BAB 39

22.2K 634 32
                                    

SORRY FOR THE LATENESS. JOM LEPASKAN RINDU KAT AZWA DAN FARIS DAN ADRIAN DAN ARIANA 😂.

***

BAIK betul hati Adam ni. Tiba-tiba je nak belanja Azwa makan. Makan dekat cafe dia, lagi la Adam tak kisah. Cafe dia sendiri, lagi la dia tak kisah. Order la banyak mana pun, hari ini Adam belanja 😂.

"Azwa," Azwa mengangkat muka memandang Adam. Nama diseru, takkan la nak pegun je kan. Tiba-tiba je Adam ketawa. Dah kenapa.

Ada apa-apa dekat muka Azwa ke. Ye, ada. Dekat mulut dia. Comot betul. Macam budak-budak tadika. Makan chicken chop je pun, dah comot.

"Mulut awak comot la."

Azwa mengerutkan dahinya, dengan segera dia mengelap mulutnya dengan tisu. Tetapi masih ada lagi sisa kecil coleslow di mulutnya. Adam masih menggelakkannya.

Azwa menjuihkan bibirnya. Adam dah salah anggap la pulak. Tisu di tangan Adam sibuk mengelap mulut Azwa. Azwa terkejut. Weh, drastik betul la tindakan mamat ni. Laju jantung Azwa berdegup.

Azwa juihkan bibir dia sebab geram dekat Adam yang asyik menggelakkannya. Bukannya nak suruh Adam lapkan bibir Azwa. Malu weh, pelanggan dekat cafe Adam melihat mereka. Adam ni pun dah kenapa. Ambil kesempatan ke atas Azwa ke macam mana ni.

"Awak ni memang manja eh, Azwa." Kata Adam sarkastik. Azwa masih lagi pegun. Terkejut weh. Tak pernah ada lelaki yang lap mulut aku selain walid.

"Mana ada la. Saya tak ma..-" Tak sangka pulak yang ibu mertua Azwa merangkap mak long Adam pun sampai. Adam rupanya yang ajak Datin Dewi. Bagus la. Azwa sangka yang dia dan Adam sahaja yang makan di cafe tersebut. Lega Azwa rasa. Sekurang-kurangnya, Azwa bukannya berduaan dengan Adam.

Selepas memenuhkan perut, apa lagi... Datin Dewi ajak la menantu dia tu shopping. Azwa menurut je. Nak jadi menantu mithali la katakan. Jangan orang ingat Azwa ni menantu 'pisau cukur' sudah la.

Dia kahwin dengan Tengku Faris pun dah banyak gosip yang keluar. Kata yang dia tu pisau cukur. Excuse me, Azwa bukan pisau cukur eh. Mulut orang yang dengki dengan dia, memang begitu.

Senang hati Datin Dewi dapat berbelanja sakan dengan Azwa. Datin Dewi rasa seolah-olah dia membeli-belah dengan anak perempuannya. Macam-macam yang mereka bualkan.

Datin Dewi ada la jugak bagi tahu Azwa sikit-sikit pasal Tengku Faris masa dia kecil. Comot budaknya. Makan sikit je comot, biasa la, budak-budak kan.

***

TENGKU Faris terus berjalan di bandar Seoul. Kruz, lelaki Korea yang bijak pandai ni haa yang cadangkan dekat Tengku Faris supaya berjalan kaki. Katanya, lebih seronok kalau berjalan kaki daripada menaiki kereta.

Tengku Faris dengar je la cadangan PAnya itu. Tapi apa yang Tengku Faris dapat, PENAT! Ye, itu lah apa yang Tengku Faris dapat. Penat Tengku Faris rasa. Asyik nak minum air je. Dengan cuaca sejuk begini, berjalan kaki pulak tu.

Tengku Faris lalu di hadapan kedai serbaneka. Baru la dia rajin nak tengok kiri kanan. Kalau tak, dia cuma berjalan ke hadapan je la. Lihat la, di mana Kruz. Nak kena betul la si Kruz ni.

Dia yang cadangkan supaya berjalan kaki di bandar Seoul ini. Tengku Faris terus masuk ke dalam kedai serbaneka tersebut. Mana la tahu ada barang menarik di sini, boleh la Tengku Faris beli.

Satu pun takde yang dia minat nak beli. Dia terus pulang semula ke hotel tempat dia menginap. Penat dah berjalan. Separuh hari berjalan. Waktu siang yang hening pun cuacanya sejuk. Korea la katakan.

Mr And Mrs TengkuWhere stories live. Discover now