BAB 25

24.1K 752 19
                                    

KEDENGARAN bunyi enjin kereta dari luar rumah Azwa dan keluarganya. "Kakak, buat apa lagi tu. Pergi la jemput suami tu." Kata Puan Asfa lalu menuju ke dapur.

Azwa yang sedang duduk bersantai di kerusi buaian rotan bergantung di ruang tamu terus tersedar daripada terlena. Siap berbaju tidur lagi tu. Azwa menenyeh-nenyeh matanya. "Kenapa ummi?" Soal Azwa. Dia tak dengar dengan jelas apa yang umminya katakan.

"Suami dah sampai rumah, takkan la nak biar dia dekat luar." Kata ummi. Azwa menggeleng. Ni yang malas ni, tadi tanya dia nak ke mana pun, dia tak nak bagi tahu.

Ni nak layan suami, huih. Tak payah la. Mahu hati melayang sebab jawapan sinis dia tu. Tapi Azwa bangun juga lalu menuju ke pintu. Pintu dibuka. "Awak dah balik." Lemah-lembut Azwa bermanis mulut melayan suaminya.

Tengku Faris terus menutup pintu keretanya lalu masuk ke perkarangan rumah. Pelik. Macam mana ummi boleh dengar enjin Audi a5 suami dia ni. Walhal, jauh beribu batu suaminya itu memarkir kereta. Bohong sangat tu beribu batu. Padahal baru 250 meter je.

Tengok la tu, buat pekak telinga je. Macam aku ni invisible je. Baik tak payah layan dia je. Tak layan ke layan ke, dua-dua sama je. Tengku Faris terus berdiri di hadapan pintu rumah. Macam mana dia nak masuk, dah Azwa halang pintu ni. Badan kecik ni pun boleh halang pintu, kau adaaa.

"Move. You're blocking my way."
Kata Tengku Faris. Kedengaran angkuh benar di telinga Azwa. Nak aje dia tampar mulut suami dia tu. Eh, Azwa... Tak baik buat suami kau macam tu.

"Oh, ye la kan. Awak nak masuk rumah." Azwa terus menuju ke ruang tamu. Tengku Faris terus masuk ke dalam rumah. Meriahnya la Tengku Faris tengok rumah Azwa tu.

Ain pulak sibuk dengan Puan Asfa dekat ruang tamu. Encik Raden Aiman pulak baru mula nak bermain catur dengan Azwa. Terus Tengku Faris memandang tempat lain. Dia ternampak ada selonggok hadiah tak berbuka pembalutnya. Ni mesti hadiah yang Azwa dapat daripada majlis pagi tadi.

Tengku Faris terus melangkah masuk dan meluru ke arah Azwa. "Walid, Faris nak pinjam Azwa, boleh?" Pinta Tengku Faris. Meluat Azwa dengar. Sakit telinga ada la.

Pinjam konon. Entah-entah nak membuli. Oh no. Rungut Azwa di dalam hati.

Walid mengangkat muka. "Eh, mesti la boleh." Kata walid. Azwa terus bangun lalu mengikut Tengku Faris masuk ke dalam bilik.

"Saya kan tengah main catur dengan walid tadi." Kata Azwa. Malas betul dia rasa kalau Tengku Faris ni ada sekali. Buat dunia dia jadi gelap-gelita.

Tengku Faris buat-buat tak dengar. "Ada saya peduli ke yang awak tu nak main catur dengan walid awak." Angkuh bunyinya. Sejak bila pulak Tengku Faris ber-awak-saya dengan Azwa ni.

Sempat juga mereka bertingkam lidah di tangga. Aih, dengar dek orang tua Azwa nanti. Naya je. "Saya nak mandi, siapkan baju untuk saya." Pesan Tengku Faris. Amboi, banyak handsome muka dia. Bebel Azwa. Tengku Faris terus mencapai tualanya lalu masuk ke dalam bilik mandi.

Azwa terus mengeluarkan satu per satu baju daripada beg Tengku Faris. Tidur satu malam je pun dekat rumah aku ni. Beg bukan main besar dia bawa. Banyak pulak tu baju dia. Nak show off ke apa ni. Mentang-mentang la baju yang Tengku Faris ni pakai, semuanya berjenama. Sempat Azwa merungut.

Baju tidur Tengku Faris dicapai dan diletakkannya di atas katil. Terus dia keluar dari biliknya dan turun ke ruang tamu bawah dan duduk semula di kerusi rotan di hadapan walidnya yang didukinya tadi. Catur masih lagi berada di atas meja.

"Okey walid. Let's continue the game." Kata Azwa riang. Mereka pun menyambung semula permainan catur yang tergendala tadi.

