BAB 21

22.2K 653 8
                                    

AZWA pulang ke rumahnya setelah puas duduk di tadika selama tiga jam. Dia terpaksa memarkir keretanya di rumah jirannya. Nasiblah jirannya itu tidak kisah. Maklumlah, kawasan yard tidak boleh dimasuki kerana khemah sudah elok terpasang. Pelamin yang dipasang pun cuma sederhana. Bukannya Azwa nak sangat pun naik pelamin.

Kawasan jalan juga diambil untuk dipasang khemah di situ. Ummi dan walidnya hanya menempah khemah sebanyak lima buah sahaja. Kawasan yard muat dua buah khemah. Maka, di kawasan jalan raya hanya ada dua buah khemah sahaja. Di tempat parkir kereta pula muat sebuah khemah aje.

Hingga ke petang pekerja syarikat khemah ini memasang khemah. Fella si wedding planner pun ada sekali untuk mengetuai askar-askar dia yang memasang pelamin. Azwa minta dibuat pelamin tu ala kadar je. Dia tak nak la grand sangat.

Azwa tidak mahu memakai inai. Dia lebih suka tangannya yang putih gebu itu tidak dipakaikan inai. Kalau ada yang berani pakaikan dia inai, memang dia dah sental dah tangan dia tu biar inai tu hilang. Tak kira la sakit ke tak, yang penting dia tak nak berinai. No no no! Say no to inai.

Hampir Maghrib juga semua persiapan selesai. Mana taknya, esok lah harinya. Hati Azwa rasa tak tenteram je. Bila fikirkan pasal si Tengku Faris tu, dia rasa macam nak tumbuk-tumbuk je muka Tengku Faris. Tak tahu la kenapa dia terfikir macam tu. Sebab muka Tengku Faris yang menjengkelkan agaknya. Tapi Tengku Faris buat muka annoying pun dekat Azwa seorang je rasanya.

Azwa yang tengah asyik menonton televisyen tiba-tiba diganggu. Si Ain ni dengan selamba badaknya menutup televisyen. Tengah syok Azwa layan cerita W - Two Worlds. Baru nak tengok Lee Jong-Suk, budak seorang ni dah ganggu. Azwa memberi pandangan tajam kepada Ain.

"Kakak, ikut adik sekejap." Pinta Ain. Azwa terus merentap remote control televisyen daripada Ain. Terus button on ditekannya. Matanya masih lagi pada skrin televisyen.

Ain terus merentap tangan Azwa. Ditariknya Azwa supaya mengikutnya naik ke tingkat atas. "Jom la ikut adik. Adik nak tunjuk sesuatu ni." Rengek Ain. Azwa hanya patuh. Dah Puan Asfa sudah memandangnya semacam. Suara Ain ni memang boleh kalah singa mengaum.

"Ikut ke mana la?" Soal Azwa. Dia hanya mengikut ke mana Ain menariknya. Terus Ain berhenti di hadapan biliknya. Tombol pintu biliknya dipulas. Azwa dari tadi tak berpeluang nak masuk ke biliknya sendiri. Nak solat pun, dia gunakan bilik Ain. Dah si Ain kata bilik dia bersepah. Memang Azwa marahkan si Ain tu la sebab dah sepahkan bilik dia.

"Tadaaa!" Kata Ain riang. Azwa melihat setiap inci dan sudut biliknya. Wow. Cantik. Menarik. Macam orang profesional yang decorate bilik dia.

Azwa ternganga. Dia sendiri pun tak perasan yang dia ternganga. Ain menyilangkan tangannya. "Adik ke yang decorate semua ni?" Soal Azwa tidak percaya. Ain mengangguk-angguk.

"Ye ke ni?" Sekali lagi Azwa menyoal.

"Betul la. Adik yang decorate. Cantik kan. Biasa la, nak decor senang je. Tapi yang penting kena ada Mr. DIY." Sempat lagi budak ni nak promote Mr. DIY.

Azwa terus menghempaskan tubuhnya ke katil. Cantik betul biliknya. Pandai pulak Ain tu menghias. Setahu Azwa, yang Ain tahu adalah makan.

"Kakak, nanti siapa jaga adik?" Soal Ain kepadaku. Haah la. Siapa nak jaga Ain nanti. Kalau Ain nak tinggal dengan Azwa pun tak apa. Tapi, Azwa kan bakal bersuami. Dia kena la minta izin bakal suami dia dulu.

"Adik tinggal la dengan kawan adik." Balasku. Kalau Ain nak kereta ke, Azwa sanggup memberikan keretanya kepada adiknya itu untuk kegunaan adiknya jugak.

