RAMBUTNYA yang sudah serabai itu diserabaikan lagi. "Apa aku dah buat ni!" Tutur Katrina takut-takut.
Jari-jemarinya dimasukkan ke dalam mulut dan digigit satu persatu bagi mengurangkan rasa gementarnya saat ini.
"Bos..." Panggil beberapa orang pekerja Katrina yang berbadan tegap. Mereka menghampiri Katrina apabila Katrina tiba-tiba kelihatan takut.
Jari telunjuknya diangkat ditujukan kepada sebuah bakul rotan yang selalu dipakai oleh Makcik-Makcik ketika memetik buah di dusun.
Salah seorang menghampiri bakul yang ditujukan itu. Kain putih yang menutup bakul itu diangkat sepantas kilat. Terus bibir gelap lelaki yang disangkal pasti merokok itu menggeletar.
Katrina bangun dengan terumbang-ambing daripada duduk di atas lantai simen itu. "U.. Uruskan budak tu secepat mungkin. Sekarang!" Arah Katrina lalu berlari masuk ke dalam kereta pekerjanya.
Tubuhnya yang menggigil ketakutan itu dipeluk erat. "Apa aku dah buat ni. Macam mana aku nak lari ni."
Katrina meraup mukanya. Seluruh tubuhnya menggigil. Tangannya turut menggigil. Sekali lagi jari-jemarinya dimasukkan ke dalam mulutnya dan digigit-gigit.
"Aku dah bunuh budak tu! Arghhh!" Teriak Katrina lalu meraup mukanya semula dengan tangannya yang menggigil teruk itu.
***
BAHU Azwa dicuit perlahan. Azwa masih kaku. Tidak memberi respons. "Jom turun. Kejap lagi jemaah masjid sampai." Azwa menunduk.
Tubuhnya dihempas ke katil. "Jom lah." Ajak Tengku Faris lagi. Bahu Azwa diurut lembut. Mana tahu hati jadi lembut tiba-tiba. Azwa menggeleng lemah.
"Azwa yang abang kenal bukannya seorang yang lemah." Tengku Faris menaikkan sedikit nada suaranya. Azwa ni makin lama makin lembik dia tengok.
Bahu Azwa terhinjut-hinjut dek menangis. "Saya dah penat la Faris. Nine month. Saya jaga dia. Tak dapat tengok dia langsung, dia hilang macam tu je Faris. Siapa tak sedih." Azwa meraup mukanya.
Air mata yang laju meluncur itu diseka. Matanya yang bengkak dek menangis tidak dihiraukan. Sekali tengok, macam muka awek Cina dah Azwa tu. Mata sepetmu sentiasa menjadi pujaan hatiku.
"Tak elok la asyik menangis je. Tak elok untuk mata awak. Lebih baik kita turun sekarang." Kata Tengku Faris lalu menarik lengan Azwa untuk turun ke ruang tamu.
Azwa tidak berganjak. Kerana penat mengajak Azwa yang tidak mahu bergerak, Tengku Faris terus mengangkat Azwa. Dibawa turun isterinya itu.
Sejurus sahaja selesai majlis bacaan Yaasin, Azwa terus berlalu naik ke biliknya tanpa meminta diri. Penat. Nak rehat.
"Mum, mana isteri Faris?" Soal Tengku Faris kepada ibu kesayangannya. Matanya meliar ke segenap ruang mencari susuk tubuh isterinya.
Namun hampa. Tiada juga di ruang tamu. "Dekat luar agaknya. Mana tahu dia ambik angin luar ke kan. Pergi check. Dia belum makan lagi rasanya tu." Jawab Datin Dewi sebelum berlalu ke arah keluarga Tengku Adrian.
Nak bersoal jawab sikit dengan mereka semua.
"Azwa..." Panggil Tengku Faris sebaik sahaja melangkah keluar. Namun hampa. Azwa tiada di luar rumah. Yang ada pun jemaah masjid je la yang tengah makan-makan.
Tengku Faris tersengih kerang busuk sebelum meminta diri untuk masuk semula ke dalam rumah. Takkan la Azwa nak duduk dekat luar dengan para jemaah masjid tu pulak.
"Dekat bilik la tu." Teka Tengku Faris lalu berlari naik ke tingkat atas. Bilik rehat dituku. Takde jugak. Ni yang susah nak cari ni. Bilik banyak sangat.
YOU ARE READING
Mr And Mrs Tengku
RomanceSinopsis : Rela dalam terpaksa, Nur Azwa menerima perkahwinan yang diaturkan oleh ummi dan walidnya demi kebahagiaan mereka. Dah la terpaksa berkahwin dengan Tengku yang sifatnya mengalahkan iceberg yang beku tu. Memang kehidupan Azwa penuh caba...