"AWAK nak keluar ke mana?" Soal Tengku Faris. Dia berasa pelik kerana Azwa tiba-tiba bersiap seolah-olah hendak keluar makan angin.
Padahal mereka baru je lepas solat maghrib berjemaah. Baru je nak dinner sama-sama tapi Azwa pulak macam nak keluar. Tengku Faris memasamkan mukanya.
"Saya kena pergi hospital semula la. Baru dapat call daripada ICU tadi." Auta Azwa. Dia terpaksa. Untuk merungkai kebenaran di sebalik kata-kata Ariana.
Tengku Faris makin memasamkan mukanya. Sebelum ni Azwa takde pulak sampai nak oleskan gincu sedikit dekat bibir dia tu.
Tengku Faris memandang isterinya. Cuba nak baca wajah isterinya walaupun tidak reti. "Are you sure." Azwa melarikan anak matanya daripada menatap mata suaminya yang mengancam tu.
Lambat-lambat Azwa mengangguk. Mata Tengku Faris berkedip berkali-kali. Muncung ditarik. "Saya dinner sorang la maknanya ni." Manja suara Tengku Faris.
Azwa terdiam. Dia rasa bersalah. Padahal Tengku Faris balik awal semata-mata isterinya. Nak dinner bersama-sama. Kebetulan Azwa memang dah siap masak.
Azwa merapati suaminya yang berada di meja kerja. Azwa memberikan senyuman manis buat suaminya yang sedang merajuk tu.
"Next time... Next time kita dinner dekat luar. Sama-sama. I promise." Azwa berjanji kepada Tengku Faris. Terus Tengku Faris berhenti mengerdipkan matanya.
Jari kelingking yang Azwa hulurkan kepada suaminya pun kian bersatu. "Awak dah janji tau. Jangan mungkiri." Azwa tersenyum. Kemudian dia mengangguk.
"Awak, nak salam." Azwa terus mencium tangan suaminya apabila jari mereka yang bersatu tadi dileraikan. Azwa pun beredar ke parking lot.
Azwa memandu laju menuju ke penthouse dengan bantuan alamat yang telah dinyatakan oleh Ariana di dalam kertas yang diserahkan petang tadi di hospital.
Azwa terus mengunci keretanya. Dia berjalan dan masuk ke dalam lif untuk ke tingkat empat di mana penthouse Tengku Faris yang dikatakan 'diberikan kepada Ariana'.
Apabila ternampak nombor rumah di atas pintu, Azwa menjadi lega. Sejak keluar dari lif tadi, dia rasa tak selesa. Rasa macam ada yang ikut dia dari belakang.
Tapi Azwa buat-buat tenang je. Takkan la nak takut waktu ni kan. Nanti makin teruk pulak jadinya. Dengan waktu malam macam ni. Dengan bantuan lampu koridor yang tak berapa terang dan malap sedikit, Azwa jadi kurang takut.
Loceng ditekan berkali-kali. Ariana ni ada ke tidak sebenarnya ni. Azwa sudah mulai risau. Dia yakin sangat ada orang yang ekori dia dari belakang sejak dia keluar dari lf tadi.
Sekali lagi lif ditekan. Masih tiada jawapan. Ariana masih belum keluar. Betul ke penthouse ni adalah rumah yang suaminya berikan kepada Ariana. Ataupun Ariana yang membuat cerita.
Azwa menggigit bibir bawahnya. Ingin menghilangkan rasa gusar dan takutnya. Dia terus menoleh apabila masih tiada jawapan. Pintu tidak dibuka langsung. Dia ingin cepat-cepat beredar.
Nak nak cepat balik. Kalau tak, apa pulak yang Tengku Faris fikir nanti. Tapi apa yang Azwa rasakan tadi betul-betul terjadi. Dia ternampak figura seorang lelaki yang amat pelik.
Seorang lelaki yang memakai sweater berwarna hitam dan sedang memegang sebilah pisau yang tajam meluru ke arahnya dengan pantas. Azwa kematian langkah.
Dia tidak boleh berbuat apa. Otak tidak mahu menghantar impuls. Kenapa la waktu genting macam ni, otak tak mahu membantu. Saat lelaki itu menghayunkan pisaunya, satu tangan telah hinggap di lengan lelaki tersebut.
YOU ARE READING
Mr And Mrs Tengku
RomanceSinopsis : Rela dalam terpaksa, Nur Azwa menerima perkahwinan yang diaturkan oleh ummi dan walidnya demi kebahagiaan mereka. Dah la terpaksa berkahwin dengan Tengku yang sifatnya mengalahkan iceberg yang beku tu. Memang kehidupan Azwa penuh caba...