BAB 62

17.9K 545 55
                                    

Real update.

×××

KATRINA menumbuk stereng keretanya berkali-kali dan menyandarkan badannya dengan kasar di kerusi pemandu. Betapa geramnya dia sekarang ini. Kenapa dia di pecat.

Apa salah dia. Laju air mata Katrina mengalir membasahi pipi. Tak lama kemudian telefonnya berdering. Keluhan berat dilepaskan.

Air matanya diseka kasar dengan telapak tangan. Dengan pantas, telefon yang berada di dalam handbag dikeluarkan lalu menekapkan alat canggih itu di telinganya.

"Hello?!" Soal Katrina sedikit dingin. Rasa sakit hati masih ada lagi.

"Qaisara, bila nak balik? Kau tengok jam sekarang! Dah nak tengah malam ni. Kau buat mummy dengan daddy risau tau." Tengku Adrian yang menelefon. Nampak risau benar dia.

Katrina mendengus. Air mata yang ditahan tadi berguguran sekali lagi. "Adrian… Hiks hiks… A-aku kena pecat!!" Adu Katrina. Saja nak simpati Adrian la tu.

Tengku Adrian kelihatan terkejut. "Siapa yang pecat kau?" Katrina masih tersedu-sedan. Siapa lagi yang pecat ulat bulu tu kalau bukan Tengku Faris. 😒.

"Dah la. Jangan la menangis. Balik sekarang. Nanti aku akan uruskan semua tu. Kau jangan risau la." Pujuk Tengku Adrian.

Tahu sangat dia yang Katrina tu memang sukakan Tengku Faris. Katrina yang berkeras nak kerja di Faris Holdings sampai sanggup minta Tengku Adrian jumpa mum Tengku Faris.

Dan Tengku Adrian pun buat. Hanya kerana permintaan Katrina yang ingin bekerja di Malaysia. Katrina mengangguk lalu mematikan panggilannya.

Telefon disimpan dan dia pun memandu pulang.

                            ***

SABTU yang hening dan menceriakan. Azwa dan Tengku Faris cuti. Sesekali Azwa nak jugak berehat. Takkan asyik kerja je. Ini pun sering kali dibebel oleh mum, baru la dia ambil cuti.

Kalau tak, jangan harap la Doktor Azwa nak cuti. Tak kesiankan baby ke. Azwa menanggalkan kasutnya dan melangkah masuk ke dalam rumah mertuanya.

Lama sungguh tak singgah sini. Ada dalam dua bulan jugak. Azwa berlari ke dapur untuk mendapatkan ibu mertuanya. Tak padan dengan berbadan dua, nak jugak dia berlari. Salam pun tak beri.

Ish anak dara sorang tu. Ehhh 🙊, tak padan dengan isteri orang. Cantik benor la perangainya tu.

Tengku Faris menutup enjin kereta. Buah-buahan yang dibeli untuk mum dikeluarkan dari seat belakang. "Assalamualaikum." Azwa memberi salam lalu masuk ke dapur.

Ternampak seorang figura gadis muda sedang berbual mesra dengan ibu mertuanya sambil memotong buah epal lambat-lambat. Sah, tak pernah masuk dapur.

Datin Dewi menoleh memandang menantunya yang berpakaian serba ungu lembut. "Waalaikumusalam." Balas Datin Dewi lalu mendapatkan menantunya.

Azwa ditarik ke dalam pelukannya. Tak sempat Azwa nak cium tangan. "Rindunya mum dekat sayang mum yang seorang ni." Kata Datin Dewi mesra.

Lalu kedua belah pipi Azwa diciumnya. Azwa turut berbuat demikian. "Habis tu, mum tak rindu Faris ke?" Soal Tengku Faris yang baru masuk ke dapur.

Satu bakul buah-buahan yang dibalut dengan plastik hamper di letakkan di atas meja kaunter dapur. Sempat Tengku Faris menjeling seorang gadis yang sedang memotong buah lai pula.

Terdetik jugak di hati. Siapa perempuan tu. "Mesti la rindu. Rindu awak 200 percent." Kata Datin Dewi lalu menepuk belakang badan anaknya. Nak tepuk bahu, tak sampai. Tengku Faris tinggi sangat barangkali.

Mr And Mrs TengkuWhere stories live. Discover now