BAB 2

32.3K 1.1K 6
                                    

KAHWIN!!! Tersembur nasi briyani kegemaranku. Dah la tersembur tepat kena dekat muka cantik Ain. "Sorry adik. Kakak tak sengaja." Kataku lalu aku bangun dari dudukku. Terus aku bantu membersihkan sisa nasi yang melekat pada mukanya. Walid hanya menggeleng kepala manakala ummi tergelak kecil. Ain menarik muka.

"Kenapa dengan kamu ni kakak. Perangai tak semenggah betul!" Kata ummi lalu menggeleng kepala. Pipiku merona merah. Aku hanya tersengih-sengih.

"Kakak ni sengaja tau nak mekap wajah adik yang putih gebu dengan nasi briyani ni." Ain merengek manja dekat ummi dengan walid. Menyampah pulak aku tengok. Tapi yang kau menyampah ni la yang kau sayang Azwa oi. Terus aku mengelap muka adik dengan kasar. Rasakan.

"Kan kakak dah kata, kakak tak sengaja!" Balasku. Sengaja aku kuatkan sikit ton suara masa sebut 'tak sengaja' tu. Takkan la adik aku ni dah tak kuat pendengaran.

Ummi memanggilku berulang kali. Aku terus duduk di tempatku semula. "Kamu kenal kan dengan Datin Dewi." Kata ummi. Aku menjongket kening. Aku mengimbas memori. Mencari-cari nama Datin Dewi. Entah la. Aku kenal ke.

Aku terus menggeleng sebelum menyambung semula suapanku. "Betul ke ni tak kenal." Kata ummi lagi. Dengan pantas aku mengangguk. "Betul la ummi. Kakak tak kenal la Datin Dewi." Jawabku jujur. But apa la aku nak hipokrit dengan ummi sendiri.

Walid sudah memberi ummi isyarat mata. Aku dah mula curiga. Walid seperti ingin berbicara tetapi laju sahaja ummi memintas masuk. "Datin Dewi Ammara. Betul kakak tak kenal?" Soal ummi lagi. Aku mengimbas lagi. Macam pernah dengar nama ni.

Aku terus menjawab. "Oh, pemilik butik ke?" Aku main cakap je. Aku tak ingat la. Aku kan dah lima tahun tak balik Malaysia. Itu pun ummi dengan walid yang datang Mesir untuk melawatku. Itu pun dua tahun sekali je ummi dengan walid datang. Eh, Azwa. Apa kau ingat Mesir tu sebelah rumah ke. Amboi amboi.

Ummi mengangguk. Betul ke. Aku main cakap je. "Isteri kepada Tengku Faezrul. Kakak ingat?" Ummi ni nak buat sesi soal-jawab ke. Aku baru nak menggeleng tetapi tiba-tiba aku ingat siapa Tengku Faezrul. .

"Ummi, Tengku Faezrul yang ada darah kerabat diraja tu ke!" Kataku. Ummi agak terkejut. Kemudian ummi mengangguk. "Yang ada banyak empayar perusahaan kan! Dia ada banyak syarikat dan anak syarikat kan ummi. Lagi satu, syarikat-syarikat dia adalah syarikat antarabangsa, kan!" Kataku lagi.

Ummi dan walid mengangguk. "Kenapa dengan mereka?" Giliran aku pula bertanya. Ummi dengan walid saling berpandangan. Berbincang dari hati ke hati la tu. Kemudian ummi dan walid serentak memandang ke arahku semula.

Ummi memberikan walid isyarat mata. Aku hanya mendiamkan diri dan menyambung makan. "Ni... Hm, mereka kirim salam dekat kakak." Kata ummi. Aku memandang mata ummi dalam-dalam sebelum aku menjawab salam.

"Awak ni, bagitau je la dekat kakak hal sebenar." Kata walid. Aku terus berhenti makan. Pinggan yang masih berisi nasi briyani aku tolak tepi. Tangan aku silangkan ke dada. Ceh, ala-ala ayah yang sedang menghukum anak pulak gayanya.

"Hal sebenar?!" Kataku lalu menghirup smoothie yang ummi sediakan. Aku confuse. Apa sebenarnya yang ummi nak bagitau ni. Setahu aku, ummi tak pandai nak acah-acah menipu. Kalau ummi acah-acah, sekejap je dah terbongkar.

Apa kaitannya Tengku Faezrul, Datin Dewi Ammara dengan aku. Aku ada hutang dengan mereka ke? Lagi satu, tadi ummi ada bercakap dekat aku pasal kahwin. Hei, takkan la. Positive thinking la Azwa.

Ummi kulihat seperti berasa bersalah. "Kamu kenal tak anak mereka?" Soal walid. Sesi soal-jawab bermula sekali lagi ke. Aku menggeleng.

"Tak." Balasku.

"Kakak tak ingat ke masa kita pergi majlis anniversary Tengku Faezrul dengan Datin Dewi." Sampuk Ain. Aku terdiam seketika. "Ada ke?" Soalku.

Ain mengeluh. "Ada la." Kata Ain lagi.

Dia orang ni nak bertek-teki la pulak. "Kenapa dengan dia orang eh?" Soalku kepada Ain. Kalau ummi dengan walid yang tak nak bagi tau, biar aku korek sendiri daripada Ain.