Ain menjongket bahu lalu keluar dari bilikku. Dia yang tengah resah gelisah ni pun tak boleh nak fikir dah. Mana taknya, esok dia dah kahwin. Rasa macam baru je semalam dia pergi butik untuk discuss pasal majlis tu.

*******

PAGI itu Azwa bangun awal tidak seperti biasa. Dia terus bangun dan menuju ke bilik air. Dia nak menunaikan solat sunat Tahajjud. Sekali gus dia menunaikan solat sunat Hajat.

Usai solat dia turun ke ruang tamu bawah. Pelamin tu walaupun ala kadar je tapi masih nampak macam grand la. Biasa la, tangan profesional yang hasilkan.

Dia kemudian terus naik ke tingkat atas untuk sambung tidur. Dari tadi dia rasa tak senang duduk. Sebab esok majlis akad nikah dia la tu. Pengantin baru la katakan. Mesti la akan ada rasa gelisah.

Esoknya tu Puan Asfa bangun lalu terus menuju ke bilik Azwa. Azwa memang dah bangun sendiri. Puan Asfa ni ha yang lebih teruja. Kalau macam tu, apa kata kalau Puan Asfa je yang kahwin.

Tepat pukul sembilan pagi, orang catering dan Fella si wedding planner pun tiba. Fella sendiri yang menawarkan diri untuk make-upkan Azwa. Datin Dewi dan keluaranya masih belum bergerak lagi dari rumah. Mesti la. Kan majlis akad nikah akan bermula pada pukul sebelas pagi.
Sementara yang lain sibuk menguruskan hal di bawah, Fella pula membantu Azwa memakai baju kurung berekor beserta tudung dan kasut tumit tinggi. Azwa dah practice lima kali pakai kasut tumit enam inci itu. Usai bersiap, Fella pun memulakan kerjanya iaitu make-up.

Azwa masih lagi melihat cermin. Menilik wajahnya la tu. Hebat tak hasil tangan Fella. Profesional gitu. Puan Asfa terus masuk ke dalam bilik Azwa. Terpegun dia seketika setelah melihat raut wajah Azwa.

Ain turut masuk. "Comelnya kakak. Sejak bila pulak la kakak suka make-up ni." Puji Ain. Azwa menebalkan muka. Malu la orang puji dia. Make up punya pasal. Bukannya Azwa suka make up pun. Kalau keluar rumah pun dia cuma calitkan pelembap muka dengan compact powder je.

Fella tersenyum bangga. Suka la tu bila dengar orang puji sebab hasil tangan dia yang make-upkan Azwa. "Kakak tak suka make-up pun." Seloroh Azwa.

"Mesti kak Fella yang make-up kakak kan. Kak Fella, make-up kat Ain jugak tau." Pinta Ain.

Azwa memberi pandangan tajam kepada Ain. "Amboi, baru 19 tahun dah menggatal nak make-up." Kata Azwa. Eleh, memang umur macam tu pun anak muda dah reti make-up. Ain menjelir lidah.

Terus Azwa berdiri dan berpusing-pusing. Nak tunjuk cantik la tu. Sebenarnya dia nak tunjuk dekat ummi dia. Okey ke dia pakai baju macam ni. "Cantik betul kakak macam tu." Puji Puan Asfa pula. Azwa tersenyum manis. Seketika kemudian walidnya pula yang masuk.

"Wah, cantiknya kakak. Yang, dah pukul 10:45 dah ni. Datin dah sampai. Anak dia je yang naik kereta berlainan." Kata Raden Aiman. Nak suruh isteri dia tu pergi layan bakal besan la tu.

Terus Puan Asfa berlari turun dan melayan bakal besannya. Raden Aiman pun turut turun untuk melayan besannya itu. Sempat jugak dia memberikan senyuman penuh kasih sayangnya kepada anaknya itu. Takkan la nak peluk anak dia tu depan Fella.

Ain, Azwa dan Fella masih duduk di dalam bilik. Resah, gelisah. Semua bersangkar dalam diri Azwa. Azwa menghempaskan tubuhnya pada katil. Fella membebel la apa lagi. Habis make-up dia nanti macam mana.

"Kakak, bakal suami kakak dah sampai." Kata-kata Ain mengejutkan Azwa. Terkejut Azwa. Semakin berdebar-debar jadinya. Dia jadi semakin tidak senang duduk. Hari ini lah harinya.

★★★★★

MAAF LA DAH LAMA TAK UPDATE. HOPE KORANG ENJOY BACA STORY SAYA.

Lots of love,
Author 💞

Mr And Mrs TengkuWhere stories live. Discover now