BAB 14

22K 687 12
                                    

SELAMAT HARI RAYA SEMUA. SORRY LAMBAT UPDATE. THANKS SBB SUPPORT CERITA NI SEHINGGA KINI 😂

******

"DADDY, apa semua ni?" Terjah Tengku Faris setelah masuk ke pejabat ayahnya. Memang setiausaha ayahnya itu sudah memaklumkan kepadanya yang Tengku Faezrul memang berada di office dan masih belum keluar lunch. Walaupun jarum yang pendek bagi jam kini berada pada angka tiga. Manakala jarum panjang pula berada pada angka sebelas.

Tengku Faezrul mengangkat muka. "Apa semua ni apa?" Soal Tengku Faezrul dengan muka kuyu. Lagak macam nak mula sakit je.

"Daddy sengaja letak syarat macam tu, kan. Cuba bagi Faris syarat lain. Takkan la Faris kena korbankan diri sendiri." Tengku Faris terus meluahkan hasrat hatinya.

Belum sempat Tengku Faezrul menjawab, terus Tengku Faezrul rebah. Tengku Faris terus meendapatkan ayahnya. Telefon dikeluarkan untuk menelefon ambulans.

******

"FARIS, kenapa dengan daddy? Apa dah jadi?" Kata Datin Dewi setelah mendapatkan anaknya. Terkejut teruk Datin Dewi setelah mendapat panggilan daripada pihak hospital mengenai suami yang dikerjakan ke hospital.

Tapi Datin Dewi tidak tahu sebab kenapa suaminya itu dikerjakan ke hospital. Nak tanya tapi dia terburu-buru ke hospital. Berpeluh-peluh Datin Dewi. Butiknya ditinggalkan begitu sahaja. Dah suami masuk hospital, takkan la nak sibuk uruskan butik. Ye tak.

Tengku Faris mengusutkan rambutnya. Walaupun dia berbuat demikian, wajah dan rambutnya masih kelihatan macho. Mukanya sudah suram. Muram.

Tengku Faris tidak menjawab pertanyaan ibunya. Terus doktor keluar daripada wad VIP yang diduduki Tengku Faezrul.

"Apa dah jadi dekat suami saya, doktor?" Soal Datin Dewi kepada doktor yang merawat suaminya.

Doktor itu menunduk. Aik, takkan la orang tua tu meninggal kut. Sampai nak tunduk bagai. "Dato' gastrik ke Datin?" Soal doktor yang merawat Tengku Faezrul. Soalan Datin Dewi dibiarkan terbang melayang dibawa angin sepoi-sepoi bahasa.
Datin Dewi mengangguk. Tengku Faezrul memang gastrik. Dah empat tahu menderita kerana penyakit gastrik. Datin Dewi pulak menderita kerana penyakit buah pinggangnya. Kadang-kadang dia perlu kerap ke hospital untuk membuat rawatan dialisis.

"Patut la. Dato' gastrik teruk ni Datin. Besar kemungkinannya Dato' akan menghidap penyakit ulser perut. Penyakit ulser perut ni lebih parah daripada gastrik." Datin Dewi mendengar dengan teliti. Nak rebah pun ada dia mendengar penjelasan doktor yang bertugas.

Rasa macam tak boleh nak lalui semua ini. Dia tidak boleh menerima semua ini. Besar kemungkinan tu macam 99% je bunyinya yang suaminya itu akan menghidap ulser perut.

Datin Dewi meletakkan tangan kanannya pada dada kirinya. Jantungnya berdegup laju. Laju sangat sampai boleh menang tempat pertama kalau nak buat race. Tengku Faris terus mendapatkan ibunya.

"Ta-ta-pi, ba-gai-mana dengan suami saya doktor?" Datin Dewi seperti kehilangan kata-kata. Sukar untuk bercakap mungkin. Itu pun dia berkata seperti orang gagap.

"Suami Datin sudah sedar. Datin boleh la melawat Dato'. Saya minta diri dulu lah ya. Kalau ada apa-apa, panggil saya." Pamit doktor tersebut. Terus Datin Dewi dan Tengku Faris meluru masuk ke dalam wad Tengku Faezrul.

"Mum, are you okay?" Soal Tengku Faris. Kebodohan apakah ini. Sudah tentulah ibunya tidak okey. Dah suami kena gastrik teruk, mesti la isteri risau teruk.

Datin Dewi menggeleng. Dia terus duduk di kerusi yang disediakan di sebelah suaminya. "Of course I'm not okay." Balas Datin Dewi.

Tengku Faezrul bangun dari pembaringan. Kepalanya terasa pening yang amat walaupun doktor tadi sudah memberi suntikan kepadanya.