Ain terdiam. "Hm. Ada la." Kata Ain selamba. Dia menjongket kening berkali-kali kepadaku. Eleh. Ummi dengan walid menyambung makan tanpa berkata apa-apa.

"Hm, something wrong somewhere." Kataku.

"Bila kakak start kerja? Kakak dah tahu ke dekat mana kakak kerja nanti?" Soal Ain bertalu-talu. Menyibuk aje la budak ni.

"Entah la dik. Kakak tak dapat surat lagi." Balasku. Aku pun tak tahu bila aku start kerja. Tak dapat email lagi.

"Tapi masa kakak dekat Mesir kakak ada la kerja dalam dua bulan. Kakak buat duit sikit, kakak raih pengalaman. Ada la kakak duit poket." Kataku kepada semua. Betapa terujanya aku bercerita.

"Tapi...." Belum sempat aku nak sambung, ummi dah menyampuk. "Berapa banyak tapi la kakak ni."

"Patut la kakak balik lambat. Walid memang ingat yang kakak patutnya balik dua bulan sebelum Ramadhan." Kata walid. Aku tersengih-sengih.

Aku baru nak cerita pengalaman dekat Mesir ni. Ummi macam tak nak dengar je. Sebabnya? Sebab tadi ummi menyampuk cakapku. Ceh.

"Tapi yang masa nak bedah mayat tu kan, kakak selamba je boleh buat. Yang kawan kakak pulak sampai menggigil tangan dia. Tapi yang tu paling mencabar la." Ceritaku.

Ain teruja mendengar. Setelah makan, aku membantu ummi mencuci pinggan mangkuk lalu beredar ke bilik.

"Rindunya dekat bilik ni. Bilik aku dengan ummi dan walid yang paling besar dekat dalam rumah ni. Sebab bilik kami ada ruang untuk closet. Terus aku memasukkan pakaianku ke dalam closet.

Setelah selesai aku menghenyakkan tubuhku ke atas katil bersaiz Queenku. Baru nak lelapkan mata, Ain pulak masuk tanpa mengetuk pintu.

Aku terus tak jadi nak lelapkan mata. Datang pulak idea bernas. Ajak la si Ain ni bersembang.

"Ain... Meh sini duduk." Pelawaku lalu menepuk katilku yang empuk. Ain terus menutup pintu bilikku. Remote air-cond di atas meja belajarku dicapainya lalu dia menekan punat on pada remote air-cond. Dia ni dari dulu tetap sama. Tak reti nak berlagak matang betul. Umur dah 19. Entah bila la nak matured.

"Kakak, esok kita jalan-jalan, nak tak?" Soal Ain. Dah agak dah. Dia ni kalau masuk bilik aku, tak lain tak bukan mesti ada nawaitu dia. Aku menjongket bahu. "Ummi dengan walid tak kerja ke esok? Eh, yang adik ajak kakak ni, adik takde kelas ke esok?" Soalku bertalu-talu.

Aku okey je kalau nak berjalan-jalan ni. Cuma, ada kereta ke? Lain la kalau Myvi aku masih ada. Sebabnya sebelum aku berangkat ke Mesir, walid belikan aku Myvi. Katanya duit share dengan ummi. Tapi tadi aku tak nampak pun Myvi kesayangan aku tu.

"Esok adik ada kelas petang je. Ummi dengan walid mesti la kerja. Takkan la nak cuti sekali lagi." Balas Ain. Kalau macam tu, boleh la kalau nak hangout.

"Adik tahu tak mana kereta Myvi kakak?" Soalku. Ain mengangguk. Maknanya dia tahu la kat mana keberadaan kereta kesayangan aku tu. "Kat mana?" Soalku lagi.

"Kak Wana pakai." Jawab Ain. Apa! Wardina pakai. Wardina a.k.a Wana, cousin aku. Dia ni dari dulu tak suka aku. Aku pun tak tahu la kenapa. Tiba-tiba je dia tak suka aku. Tapi yang peliknya macam mana dia boleh pakai kereta aku.

"Macam mana kereta kakak ada dekat dia?" Soalku lagi. Ain terdiam. Kemudian dia menjawab pertanyaanku.

"Dia merayu dekat walid dengan ummi yang dia nak pakai kereta kakak sampai kakak balik Malaysia. Dia dah janji nak jaga kereta kakak elok-elok." Kata Ain.

"Ummi dengan walid pun bagi la dekat dia pakai. Tapi minyak dia tanggung la. Kalau ikutkan ummi tak nak bagi, tapi walid kata, bagi je la daripada kereta tu tersadai je dekat porch kereta." Sambung Ain lagi.

Mentang-mentang la dia tu anak saudara walid. Tapi Wardina ni ada mak ayah, kenapa dia nak mintak daripada walid dengan ummi pulak. Gediknya la.

*******

OK, INI DULU YG AUTHOR UPDATE BUAT MASA NI. ESOK DAH SEKOLAH, JADI.... AUTHOR MUNGKIN AKAN UPDATE NI SEMINGGU SEKALI ATAU DUA. HIHI.

With love,
Author 💞

Mr And Mrs TengkuWhere stories live. Discover now