"PENGANTIN lelaki dah sampai la Azwa. You dah boleh turun ke bawah." Kata Afrin lalu mengetuk-ngetuk pintu bilik Azwa. Afrin la yang paling teruja nak melihat Azwa dengan baju pengantin yang direkanya.
Dengan ditemani oleh Ain, Fella dan beberapa orang sepupu perempuannya, Azwa melangkah keluar dan menuruni tangga ke tingkat bawah. Afrin mengikut dari belakang.
Azwa berasa kekok apabila semua yang berada di tingkat bawah memandang tepat ke arahnya. Melalui ekor mata, dia dapat melihat Tengku Faris duduk bersila di hadapan Tok Kadi. Segak betul dia dengan memakai baju melayu putih bersih beserta samping. Tapi, mata dia tu asyik pandang lantai je. Kahwin dengan lantai ke macam mana.
"Senyum la kakak." Kata Ain perlahan. Serta-merta Azwa mengukir senyum yang dibuat-buat. Tak lama kemudian, senyuman yang dibuat-buat itu menjadi senyuman manis kalah madu.
Azwa mengambil tempatnya di sebelah umminya dan bakal ibu mertuanya yang sudah duduk bersila.
"Aku terima nikahnya Nur Azwa Khalisya binti Raden Aiman dengan mas kahwinnya RM300.00 tunai." Lafaz Tengku Faris. Para saksi mengangguk-angguk kepala. Sah!
Azwa menangis. Bukan sebab terharu, tapi sebab dia dan Tengku Faris sudah terikat. Puan Asfa di sebelah menggosok-gosok belakang Azwa. Lembut.
Okey. Tarik nafas... lepas. Kau kena kuat Azwa. Azwa mengingatkan dirinya. Matanya tunduk ke bawah. Tengku Faris sudah berada di hadapannya untuk majlis membatalkan air sembahyang.
Puan Asfa mencuitnya. Azwa faham dengan tindakan umminya. Secara automatik Azwa menghulurkan tangannya. Cincin berlian bersalut batu permata beserta sebutir berlian disarung ke jarinya.
Seumur hidup dia, dia tak pernah memakai perhiasan berlian, apatah lagi yang bersalut dengan batu permata. Diikuti dengan gosokan lembut adiknya. Azwa tunduk mencium tangan suaminya.
Dari tadi orang melihat. Fella dengan Afrin pula yang lebih teruja. Entah terujakan apa pun tak tahu la. Macam mereka pulak yang kahwin.
Terus Tengku Faris tunduk mencium dahi Azwa. Merah padam muka Azwa. Matanya terus memandang bawah. Tengok je muka Tengku Faris, hati dah rasa geram.
"Salam mertua kamu tu, Azwa sayang." Suruh ibu Wardina, mak uda Azwa. Azwa terus bangun dan berjalan ke arah Datin Dewi. Tak berapa jauh pun daripadanya. Tangan wanita itu disalam dan diciumnya. Datin Dewi membalas dengan mencium kedua-dua belah pipi dan dahinya.
"Sayang menantu mum." Kata Datin Dewi Ammara lembut. Terharu Azwa jadinya. Walaupun wanita berdarjat ini baru sahaja mengenali dirinya, kasih sayang yang dicurahkan terasa benar-benar ikhlas.
Mulai saat ini, wanita di hadapanku ini adalah ibuku dunia dan akhirat. Aku harus menyayangi dia seperti mana aku menyayangi ummiku. Sedaya upaya Azwa mengingatkan dirinya. Kini Datin Dewi bukan orang luar. Tetapi ibu mertuanya.
"Terima kasih, mu- mum." Terharu Datin Dewi mendengar menantunya memanggilnya mum. Rasa macam dapat anak perempuan baru pulak. Menantu pertama dan terakhir dalam keluarganya. Semakin yakin Datin Dewi dengan pilihannya.
Giliran Tengku Faris pula bersalaman dengan ibunya. "Remember, your responsibility is big." Pesan Datin Dewi. Tengku Faris mengangguk perlahan tetapi diam tidak berkata.
Azwa bangun dan membongkok berjalan ke arah bapa mertuanya pula. Tangan Dato' Tengku Faezrul disalam dan diciumnya. "Jaga Faris elok-elok, ya." Kata Dato' Faezrul. Azwa hanya mengangguk. Dia tidak berkata apa-apa kerana masih segan dengan bapa mertuanya.
