BAB 57

23K 618 38
                                    

Dedicated to: haysiwrad dan readers Mr. Tengku ILY.

Semoga tersengih-sengih 😹 Mungkin juga anda tidak akan tersengih-sengih. And oh ya. Thanks for 2k followers. Thank you so much 😄.

***

TENGKU Faris pulang ke rumah bersama satu cup Chatime 'Lychee Yoghurt QQ'. Pulang dengan harapan dapat bermanja dengan isteri dia.

Buka sahaja pintu rumah, terlihat isterinya sedang lena tidur di atas sofa. Dia berjalan mendekati istrinya. Tengku Faris menghela nafas lega.

Agak-agak la pun kalau nak tidur dekat ruang tamu. Dah la pintu utama tak kunci. Risau Tengku Faris dibuatnya. Nasib baik isteri tersayang tak apa-apa.

Tubuh isterinya digoyangkan perlahan. "Sayang, bangun la." Azwa masih tidak membuka matanya.

Tengku Faris mengucup bibir isterinya. Tak silap dia, bibir kan sensitif. Cepat je Azwa membuka matanya. Matanya ditenyeh-tenyeh.

Tengku Faris mengambil air Chatime yang dibelinya. Dihulurkan kepada isterinya. "Abang tak tahu sayang suka yang mana satu. Abang beli yang ni. Lychee yoghurt QQ."

Azwa menghirup Chatime tersebut. "Sedapnya. Thank you abang." Pipi Tengku Faris diusap lembut.

"Terima kasih je?" Tengku Faris mengusik Azwa.

Azwa mengangguk. "Habis tu?" Tengku Faris menunjukkan pipi kanannya dengan jari telunjuk kanannya.

Azwa mengerutkan dahinya. Masih mamai sebenarnya. Baru bangun tidur, dah diberi Chatime. Minuman sejuk pulak tu.

"Kiss." Suara garau Tengku Faris kedengaran. Sepatah ayat yang keluar dari mulut suaminya.

Azwa menggeleng. "Tak nak la. Abang busuk. Sayang rasa nak termuntah." Kata Azwa, jujur. Tengku Faris menarik muka.

Memang macam ni ke kalau orang mengandung. Tengku Faris mengusutkan rambutnya. Dia mendekati Azwa. Wajah mereka amat rapat.

Azwa meletakkan minumannya di atas sofa. Tekak dia dah mula nak loya. Dia tak boleh nak tahan. Maaf, abang.

Baru Tengku Faris nak kucup pipi Azwa, Azwa terlebih dahulu muntah di baju suaminya. Tengku Faris terkejut. "Sayang." Kata Tengku Faris kedengaran sedih.

"Sorry abang. Kan sayang dah kata tadi. Abang bau busuk la buatkan sayang rasa nak termuntah." Azwa mengelap mulutnya dengan belakang tapak tangannya.

Tengku Faris tetap memberikan senyuman manis kepada isterinya. Takkan dia nak marah kan. Isteri tersayang ni. Buatnya isteri dia merajuk sebab dia marah.

Tengku Faris berlalu naik ke biliknya. Dia terus membersihkan dirinya. Nak kiss isteri tapi akhirnya dia yang dapat habuannya.

Bajunya yang terkena muntah Azwa diletakkan di atas lantai bilik air. Azwa berlari ke bilik air tingkat bawah. Nak bersihkan mulut dia.

Segala apa yang dia makan tengah hari tadi dan minuman yang diminumnya sudah pun dimuntahkan keluar. Semuanya dia muntahkan dekat baju kemeja suami dia.

Tak tahu la ada menitik jatuh dekat lantai atau carpet. Azwa terus naik ke bilik utama. Dia melompat ke katil.

Memang macam ni ke. Sejak dua minggu ni, dia rasa penat sangat. Sampai nak pergi kerja pun tak larat. Lagi-lagi hari ni. Dia berkejar ke situ sini.

Kerja dekat jabatan pesakit luar je dah dekat tujuh jam. Lagi kena buat rondaan. Dia rasa penat sangat. Nak pengsan je. Lagi-lagi termuntah tadi. Bertambah penatnya.

Mr And Mrs TengkuWhere stories live. Discover now