AZWA meminta diri untuk mengambil makanan. Hakikatnya dia dah tak ada selera nak makan. Semua ni kerana Katrina. Entah apa yang buatkan Azwa rasa tak selesa pun tak tahu la.
Haizam dan Jemah, pekerja setia Faris Holdings datang mendekati Katrina yang sedang ketawa jahat. Ataupun ketawa sinis. Jemah rasa nak bagi penampar je. Haizam pulak rasa nak bagi kaki.
"Apa yang kau bagi tahu dekat isteri bos hah!" Sergah Haizam. Terhenti terus gelak ketawa Katrina. Matanya mencerlung Haizam dan Jemah dengan tajam.
Dan Jemah rasa nak cungkil je biji mata si Katrina yang memakai contact lens tu dengan garfu. Menyampah dia tengok. Jemah yang sedia cantik ni pun takde pulak tergedik-gedik nak pakai contact lens.
Katrina kemudian tersenyum sinis. "Kau tak payah nak menyibuk hal aku la." Balas Katrina. Membuatkan Jemah rasa nak tarik rambut Katrina sampai botak.
Katrina terus berpeluk tubuh. Rambutnya dikibas(?) [Flip Hair] ke belakang. Sengaja nak tampar muka Jemah dan Haizam dengan rambut dia tu.
Jemah turut berpeluk tubuh. Amboi. Gaya macam nak lancarkan perang dingin je ni. "Mesti kau sakitkan hati isteri bos dengan mulut longkang kau tu kan!"
Jemah yang tadinya mencerlung Katrina, kian bersuara. Sinis. Katrina memandang Jemah dengan lebih tajam.
"Kau kata mulut aku apa tadi?!" Katrina meninggikan suara. Mahu je dia tampar Jemah sebab kata mulut dia mulut longkang.
Oleh kerana ahli korporat yang lain kian sibuk dengan hal masing-masing, pergaduhan mereka tidak diketahui umum.
Haizam mendengus. Mahu sahaja dia gelakkan Katrina. "Dia kata mulut kau longkang la! Tu pun tak boleh dengar ke. Pekak eh!" Haizam menjawab dengan kata-kata yang lebih menyakitkan hati.
Katrina lagi sakit hati. Sudah la dituduh mulut longkang, dituduh pekak pulak tu. Siap kau Haizam! Aku akan pastikan hidup kau tak aman!
Katrina menghampiri Haizam yang memang sedia berdiri di hadapannya. Tangan diangkat, bersedia untuk lancarkan tamparan pada pipi Haizam.
Baru je nak tampar, tangannya sudah direntap dari arah lain. Katrina melepaskan keluhan berat. Takde chance dia nak bagi tamparan menyakitkan pada pipi dua orang manusia di hadapannya.
Haizam tersenyum senget. Diikuti Jemah. "Apa awak cuba nak lakukan ni, Katrina?" Soal CO Faris Holdings, Alif.
Alif mencerlung memandang Katrina. Pantang sungguh dia bila nampak pekerja baru cuba nak buat kecoh di majlis besar Faris Holdings.
"Katrina cuba nak buat kecoh." Jawab Jemah bersahaja. Ni siapa yang jahat sekarang ni. Katrina atau Haizam dan Jemah. Haih.
Katrina terus ditarik ke tempat lain. Tergelak la si Haizam dan Jemah sebab dapat sakitkan hati Katrina. Dah lama dah mereka perhati si Katrina tu.
Dapat jugak mereka balas semuanya semula.
***
SEPANJANG perjalanan pulang, Azwa diam tidak berkutik. Dari tadi Azwa tidak bersuara. Bimbang Tengku Faris dibuatnya. Pipi Azwa sekali lagi dicuit.
Azwa tersenyum kelat. "Kenapa ni? Dari tadi senyap je. Makanan tadi tak sedap ke?" Azwa tidak menoleh langsung memandang Tengku Faris yang sedang merenungnya.
Azwa sibuk memerhati jalan raya. Bila la nak sampai rumah ni. "Sayang ada masalah ke? Cerita la. Mana tahu abang boleh tolong." Azwa mengeluh.
Kan tak elok mengeluh. Ah, biar lah. Peduli apa. Tadi pun mertuanya acap kali bertanya tentang keadaannya. Mungkin bila melihatkan wajah muramnya di majlis serba mewah tadi.
YOU ARE READING
Mr And Mrs Tengku
RomanceSinopsis : Rela dalam terpaksa, Nur Azwa menerima perkahwinan yang diaturkan oleh ummi dan walidnya demi kebahagiaan mereka. Dah la terpaksa berkahwin dengan Tengku yang sifatnya mengalahkan iceberg yang beku tu. Memang kehidupan Azwa penuh caba...