BAB 11

22.2K 750 10
                                    

HAPPY 1K READERS. BOLEH TOLONG TAK SEBARKAN CERITA SAYA NI. KALAU BOLEH SAYA NAK 4K DALAM MASA SEBULAN. CEH. WALAUPUN SAYA TAHU INI TAK AKAN TERJADI. CIA³.. ANYWAY, THANKS PARA READERS FOR YOUR SUPPORT. AISYAH SANGAT-SANGAT APPRECIATE. LEBIH² LAGI, THANKS KEPADA YANG KOMEN, MMG SIS DAPAT SEMANGAT BILA BACA KOMEN KORANG SEMUA 💜💋💋

*******

..... 4 JAM YANG LALU.....

DATIN Dewi terus duduk apabila dia terlihat sesusuk tubuh yang amat dikenalinya. 'Bakal besan' ku sudah tiba. "Maaf la saya lambat. Saya yang aturkan pertemuan ni, tapi saya pulak yang datang lambat."

Terus kedua-dua orang tua itu ketawa. Entah gelakkan apa pun tak tahu la. Apa yang lawaknya. Yang si Datin tu menekup mulut. Yang si Lecturer tu pulak mencuit si Datin. Biasa la orang tua.

"Awak nak discuss pasal kenduri yang awak nak adakan tu kan." Puan Asfa mula bicara. Serius aje bunyinya.

Datin Dewi mengangguk. "Buat selepas isyak la. Baru ramai para tetamu. Boleh sekali bagi duit raya dekat budak-budak yang datang." Maklum la, sekarang ni bulan Syawal. Saja Puan Asfa menokok tambah. Macam tak tahu yang bakal besan dia ni kaya-raya.

Datin Dewi mengangguk. "Betul jugak tu. Kalau macam tu, saya buat selepas isyak la. Macam mana kalau kita buat minggu depan. Hari Khamis malam Jumaat." Cadang Datin Dewi.

Puan Asfa mengiyakan aje. Bukan dia yang buat kenduri tu. Bakal besan dia ni ha yang buat. Jadi, tak perlu nak susah-susah fikir. Tak perlu susah-susah keluarkan duit.

"Eh, okey sangat la. Saya boleh mintak suami saya jemput jemaah datang kenduri awak. Sebab memang selalunya malam Jumaat masjid akan adakan ceramah, majlis ilmu. Memang suami saya rajin datang la." Sokong Puan Asfa.

Selesai mereka berdua berbincang, masing-masing terus pulang ke rumah mereka.

*******

"MUM, Faris rasa macam nak batalkan semua ni." Tengku Faris berkata seraya menghirup jus tembikai yang dikisar oleh pembantu rumahnya sebentar tadi.

Datin Dewi mengangkat muka. Hai, baru je lepas discuss dengan Puan Asfa, terus dapat berita yang anak dia ni nak batalkan. Apa semua ni.

"Kenapa tiba-tiba. Mum dah kata dekat pihak perempuan yang Faris setuju. Takkan mum nak batalkan semua ni. Faris jangan nak malukan mum. Jangan nak jadi pengecut." Entah dari mana idea nak menjawab anaknya ini datang pun tak tahu la.

Tengku Faris buat muka tak bersalah. Mentang-mentang la dia dah bersama semula dengan Ariana, cinta pertamanya. Semasa dia break up dengan Ariana dulu pun dia sampai tak lalu nak makan. Kerja pun sampai malas nak pergi.

Suka sangat cinta sangat dia dekat Ariana tu. Memang Ariana tu cantik, sangat slim, tinggi orangnya, comel sudah semestinya. Lagi satu dia tu kaya, high class la. Memang sesuai sangat la dengan Tengku Faris. Sempurna kedua-duanya.

Cuma Datin Dewi dan Dato' Tengku Faezrul tak berapa berkenan dengan Ariana tu sebab dia tu free hair. Gedik la bagi mereka. Lebih-lebih lagi dia tu tak reti nak hormat orang tua. Selalu sangat nak perlekehkan orang tua. Padahal ibu bapa dia tu pun orang tua.

Hari tu mereka ada terserempak dengan Ariana bersama dengan ibu bapanya. Dia nampak ibu bapa Tengku Faris tetapi dia tidak menegur langsung. Senyuman manis pun dia langsung tak berikan buat mereka. Bukan reti nak bodek keluarga boyfriend.

"Mum tak kira. Faris tak kisahkan maruah kita sekeluarga ke? Kenapa Faris tiba-tiba je batalkan. Mum tak faham. Cuba la Faris fikirkan pasal maruah. Kenapa Faris tak nak cakap awal-awal dekat mum? You should think before you speak."

