BAB 6

25.3K 807 21
                                    

SEMOGA AISYAH FARIHAH BINTI JAMIL DAPAT 8A UNTUK PT3 TAHUN INI. AMIN. JOM SAMBUNG. ROLL IT!!!

**********

AZWA terus keluar dari keretanya. Dia terus membuka pintu rumah lalu masuk ke dapur. Ais krim coklat ditarik keluar daripada peti sejuk.

Mangkuk ais krim diambil keluar daripada kabinet. "Kakak, you really are something." Bebel Ain

Azwa menjongket kening. "Why?" Soalku. Bukan Azwa tak tahu maksud adiknya. Saja dia buat tak tahu. Dicedok lagi ais krim lalu diletakkan ke dalam mangkuk ais krim.

"Nak jugak." Jawab Ain. Soalan Azwa dibiarkan begitu saja. Ain terus mengambil mangkuk ais krim dan sudu. Azwa terus ke ruang tamu sambil menonton televisyen.

"Adik, boyfriend adik kat TV." Teriak Azwa. Sekarang ni cerita Descendents Of The Sun. Cerita Korea. Cerita ni la yang si Ain suka ulang tayang. Minat sangat dia dekat Song Joong Ki. Padahal cerita ni dah tamat. Cuma dia asyik ulang je. Sampai sanggup perhabis duit semata-mata sebab nak beli CD bagi cerita ni.

Setiap kali Azwa berskype dengan mereka ketika di Mesir, pasti Ain akan bercerita mengenai cerita ini. "Mana? Mana?" Soal Ain lalu menolak Azwa. Ish budak ni. Pergi la duduk tempat lain. Bebel Azwa.

"Handsome tak lelaki ni?" Soal Ain. Azwa menunjukkan riak hambar, dan kerana riak ini la Azwa mendapat tamparan wanita versi Ain.

"Tak. Walid lagi handsome." Bukan Ain tak tahu yang kakak dia ni hantu Korea. Masih lagi nak tanya ke.

"Eleh. Bukan kakak minat Park Chanyeol ke?" Soal Ain lebih kepada menyindir.

Soalan Ain dibiarkan begitu sahaja. Apa yang Azwa nak bualkan dengan adik dia pada hari ini adalah mengenai bakal tunang yang tak akan jadi Azwa.

Azwa akan pastikan yang dia tidak akan bertunang dengan lelaki itu. Tapi sanggupkah dia jika ummi dan walidnya yang meminta.

"Adik." Panggil Azwa. Adiknya yang duduk di sebelahnya menoleh memandang Azwa.

"Adik dah tahu apa yang kakak nak tanya. Adik bincang je la dengan ummi dan walid." Azwa tersenyum hambar.

"Oh, ya. Yang adik tahu, lelaki tu handsome, tinggi dan lagi satu lelaki tu kaya. Ada company sendiri dan diri dia adalah seorang CEO. Tak silap adik, dia tu ada darah kerabat diraja. Tengku kalau tak silap." Terang Ain panjang lebar.

Riak wajah Azwa bertukar ceria. Dia akan search dekat Encik Google nanti pasal bakal tunang dia tu. "Hebat adik. Mana adik tahu pasal semua ni?" Soal Azwa kehairanan.

Ain mengangkat kening ala-ala orang baru lepas dapat kereta percuma je. Ibu jari dan jari telunjuknya diletakkan di dagunya. Menyampah betul Azwa tengok. Kau tahu apa itu kerek plus poyo. Ha, ini la kerek plus poyo.

"Come on, ni Ain la." Azwa menghalakan penumbuknya kepada Ain. "Cakap betul-betul. Kakak takde mood ni. Tahu-tahu je dapat surprise pasal pertunangan kakak. Rimas la kalau macam ni." Adu Azwa.

"Adik dengan ummi dengan walid dengan siapa entah berbincang pasal pertunangan ni. Time tu 1 Syawal." Jelas lagi bersuluh penerangan Ain ini adalah benar dan sahih.

Azwa mengangguk. "Okey la. Kakak rasa macam nak masak untuk makan tengah hari." Azwa bingkas bangun lalu pergi ke dapur. Dan cerita DOTS episod 6 pun habis.

"Kakak!" Jerit Ain. Mesti Ain marah sebab Azwa ajak dia bersembang sampai dia terlepas episod 6. Apa susah, skip je la episod yang lain. Tak pun replay je episod tadi.