"Suami macam mana?" Soal walidnya. Azwa mengerutkan dahi.

"Macam tu la." Spontan Azwa menjawab. Terus dia menekup mulutnya. Dah terlanjur kata pulak. Dia tak patut jawab macam tu. Dia kahwin pun sebab nak bahagiakan ummi dengan walid dia.

"Suami dekat atas. Tengah mandi." Jawab Azwa. Terus dia menggerakkan 'bishop' lalu memakan 'horse' berwarna hitam ayahnya.

"Check." Kata Azwa. Dia paling gemar main catur. Dulu dia selalu wakil sekolah untuk pertandingan catur. Bila dah jadi wakil tu, selalu naik sebagai johan je la. Kau adaaa. Memang Azwa handal la bermain catur.

Pandai-pandai la walidnya itu menyelamatkan king. Lari la pergi luar negara sekali pun. Kalah dekat tangan Azwa jugak nanti.

Tak lama kemudian Azwa menjerit dengan gembiranya. "Check-mate." Tengku Faris yang berada di tangga menyambung langkahnya untuk turun dan menuju ke arah longgokan hadiah yang tersusun itu.

"Walid kena belanja kakak Baskin Robbins tau nanti." Kata Azwa. Azwa dah menang so, dapat la dia minta walid dia belikan dia apa-apa ke. Lagipun, dah lama dia tak makan Baskin Robbins kegemaran dia tu.

Walidnya mengangguk. Azwa senyum sampai ke telinga la, apa lagi. Gembira punya pasal. "Okey, nanti walid belanja kakak. Dah, pergi buka hadiah tu dengan suami." Kata walid. Azwa mengangguk dan menuju ke arah suaminya. Ain pun turut menyibuk.

"Nak buka hadiah ke? Nak tolong." Pinta Ain. Okey jugak kalau Ain ada. Takde la Azwa jadi kekok kan kalau berduaan dengan Tengku Faris ni. Ada la jugak Azwa teman berbual.

Satu per satu hadiah yang mereka buka. Banyak jugak yang mereka dapat. Ada yang bagi camera go-pro sekali dengan monopod yang dikhaskan untuk camera tu. Terkejut juga Azwa bila dia dapat hadiah macam tu.

Logik je kalau dia dapat hadiah macam tu. Kan saudara-mara Tengku Faris datang. Biasa la, orang kaya-kaya ni mana kisah bagi hadiah setakat camera go-pro. Mereka juga dapat iPod touch. Gila betul. Siapa je la yang baik hati bagi benda mahal macam ni.

Azwa sendiri pun akan fikir berkali-kali kalau nak beli benda macam tu. Mereka juga dapat satu set barang bayi. Gila la. Siapa la yang bagi benda macam ni. Tengku Faris dengan Azwa nak dapat baby bersama. Aih, jangan harap la. Entah-entah, sampai bila-bila pun, takkan dapat punya.

Tapi lepas tu, Ain kata nak masuk tidur setelah Azwa memegang sekotak hadiah, sederhana kecil saiznya. Berbalut cantik, dengan pembalut berwarna cream bercorakkan cake. Terus Azwa membuka hadiah tersebut. Terkejut bukan kepalang Azwa melihat ada dua set benda alah berwarna merah kemerah-merahan.

Baju kecik. Terus Azwa menutup semula kotak hadiah tersebut dan diletakkannya di atas permaidani dengan kasar. Geli pulak dia rasa. Gila la siapa yang bagi hadiah ni. Tengku Faris melihat gelagat Azwa.

Terus dia berhenti membuka kotak besar di hadapannya lalu mencapai kotak sederhana besar yang Azwa buka tadi. Dibukanya kotak tersebut. Kemudian Tengku Faris tersenyum herot. "Why don't your wear this tonight." Geli-geleman Azwa dengar.

Terus Azwa mengangkat muka. "Hah?" Soal Azwa. Buat-buat tak dengar je tadi.

"Why don't you wear this.... Tonight." Senyum herot masih lagi melekat di bibir Tengku Faris. Ish, sakitnya hati Azwa dengar. Sengaja Tengku Faris ni nak kenakan dia.

Azwa mengerutkan dahi. "Gila." Kata Azwa lalu menyambung membuka hadiahnya. Tak tahu la walid dengan ummi dia tu dengar ke tidak apa yang mereka bualkan ni. Minta simpang la.

★★★★★

GELI SAYA RASA MASA BUAT PART BUKA HADIAH TADI. THANKS FOR 17K. MUAH II. LOVE 💞 MAAF LA YE DAH LAMA TAK UPDATE.

Lots of love,
Author..

Mr And Mrs TengkuWhere stories live. Discover now