BAB 44

22.9K 663 32
                                    

Sebelum tu, meh baca cerita daripada symrr_

-Cinta si Tengku

Baca tau. Jangan tak baca. Vote dan komen sekali. Biar author dia bersemangat nak update.

***

AZWA berlari-lari menuju ke kereta suaminya. Hari ni dia pakai kereta lain. Kereta semalam ada dekat hospital. Terkejut doktor-doktor semua melihat Azwa memandu BMW z9. Kau adaa? Kau takde.

Dan BMW z9 tu ada di hospital. Semalam kan dia balik lambat. Dia balik dengan Adam. Ngantuk sebab on-call. Ini la hidup sebagai seorang doktor. Sibuk je memanjang.

Dibuka pintu keretanya dan enjin dihidupkan. Encik Suami? Membuta lagi tak nak bangun langsung. Lepas Azwa lap muka dia dengan kain basah, baru dia bangun. Tengah mandi agaknya tu. Ataupun dah bersiap.

Azwa menekan minyak dan kereta pun bergerak. Azwa merasa seperti tidak selesa memandu kereta Mercedes suaminya kerana entah la. Azwa terus beralih dan memarkir semula kereta tersebut.

Azwa mengeluh. Tayar kereta pancit. Aduh, waktu macam ni la tayar nak pancit pulak. Dah la Azwa ada appointment dengan pesakit pagi ni.

Dia terus mematikan enjin dan masuk ke dalam kondo. Minta tolong suami la apa lagi. Kereta Audi a5 suaminya masuk workshop kelmarin. Tiba-tiba rosak katanya. Padahal kelmarin Azwa terjumpa lipstick di dalam kereta tersebut. Bukan lipstick Azwa tu. Azwa pun musykil.

"Awak...... Tayar kereta pancit. Hantar saya pergi kerja." Pinta Azwa kepada Tengku Faris yang tengah menikmati sarapan paginya.

Tengku Faris mendengus. Tanpa banyak bicara, dia mencapai briefcase dan mengambil kunci kereta BMW m5 di atas meja. Angin monsun mana yang dia hirup ni. Tiba-tiba je baik hati untuk menghantar Azwa.

Azwa terus mengunci pintu. Dia membuntuti suaminya. "Awak, saya dah lambat ni." Azwa mencuit bahu kanan suaminya.

"Ye, saya tahu." Tengku Faris masih lagi melihat tayar sebelah kanan di bahagian hadapan Mercedesnya. Memang pancit seperti yang diberitahu oleh isterinya.

Tengku Faris mengalihkan pandangannya ke arah Azwa pula. Azwa memakai baju kurung berwarna cream. Cantik sangat. Baru dia perasan betapa comelnya Azwa menggayakan baju tersebut.

Selalunya Azwa pakai kurung moden, jubah moden. Penuh walk-in closet dengan pakaian tersebut. Ada rupanya baju kurung di dalam almari tersebut. Tak perasan pulak.

Perasan yang dirinya diperhatikan, Azwa tersenyum di dalam hati. "Faris..." First time Azwa panggil Tengku Faris dengan panggilan 'Faris' sepanjang mereka berkahwin.

Tengku Faris terus memandang Azwa. "Kenapa awak pandang saya macam tu? Tak okey ke pakaian saya?" Azwa hairan. Cantik la dia pakai macam ni. Kenapa suaminya pandang macam tu.

Tengku Faris menggeleng. "Okey. Look so nice." Azwa terkesima lalu mengangguk dengan pujian tersebut. Dah terbuka ke hati suami dia ni. Hm, entah la.

"Awak... Saya dah lambat." Baru Tengku Faris teringat yang isterinya memintanya untuk menghantarnya. Tengku Faris terus masuk ke dalam BMW m5nya.

Azwa turut masuk ke dalam perut kereta. Dalam perjalanan, mereka berbual. Azwa dapat korek sikit-sikit pasal Tengku Faris hari ni. "Awak minat bola ke?" Soal Azwa.

Tengku Faris tersengih-sengih. Betul la tu. Kalau dah namanya lelaki, confirm minat bola. Yang Tengku Faris pulak... Bila teringat pasal bola...

Mr And Mrs TengkuWhere stories live. Discover now