BAB 8

24.6K 840 19
                                    

JOM JE LA SAMBUNG. SCROLL IT!!!

*******

AIN terus mengemas barang-barangnya lalu menelefon kakaknya. "Kakak, ambil adik." Pinta Ain.

Azwa pula fokus dengan pemanduannya. Dia bukannya biasa jalan KL ni. Entah-entah taj silap hari bulan sesat tak jumpa jalan balik la pulak.

"Okay. Adik tunggu je tau. Kakak rasa kakak ambil lambat. You know la jalan KL. Always jem." Terus panggilan dimatikan. Ain duduk di bangku yang terletak di taman. Dia sibuk memikirkan tentang dirinya. Macam mana la nanti. Ummi dengan walid akan berangkat untuk menunaikan haji tak lama lagi. Tapi, siapa yang akan menanggung dirinya. Takkan la dia kena duduk dekat Kolej ni. Huargh.

Takkan la nak menumpang rumah kakak dan bakal abang iparnya. Apa pulak kata abang ipar dia tu. Eh, bakal abang ipar. Mana la tahu tak jadi kahwin ke. Tapi ummi dengan walid tak habis discuss pasal wedding ni. Katanya nak buat sebelum berangkat menunaikan haji. Kesiannya kalau berada dekat tempat kakak.

Nanti dia nak cari suami sendiri. Tak nak ummi dengan walid yang pilihkan. Lagi satu, kakak dia tu dah la baik, hormat org tua pulak tu. Lagi-lagi kalau walid dengan ummi minta acah-acah dengan dia, memang Azwa usaha la nak dapatkannya.

Tak tahu la kalau ummi dengan walid minta dia kahwin, agak-agak Azwa terima tak?

Tak lama kemudian Azwa pun sampai. Ain terus masuk ke dalam kereta lalu mereka terus pulang ke rumah.

*******

AZWA keluar dari keretanya. Remote control gate ditekan. Tak tahu la nanti walidnya nak parkir kereta dekat mana. Dekat luar rumah barangkali. Sebab dah la ruang nak masuk yard kecik je. Mana muat kereta walid nak masuk. Tapi garaj pulak memang boleh muatkan dua buah kereta je. Kalau kereta macam Azwa ni muat je nak masuk yard, tapi Azwa tak nak parkir dekat situ.

"Ain, tolong bawa keluar barang-barang." Arah Azwa. Azwa terus membuka pintu rumah lalu melangkah masuk ke dalam rumah.

"Amboi kakak, dia syok shopping, kita pulak yang kena angkat. Tengok la ni, ada coklat lagi. Macam-macam pulak yang dia beli." Bebel Ain tetapi tangannya ligat mengangkat bungkusan plastik berisi barang dapur.

Azwa terus duduk di hadapan televisyen. Penat jet lag dia tu masih ada lagi. Kau adaaa. "Kakak nak masak apa untuk malam nanti?" Soal Ain. Kalau bab makan, Ain ni la yang paling gemar. Kalau bab nasi briyani, jatuh dekat tangan Azwa la.

"Kakak nak masak something la." Balas Azwa acuh tak acuh. Geram bila nak lelapkan mata tetapi tidak berhasil. Eh, mana boleh tidur waktu petang. Patut la badan tak nak beri kerjasama. Lupa dah ke apa yang kau belajar masa dekat Mesir haa.

Ain turut duduk di sebelah kakaknya setelah barang-barang dapur selamat mendarat di tempatnya. "Ye la nak masak something. Tapi apa?" Soal Ain ingin tahu. Azwa menjongket bahu. Dia terus bangun dari duduknya lalu mula memasak.

"Kalau nak tahu, tolong kakak masak sekali." Kata Azwa cuba mengumpan adiknya untuk masak sekali. Si Ain ni kalau makan je yang dia tahu. Masak? Satu apa pun tak tahu.

*******

"UMPH, sedapnya bau." Puji bakal 'Hajah' Asfa setelah masuk ke dalam rumah. Kan ummi Azwa dengan Ain akan berangkat untuk menunaikan haji berapa bulan sahaja lagi.

Azwa tersengih-sengih menahan malu. "Eleh, kembang la tu ummi puji." Ain di sebelah menyiku lengan Azwa.

"Biasa je la ummi. Mudah aje." Seloroh Azwa. Bukan susah nak masak tom yam. Tapi bagi Azwa, benda yang paling susah nak dimasak adalah bubur. Dah dua kali dia cuba masak bubur. Dan dua kali tu jugak la dia fail. Hasilnya adalah bubur hangit.

Mr And Mrs TengkuWhere stories live. Discover now