SEDARI tadi Azwa hanya berada di ruang tamu. Duduk menonton televisyen. Baru la berpeluang tengok drama Korea 'Doctors'. Puan Asfa dan Raden Aiman rasanya masih di luar rumah, sibuk berbual dengan besan la tu. Ain entah sibukkan apa la. Selfie dengan Fella la tu.
Tak pun Ain belajar make-up daripada Fella. Tapi, nak ke Fella ajar Ain. Entah la. Malas Azwa nak fikir. Dia ajak Cikgu Ana datang majlis dia, tapi Cikgu Ana tak datang langsung. Azwa masih leka dengan televisyen di depan mata. Pasal suami dia, dia lempar tepi. Dari tadi Tengku Faris asyik suruh dia macam-macam.
Suruh bukakan stoking dia la, suruh dia buat air, suruh dia tanggalkan jam dia. Macam takde tangan je. Benda yang remeh pun dia nak suruh Azwa buatkan. Memang nak dera fizikal Azwa la tu.
Terus Azwa mengambil sebalang coklat Cadbury Chocolairs di atas meja. Sebiji demi sebiji diambilnya. Dia macam tak percaya je yang dia dah kahwin. Perkahwinan dia ni tak macam orang lain. Kenapa la perkahwinan dia ni kena jadi macam dalam novel. Dia cuma baca kisah kahwin paksa ni dalam novel je. Tapi tak sangka pulak yang semua ni terjadi dekat dia.
Kalau ummi dia nampak dia ada dekat ruang tamu, tengah tengok televisyen ni mesti bergegar satu rumah sebab bebelan Puan Asfa. Penat la siapa yang bertungkus-lumus membina rumah dua tingkat ni sehingga berdiri teguh. Dapat dekat Puan Asfa je, boleh bergegar rumah ni.
Entah la. Malas Azwa nak fikir dah. Cerita yang dia tengah tengok ni jadi tak menyeronokkan pulak sebab feeling-feeling Korea Azwa sudah melayang terbang entah ke mana.
Entah apa la Tengku Faris tengah buat dalam bilik tu. Main game ke, iPad ke, tengah tidur ke. Argh, biar la dia. Kau kisah apa Azwa. Tak payah la fikir dia tu. Dia tu kan pembuli. Tapi, dia buli kau macam mana sekali pun, dia tetap suami kau.
Tak lama kemudian, kedengaran orang tengah mendengus dari arah belakang. Azwa menoleh ke belakang. Fuh, rasanya dua inci je jarak muka dia dengan Tengku Faris. Oh, rupanya dari tadi Tengku Faris berada di belakangnya. Macam mana dia boleh tak perasan ni.
Tengku Faris kemudian mengangakan mulutnya apabila melihat coklat yang baru dibuka Azwa. Azwa mengangkat coklat itu. Menunjukkan kepada Tengku Faris. Takkan la Tengku Faris makan coklat kut. Kek coklat yang Azwa suakan kat dia tadi pun dia macam tak nak je.
Terus Azwa menyuakan coklat kecil itu ke mulut Tengku Faris. Terus Faris terus bangun dan menuju keluar. Ek eleh, dari tadi ada dekat belakang aku, nak coklat rupanya. Minta la awal-awal. Dah tak ada suara ke apa.
Dia melihat Tengku Faris segak dengan baju t-shirt kelabu berlengan pendek. Nampak sesuai betul dia pakai baju tu. Dengan kulit dia yang cerah takde cacat celanya. "Nak pergi mana tu?" Soal Azwa apabila Tengku Faris hampir sampai di pintu.
"Keluar." Amboi. Kedengaran angkuh. Sakit pulak hati Azwa mendengar. Baik dia tak payah tanya je tadi. Sudah tentu-tentunya Tengku Faris nak keluar. Tapi maksud Azwa, suaminya itu hendak keluar ke mana.
"Eh, Faris. Nak ke mana?" Soal mumnya. Tengku Faris merapikan rambutnya. Sangkanya yang ibu dan ayahnya itu sudah pulang ke rumah. Tapi, rupanya belum.
Tengku Faris terdiam. "Keluar, jumpa Adam." Jawab Tengku Faris. Nak ibu dia jugak yang tanya, baru la dia nak jawab ke mana dia nak pergi. Tengku Faris menghampiri BMW M5nya. Terus dia masuk ke dalam kereta mewahnya itu dan menuju ke destinasi.
*******
TENGKU Faris terus keluar dari kereta setelah tiba di hadapan bakery Adam. Hari ni Adam berada di bakerynya di Ampang. Asyik berada di shopping mall je. Sesekali dia nak juga buat rondaan dekat bakery di Ampang pula.
"Tiba-tiba je datang sini. Mana kau tahu aku dekat Ampang hari ni. Aku tak bagi tahu kau pun aku kat sini." Kata Adam apabila Tengku Faris main masuk sahaja ke pejabatnya.
