap pelik.

"Masuk la." Kata Azwa lalu menekan butang gate pada remote gate yang tersangkut sekali dengan kunci keretanya. Memang dia capai siap-siap kunci kereta dia setelah mendengar loceng berbunyi tadi.

Wardina mengangguk lalu melangkah masuk ke dalam rumah pak longnya. Terus dia duduk di sofa ruang tamu rumah tersebut setelah dijemput duduk.
"Sorry la. Azwa tak masak apa lagi. Ni pun vitagen je la yang ada." Kata Azwa lalu meletakkan vitagen berperisa anggur di atas meja di ruang tamu tersebut.

"Takpe. Aku dengar yang kau nak kahwin." Terus itu yang Wana kata apabila dia mencapai vitagen di atas meja.

Azwa terdiam seraya mengangguk. Wana ni agak menyeramkan bagi Azwa sebenarnya.

★★★★★

HI, SORRY DAH BERAPA HARI TAK UPDATE. SAYA BUKANNYA ROBOT YG BOLEH UPDATE SETIAP HARI 😂😂..

Mr And Mrs TengkuWhere stories live. Discover now