BAB 59

18K 548 137
                                    

MASAM mencuka wajah Azwa. Dari tadi dia menunggu suami dia. Tak ternampak langsung Alfa Romeo 4c suaminya. Sudah lupakah suami dia tentang dinner mereka malam ini.

Telefon dikeluarkan daripada tas tangan dan mula mendail Adam Hafiz. Apa-apa hal je memang dia minta tolong dekat Adam je selain minta tolong dekat suami tersayang tu.

Dalam berbelas minit menunggu, baru la Adam sampai. Azwa menerobos masuk ke dalam kereta Adam. Mereka pun ke cafe Adam yang sudah ditempah oleh Tengku Faris.

Tengku Faris nak raikan birthday Azwa dengan keluarga je. Ikut Tengku Adrian la nak datang atau tak. Tak kisah pun. Sebab ini hanya lah majlis hari jadi Azwa. Bukannya majlis kahwin pun.

Dia tak nak menyemak dekat majlis hari jadi Azwa lagi bagus. Bukannya Tengku Faris suka pun kalau dia ada sama. Menyibuk je kerja dia tu.

Masih lagi kerek dan poyo macam dulu walaupun dah kehilangan seorang isteri tercinta. Perangai kerek campur poyo dia tu memang tak boleh nak dipisahkan dah.

Tapi Adam tu wajib ada. Teman Tengku Faris dari kecil lagi. Membesar sama-sama. Sampai ramai yang salah anggap akan keintiman di antara Tengku Faris dan Adam Hafiz.

Masuk sahaja ke dalam cafe milik Adam, Azwa sudah terlopong. Amat terkejut dan takjub. Sangat menarik dekorasi di dalam cafe Adam sekarang ni. Makin menarik.

Mana taknya, dah dekat enam bulan tak datang cafe Adam ni. Patut la makin lain. Dekorasi dalaman pun makin cantik. Azwa mendapatkan ibu dan bapa mertuanya.

Dah dekat tiga minggu tak jumpa. Gila tak rindu. Azwa memeluk ibu mertuanya. Kedua-dua belah pipi ibu mertuanya itu dicium penuh kasih.

Dia mendapatkan bapa mertuanya pula. Sekadar salam cukup agaknya. Takkan nak cium kedua belah pipi pulak kan. Lawak pulak kalau Azwa berbuat demikian. 😹.

Kemudian Azwa mendapatkan ummi dan walidnya. Terkejut dia sebab Ain ada sekali. Beriya je si Ain ni tadi. Nak ajak dia keluar makan la konon. Dia belanja konon.

Tup-tup ada je dekat cafe ni sekali. Tersengih-sengih si Ain bila Azwa memandangnya tajam. "Mana Faris?" Soal Datin Dewi. Azwa mengangkat bahu.

Azwa menunduk memandang lantai marmar di cafe Adam. Sakit pulak hati ni bila ingat si suami. Katanya nak jemput lepas dia balik kerja. Wajah Azwa berubah cemberut. Tak kisah la kalau ada yang perasan wajah dia berubah. Peduli apa.

Mana kelibat dia! Tak nampak-nampak langsung!

"Faris yang jemput. Dia pulak yang takde. Bertuah punya budak." Ujar Datin Dewi cuba menceriakan keadaan. Perasan sangat yang soalan dia mengundang sesuatu di hati Azwa.

Kalau tak, kenapa Azwa tiba-tiba menunduk menekur lantai. Padahal tanya tentang suami dia sendiri. Sah ada apa-apa terjadi di antara mereka ni.

Nampak sangat muka Azwa yang tadi tersenyum riang berubah mencuka lepas dia bertanyakan pasal Tengku Faris. Takkan la suami isteri ni bergaduh pulak.

Kata-kata Datin Dewi disambut dengan gelak tawa daripada mereka yang lain kecuali Azwa. Datin Dewi merapati menantunya.

Hajah Asfa yang sedang memegang bahu anaknya itu terus menggosok perlahan bahu anaknya. Jangan dia menangis sudah la. Menangis sebab apa pun, tak pulak dia tahu.

Tapi Azwa kuat. Dia tak menangis. 😹.Kepala Azwa yang bersarung tudung itu diusap penuh kasih sayang. "Tak call dia ke?" Soal Datin Dewi lembut.

Azwa mengangkat wajah memandang ibu mertuanya. Senyum cuba diukir walaupun hambar. Kira okey la tu. Yang penting dia senyum.

Azwa mengetap bibir. "Dah call. Dia tak angkat-angkat pun." Mendengarkan jawapan Azwa, Adam terus mengeluarkan telefon dan mendail Tengku Faris.

Mr And Mrs TengkuWhere stories live. Discover now