Tengku Faris melepaskan keluhan berat. Takkan la dia nak tinggalkan zaman single dia. Takkan la dia nak lepaskan Ariana untuk kali kedua. Sanggupkah dia? Dia memang tahu kalau dia masih ingin teruskan perkahwinan ini, tanggungjawab dia akan menjadi lebih besar. Dia sanggup ke nak pikul semua tu?

"Whatever." Kata Tengku Faris lalu naik ke tingkat atas dan menuju ke biliknya.

"Faris, is it a no ? So, mum akan teruskan perkahwinan ni tau." Kata Datin Dewi. Tengku Faris meneruskan langkah memanjat tangga lalu menjongket bahunya kepada ibunya. Datin Dewi faham la isyarat anak dia tu.

*******

AZWA pun mula search mengenai Tengku Faris di MacBook Applenya. Tetapi hanya sedikit sahaja maklumat yang dijumpainya. Gambar Tengku Faris pun ada sikit je. Itu pun bercampur dengan gambar orang lain.

Kan aku dah cakap. Mesti dia ni rongak, dah tua, dan yang paling teruk sekali, dia ni bongkok. Ish, minta dijauhkan la. Terus Azwa menekan gambar Tengku Faris yang sedang memakai cermin mata hitam dan sedang memakai tuxedo bersama blazer kelabu sambil berjabat tangan dengan sesorang. Amboi, segaknya. Dia ke ni?

Terus Azwa memanggil adiknya untuk mengesahkan betul ke yang dia ni Tengku Faris. Kalau betul, esok jugak dia nak pergi jumpa dengan Tengku Faris. Kalau boleh, dia nak save gambar Tengku Faris, tapi sebab dia memang berpegang teguh dengan ajaran, dia tidak menyimpan gambar lelaki. Cuma gambar walid je yang ada.

********

"KAU dah berterus-terang dengan mak long ke?" Kata Adam Hafiz di talian. Tiba-tiba je sepupunya ni menelefon.

"Dah. Tapi mum macam tak nak batalkan je la. Kau cuba imagine berada di tempat aku. Kau mesti akan hesitate. Tapi aku sayangkan Ariana la. Takkan aku nak kena lepaskan dia lagi sekali semata-mata kerana perempuan pilihan mum. Buatnya dia tu dah tua, pendek, gemuk, gigi jongang, merana hidup aku nanti." Laju Tengku Faris menjawab. Tak sangka pulak apa yang Tengku Faris fikir tentang Azwa sama macam apa yang Azwa fikir pasal Tengku Faris. Haih, coincidence ke fate ni.

Adam sudah tergelak besar. "Takkan la mak long nak jodohkan kau dengan orang tua yang giginya jongang, gemuk pendek, takdenya. Kau tak payah la nak bagi alasan macam tu. Kau terima je la. Selalunya kan pilihan orang tua ni lebih baik." Adam Hafiz menyokong pilihan Datin Dewi.

Tengku Faris mengeluh. Eleh pilihan orang tua lebih baik konon.

"Macam cousin kau tu. Tengku Adrian kan." Sambung Adam. Ini yang membuatkan kepala Tengku Faris mula berdenyut.

Macam la si Adam ni tak tahu pasal sepupunya yang kerek poyo tu. "Dia tu kau jangan nak mention la. Tak habis-habis nak cakap pasal dia ni dah kenapa. Berapa kali aku nak kata, dia tu kena tangkap khalwat, bukannya pilihan mak ngah dengan pak ngah aku pun." Marah Tengku Faris. Terus panggilan dimatikan.

Malas betul dia nak dengar pasal sepupu dia yang dengkikan dia tu. Tengku Adrian tu talam dua muka je. Depan mak ayah dia baik bukan main. Depan ibu bapa Tengku Faris pun baik bukan main. Terlebih baik. Itu pun entah cerdik macam mana la si isteri Tengku Adrian tu cuba buat mak ayah dia berkenan.

Tak nak la malukan keluarga kerabat Tengku. Nanti tersebar serata media. Memang dia tu suka buat malu je. Dah la berlagak. Tak reti nak sedar diri. Selalu sangat nak menyusahkan keluarga kerabat Tengku. Suka sangat menggatal. Tak reti nak setia, sekali kena tangkap khalwat. Haa, amik lah kau.

*******

MACAM AKAN ADA KEMUNCULAN WATAK BARU JE NI. HM, ADA KE? WATAK SIAPA AGAKNYA YA?? KALAU NAK TAHU, KENA LA SETIA MEMBACA.. OK², DAH. JOM ROLL IT!!! EH, JAP².. PLEASE FOLLOW IG SIS. ig; AISYAHFARIHAH_

Mr And Mrs TengkuWhere stories live. Discover now