AZWA terus turun ke dapur. Kunci kereta diambil dari tempat letak kunci sebelum ke dapur. "Hai, kakak nak pergi mana ni? Awal pagi lagi ni." Soal Puan Asfa kehairanan. Azwa terus menuang air milo dari teko ke mug bercop milo.
Mana tak nya Puan Asfa ni pelik. Tiba-tiba je anaknya ni bersiap lawa-lawa. Cantik bertudung. Lawa bermekap nipis. Molek berseluar jeans dan berbaju muslimah labuh.
Nak kata Azwa nak menghantar si Ain pergi kelas memang tak la. Sebab hari ni kelas Ain pada waktu pagi. Sudah tentu-tentunya Puan Asfa yang akan menghantar Ain ke kelasnya sebab mereka ni satu kolej.
Azwa meneguk perlahan milo panas itu. "Kakak nak pergi somewhere. Walid mana? Adik mana?" Soal Azwa. Sengaja dia tidak mahu memberi tahu ke mana dia nak pergi. Nanti risau Puan Asfa tegah dia. Macam la tak tahu, mesti la Puan Asfa ni nak sangat bermenantukan si Tengku Faris tu.
Puan Asfa terus meletakkan nasi goreng ke atas meja makan. "Ni, walid kamu tengah bersiap la. Semalam lepas habis ceramah dekat masjid, boleh pulak dia singgah kedai makan jumpa kawan sambil tengok bola sampai balik lewat. Takkan kamu tak tahu." Azwa tersengih-sengih. Memang dia tak tahu pun. Semalam dia tak tak turun makan malam pun. Dia tertidur. Si Ain bukan reti nak panggil.
"Adik pulak?" Soal Azwa. Dia bukannya nak menjenguk pun adiknya di bilik tadi. Orang nak rushing ni. Risau si CEO tu takde pulak dekat company dia.
Puan Asfa duduk di kerusi. "Ish kamu ni. Dia kata hari ni kawan dia jemput. Dia tengah bersiap la tu."
Azwa membuat mulut bentuk 'o'. "Okey la ummi. Kakak nak keluar ni. Assalamualaikum." Kata Azwa setelah menyalami ibunya. Dia terus melangkah keluar.
"Waalaikumusalam. Jangan balik lewat tau kakak. Ummi dah masukkan duit dalam akaun kakak semalam." Entah Azwa dengar atau tidak. Azwa terus mengundurkan keretanya lalu menuju ke Faris Holdings.
AZWA terus keluar dari keretanya sebaik sahaja dia memarkir keretanya di hadapan Faris Holdings. Tujuan dia datang ke sini hanya satu. Berbincang dengan Tengku Faris a.k.a mamat ketul ais beku.
Dia terus mengunci keretanya sebelum masuk ke dalam company yang tersergam mewah. Dia terus ke kaunter Information. "Assalamualaikum." Kata gadis itu kepada staf yang berada di kaunter Information.
"Waalaikumusalam. Ada apa-apa yang boleh saya bantu?" Balas staf yang berada di situ. Azwa terus mengeluarkan iPhone 6nya daripada handbag yang tak berapa berjenama.
"Yes. Hm, Tengku Faris ada tak?" Soal Azwa lagi lalu menghulurkan iPhonenya kepada staf di kaunter Information itu. Gambar Tengku Faris dicarinya tadi dalam aplikasi Google Images sebelum dia save gambar itu. Tetapi, dia tidak boleh menyimpan gambar lelaki. Oleh itu, dia hanya menunjukkan gambar itu kepada staf yang berada di kaunter itu.
Terus iPhone Azwa diberikan semula. "Tengku Faris ada, tapi dia kata dia tak nak berjumpa dengan sesiapa buat masa sekarang." Kata staf itu lagi. Azwa sudah menghela nafas.
Nampak gaya Azwa seperti benar-benar mahu bertemu dengan Tengku Faris. "Melainkan, cik ada buat apa-apa appointment dengan dia." Sambung staf itu lagi.
Azwa menggeleng seraya memasukkan semula iPhonenya ke dalam handbag. "Saya takde buat appointment dengan dia. Tapi saya betul-betul perlu bertemu dengan Tengku Faris." Kata Azwa hampir berputus asa.
Staf di situ mula menekan button pada interkom. "Encik Faris, ada yang nak berjumpa encik." Kata staf itu. Setelah selesai Azwa berkata sedemikian, terus terdengar singa mengaum. "Kan saya dah kata, saya tak nak bertemu dengan sesiapa. Lagi pun hari ni saya takde apa-apa appointment." Kata Tengku Faris dengan nada serius.
YOU ARE READING
Mr And Mrs Tengku
RomanceSinopsis : Rela dalam terpaksa, Nur Azwa menerima perkahwinan yang diaturkan oleh ummi dan walidnya demi kebahagiaan mereka. Dah la terpaksa berkahwin dengan Tengku yang sifatnya mengalahkan iceberg yang beku tu. Memang kehidupan Azwa penuh caba...