*******

"EH, adik nak pergi mana?" Soal Azwa apabila melihat Ain sudah bersiap. Handbag Ain letakkan di atas meja makan. Ain terus mencapai cawan kaca lalu dikeluarkan jus MariGold Peel Fresh daripada peti sejuk bahagian bawah.

Ain menuang perlahan-lahan jus itu agar tidak tumpah. "Adik kena pergi Kolej la kakak." Rengek Ain dengan nada manja. Sekali lagi Azwa tunjukkan penumbuknya.

"Eh, makan la dulu. Kakak dah masak ni." Pelawa Azwa lalu dia sendukkan nasi putih ke pinggan Ain. Lauk seperti ayam masak merah sedia terhidang. Sayur campur ada. Salad buah juga turut ada.

Ain memandang jam di dinding dapur. Satu setengah petang. "Hm, okey." Ain makan dengan laju.

"Adik nak pergi kolej macam mana? Biar kakak hantar." Pelawa Azwa. Dia juga ingin ke pasar raya untuk membeli groceries.

"Takpe la kakak. Nanti kawan adik datang jemput." Ain menolak pelawaan kakaknya lalu bangun dan meminta diri kerana kawannya sudah pun sampai.

"Adik, kawan lelaki ke perempuan?" Soal Azwa kepada Ain yang sudah jauh di luar rumah. "Aku bercakap dengan kerusi nampaknya." Kata Azwa seorang diri.

Terus Azwa menghabiskan makanannya lalu membasuh pinggan dan bersiap untuk keluar.

*******

"RAINA, what are you doing here? Who is him?" Terjah Adam Hafiz yang melihat Raina bersama dengan seorang lelaki sedang bersweet. Siap pegang tangan lagi. Adam rasa macam nak tarik aje tangan lelaki yang tidak dikenali itu daripada melingkari pinggang dan tangan Raina.

"Tak sangka kan. Kau hantar mesej dekat Faris, kata yang kau benci dia. Eh, Raina. Kalau kau nak menggedik, menggatal dengan lelaki lain sekali pun, terus terang je la dengan Faris. Jangan la nak jadi player yang mainkan perasaan Faris!" Kata Adam dengan kuat. Biar lelaki sebelah Raina ni dengar.

Lelaki itu melepaskan pegangannya daripada melingkari pinggang Raina lalu menolak bahu Adam dengan kasar. "Yo, bro. Agak-agak la." Kata lelaki itu dengan kasar.

Ini la perempuan yang Faris suka sangat. Perempuan yang Faris nampak baik, suci depan Faris. "Kau tak payah masuk campur la. Ini antara aku dengan Raina." Giliran Adam menolak bahu lelaki itu. Raina pula menegah lelaki itu daripada menyerang Adam.

"Kenapa? Kau nak kata dekat Faris yang aku curang dengan dia ke? Okey, go on. I don't even care." Kata Raina dengan marah. Hati dia sakit sangat sebab Faris.

"Dia tu kan bakal tunang orang. Buat apa kau nak sibuk hal aku!" Kata Raina lagi lalu menarik tangan lelaki yang bersamanya tadi.

Adam menoleh. Memandang orang yang melihat mereka bergaduh tadi. Terus Adam beredar dan masuk semula ke dalam bakery miliknya.

Telefon bimbit dikeluarkan lalu dia mendail nombor Tengku Faris. "Faris." Kata Adam tanpa salam.

Tengku Faris yang berada di dalam pejabatnya tersentak dengan panggilan Adam yang macam baru lepas kena kejar dengan anjing. "Kau ni tak reti bagi salam ke." Jawab Tengku Faris spontan.

"Wow. Orang mata keranjang macam kau ni reti jugak ajar orang supaya bagi salam." Sinis bunyinya.

"Kau nak apa sebenarnya ni? Baru lepas putus cinta ke?" Soal Tengku Faris. Matanya masih tertumpu dekat MacBook Applenya.

"Aku rasa kau yang baru lepas putus cinta." Balas Adam selamba. Tengku Faris terkejut lalu menutup MacBooknya.

*******

SORRY SBB PENDEK. SORRY JUGAK KALAU X BEST. JGN LUPA VOTE. PLEASE BACA NI DGN KUAT "SEMOGA AISYAH FARIHAH BINTI JAMIL DAPAT 8A UNTUK PT3 TAHUN INI. AMIN." ALHAMDULILLAH. THANKS. OKAY. NEXT BAB. ROLL IT!!!

Mr And Mrs TengkuWhere stories live. Discover now