Tengku Faris terus duduk di sofa tanpa dipelawa. "Aku nak Java Chip." Arah Tengku Faris kepada sepupunya itu. Adam memandang sepupunya itu tanpa berkelip.
Banyak handsome muka kau. Apa kau ingat kedai aku ni Starbucks ke? Pergi keluar, order sendiri." Kata Adam lalu mengalihkan pandangannya kepada komputer di hadapannya.
Tengku Faris mengeluh. "Aku penat la. Kau orderkan la." Jawab Tengku Faris. Adam sebenarnya tak kisah pun kalau sepupu dia ni nak bayar atau tak apa-apa yang dia nak kalau makan dan minum dekat bakery dia ni.
Adam menggeleng. "Isteri dah ada, masih nak datang sini lagi. Asal tak minta isteri kau buatkan tadi?" Soal Adam. Tengku Faris mendengus kasar.
"Aku dah suruh tadi. Tapi aku tak nak habiskan. Nanti dia ingat yang coffee dia buat untuk aku sedap sangat." Kata Tengku Faris penuh ego. Bunyi macam memang sedap je kopi yang Azwa buatkan untuk dia tu.
"Hakikatnya, kopi yang dia buatkan tu sedap la kan." Kata Adam. Tengku Faris terdiam. Tak pulak dia nak menjawab.
Tengku Faris kemudiannya tersenyum sinis. Bahunya diangkat. "Entah la. Kopi dekat bakery kau ni lagi sedap." Dalih Tengku Faris.
Adam tersenyum kecil. "Untung kau, dapat isteri macam dia. Kalau aku la, memang aku takkan lepas pandang." Sekali lagi Adam memuji Azwa di hadapan Tengku Faris.
"Kau suruh dia buat benda remeh pun, mesti dia buat kan. Untung kau, dapat isteri yang obey macam dia. Aku rasa la, kalau kau suruh Raina buat macam tu, dia takkan buat la. Apatah lagi Ariana."
Hai, sakit pulak hati Tengku Faris mendengar kata-kata sinis yang keluar daripada mulut Adam itu. Tengku Faris kemudian bangun untuk menuju ke pintu. "Sentap ke? Ek eleh. Duduk la, aku orderkan untuk kau." Terus Tengku Faris tersenyum. Senyum beraja tu.
Terus Adam menekan butang pada interkom. "Java Chip dua. Hantarkan dekat bilik saya." Pesannya pada interkom sebelum interkom dimatikan.
Tengku Faris kemudiannya mengeluarkan iPhone daripada poket seluarnya. Banyak jugak missed call dan mesej daripada semua ex-girlfriend dia. Termasuklah Ariana, girlfriendnya.
Satu per satu mesej dibacanya. "Kau dah baca News ke? Penuh semua News pasal kau. Baru hari ni perkahwinan kau tu, hari ni jugak la syarikat News terbitkan pasal wedding kau."
Memang Adam tengah baca News pun sekarang ni dekat komputernya. Penuh satu web tu tentang Tengku Faris dan Azwa. "Kecoh je la syarikat tu. Sengaja nak hancurkan aku." Kata Tengku Faris dengan marah. Tak lama kemudian Java Chip yang dipesan pun sampai.
News adalah syarikat yang diusahakan oleh Tengku Adrian dan keluarganya. Memang syarikat tu hampir loss. Tapi mungkin lepas syarikat tu terbitkan pasal Tengku Faris, mesti naik balik syarikat tu.
Ini rupanya kerja Tengku Adrian dekat Pahang tu. Nak mula berapi dah Tengku Faris. Nasib baik la dia sempat hirup Java Chip dia. "Kau datang kan esok." Kata Tengku Faris.
Adam mengangguk setelah menghirup Java Chipnya. "Mesti la aku datang. Aku kan pengapitnya. Tak tahu la apa jadi kalau aku takde kan." Kata Adam. Tengku Faris tersengih-sengih.
Hampir Maghrib juga mereka berada di bakery Adam. Tengku Faris pun meminta diri untuk pulang ke rumah.
★★★★★
TIBA-TIBA RAJIN PULAK UPDATE HARI NI. MAAF LA SEBAB SAYA UPDATE BAB 23 LAMBAT. PUKUL 12 MALAM TADI SAYA MASIH BERJAGA SBB SAYA MMG BERAZAM NAK PUBLISH BAB 23 TU MALAM TU JUGAK. OK, NEXT BAB, TAK TAHU BILA DAPAT UPDATE. THANKS SBB MASIH SETIA MEMBACA. SAYANG KORANG KETAT² ...
Lots of love,
Author 💞
YOU ARE READING
Mr And Mrs Tengku
RomanceSinopsis : Rela dalam terpaksa, Nur Azwa menerima perkahwinan yang diaturkan oleh ummi dan walidnya demi kebahagiaan mereka. Dah la terpaksa berkahwin dengan Tengku yang sifatnya mengalahkan iceberg yang beku tu. Memang kehidupan Azwa penuh caba...