Apabila Tengku Faris pula menyalami daddynya. Dato' Faezrul berkata, "Dah ada isteri, jaga baik-baik." Dah macam iklan Manja Kaseh pulak. Ahli keluarga yang lain ketawa mendengarnya. Tetapi Tengku Faris mengangguk dan masih dia tidak berkata apa-apa.
Kemudian mereka berdua menyalami ibu bapa Azwa. Puan Asfa tidak terkata apa-apa. Berderai air mata apabila memeluk Azwa. Puan Asfa hanya berdoa meminta keberkatan Allah.
Raden Aiman memeluk kedua-dua pengantin baru selepas tangannya dicium. Anak sulungnya kini sudah terlepas daripada tanggungannya.
Selesai majlis akad nikah, hadirin dijemput untuk menjamu selera di khemah. Azwa dan Tengku Faris pula makan di meja pengantin. Dari tadi pengantin baru hanya mengunci mulut, tidak berkata apa-apa pun. Sepatah pun tidak. Takde kata-kata sinis Tengku Faris pun yang keluar.
Selepas makan, semua sibuk mengambil gambar dengan para jemputan yang hadir. Azwa tidak menjemput sesiapa pun kerana dia kehilangan contacts kawan lamanya. Azwa mula berasa letih. Dari pagi tadi, dia tak berehat langsung.
Apabila bilangan jemputan semakin berkurangan, baru lah Azwa dapat berehat di bilik pengantin. Tapi dia tak perasan pulak yang Tengku Faris sudah berada di dalam bilik sebelum dia masuk.
Semua orang diminta untuk tidak mengganggu pengantin baru kerana esok pagi mereka perlu bertolak ke hotel untuk bersiap-siap kerana majlis resepsi bagi keluarga Tengku Faris dijalankan pada esok hari.
Hari yang amat memenatkan buat Azwa. Pintu bilik pengantin rapat ditutup. Mereka belum lagi menunaikan solat zohor. Azwa mengambil dua helai sejadah dan dibentangkan di atas carpet sebagai isyarat dia mengajak Tengku Faris solat bersama.
Tanpa memandang muka Tengku Faris, Azwa terus masuk ke dalam bilik air untuk berwudhuk. Selesai berwudhuk, dia terus memakai telekung dan menunggu giliran Tengku Faris pula berwudhuk. Mereka pun solat zohor berjemaah.
Usai solat, Tengku Faris dari tadi duduk di atas katil bermain dengan iPadnya. Seperti yang dikatakan oleh Adam, memang dia terus pergi ke bakery setelah kenyang makan. Terkesima juga dia apabila melihat Azwa. Bertuah betul Tengku Faris kerana mendapat isteri yang cantik dan manis seperti Azwa.
Dari tadi lagi memang Adam asyik memuji Azwa di hadapan Tengku Faris. Dah muak Tengku Faris mendengarnya. Cantik lah, comel lah, anggun lah, macam doll dah. Excuse me, Ariana and Raina is way more beautiful than her. Tak habis-habis lagi Tengku Faris mempertahankan girlfriend dan ex-girlfriendnya.
Tengku Faris meletakkan iPadnya di atas katil. "Asal kau pandang aku macam tu? Tergoda ke!?" Azwa tersentak dengan sergahan Tengku Faris. Okey. Dia akui yang dia memang tengah memerhati Tengku Faris.
Di cermin meja solek, Azwa melihat suaminya duduk di birai katil, memandangnya dengan pandangan tajam tanpa berkelip. Tengok la tu. Muka dah macam harimau. Tak sanggup aku nak teruskan hidup.
Azwa terus menjeling Tengku Faris. Entah kenapa, dia jadi geli-geleman mendengarkan kata-kata Tengku Faris. Tampar nanti, baru tahu.
"Kau tak payah nak berangan la yang aku akan tergoda dengan jelingan kau tu." Sindir Tengku Faris. Laju je telinga Azwa berdesing. Aipp, mulut tu. Aku cilikan jugak la.
★★★
AKAN BAHAGIA KAH HIDUP AZWA LEPAS NI?? ENTAH LA NAKK. NANTI KAN BAB SETERUSNYA ENTAH BILA AKAN DIUPDATE. THANKS FOR WAITING.
YOU ARE READING
Mr And Mrs Tengku
RomanceSinopsis : Rela dalam terpaksa, Nur Azwa menerima perkahwinan yang diaturkan oleh ummi dan walidnya demi kebahagiaan mereka. Dah la terpaksa berkahwin dengan Tengku yang sifatnya mengalahkan iceberg yang beku tu. Memang kehidupan Azwa penuh caba...