"Faris, kahwin je la dengan Azwa tu. Daddy berkenan dengan dia. Mum pun berkenan dengan dia." Kata Tengku Faezrul lambat-lambat. Datin Dewi mengangguk.
Tengku Faris mendengus. Mesti ayahnya ini akan meneruskan kata dengan ayat-ayat klise. "Fine. Faris kahwin dengan perempuan tu." Kata Tengku Faris.

Datin Dewi memandang Tengku Faris. "Dia ada nama la. Nama dia Azwa. Esok mum dengan daddy akan datang rumah mereka untuk jumpa ibu bapa dia. Faris ikut tau."

Tengku Faris menjulingkan matanya. "Tak nak la. Mum dengan daddy je la yang uruskan." Terus Tengku Faris keluar dari wad VIP ayahnya.

*******

PUAN Asfa terus keluar dari rumahnya untuk menghantar Datin Dewi yang meminta diri untuk pulang ke rumahnya. Pagi tadi, Azwa bercadang untuk ke Hospital Putrajaya. Tak tahu la sebab apa. Mungkin ingin melapor diri dulu kut.

Tapi dia terpaksa membatalkan niatnya untuk ke hospital sebab Datin datang berbincang sendiri dengan mereka. Sewaktu Azwa berada di Mesir dahulu, Datin Dewi datang merisik Azwa tanpa pengetahuan anaknya.

Azwa terpaksa terima dengan hati yang tidak rela. Datin Dewi putuskan supaya Isnin ni Azwa datang ke butiknya. Siapa yang kahwin sebenarnya ni. Datin Dewi ni macam desperate sangat nak ada menantu je. Sempat jugak la Azwa mengutuk bakal mertuanya walaupun dia tahu perkara itu berdosa.

Tetapi masalahnya, hari Isnin tu, Azwa dah mula bekerja sebagai guru tadika. Tapi Datin okey je. Datin tak kisah la sama ada Azwa nak bekerja ataupun tak. Sebab anaknya tu mampu nak tanggung Azwa. Lebih daripada mampu.

Tapi Datin Dewi cuma berharap yang Azwa akan datang jumpa mereka selepas habis mengajar la. Tapi yang bagusnya, setiap hari Isnin sampai Jumaat, memang kanak-kanak akan pulang pada pukul 12.00 tengah hari.

Setelah kereta mewah Datin Dewi hilang dari pandangan mata, terus Azwa dan Puan Asfa masuk semula ke dalam rumahnya. Azwa terus duduk di sofa.

"Ummi tak cakap pun yang Datin nak datang." Kata Azwa lalu mengambil balang berisi tempeyek bilis. Maklum la, sekarang ni masih bulan Syawal. Walaupun dah pertengahan Syawal, masih ada lagi orang datang berkunjung. Biasa la, nak mencari duit raya la kateko.

"Panggil dia mum la. Kan dia sendiri yang suruh panggil mum. Tak pun kalau kakak tak biasa lagi, panggil je dia Auntie." Azwa memuncungkan bibir. Bunyi macam Puan Asfa nak lari topik je.

"Ummi pun tak tahu yang mereka nak datang. Memang ummi pun nak keluar tau. Tahu-tahu je dia datang. Dah tetamu datang, takkan la kita kena halau dia." Kata Puan Asfa. Ingatkan nak lari topik tadi.

Azwa mengangguk. Ada betulnya kata ibunya itu. Tapi hati dia seram sejuk. Tak pernah dia rasa macam ni. Buat praktikal dan exam pun tak sampai rasa seram sejuk macam ni.

"Kakak tahu tak pasal suami dia?" Soal Puan Asfa. Azwa mengerutkan dahi seraya menggeleng.

"Suami dia gastrik teruk la kakak." Kata Puan Asfa. Azwa terkejut. Parah tu.

"Ummi, kalau gastrik teruk, besar kemungkinan boleh dapat penyakit ulser perut tau. Penyakit ulser perut ni pulak lebih serius daripada gastrik tahap kritikal." Kesian Datin dan suami. Tiba-tiba terlintas di hatinya. Azwa ni memang cepat je rasa kasihan.

Puan Asfa terkejut. Memang betul pernyataan anaknya ni. Puan Asfa yang merupakan pensyarah pun memang ada buat research pasal ni. Walaupun dia bukan pensyarah perubatan.

Maklum la, anaknya ni kan bakal doktor. Mesti la tahu pasal ni. Kalau tak tahu, bukan doktor la namanya tu. "Ummi, kakak keluar dulu lah ya. Assalamualaikum." Pamit Azwa lalu bangun dari duduknya lalu menyalami ibunya.

Puan Asfa juga turut keluar. Dia pun nak keluar ke pasar. Ain kata tak mahu ikut. Nak duduk rumah je.

★★★★★

SORRY SANGAT SBB DAH LAMA X UPDATE. RAYA WEH. HAHA. DO FOLLOW MY IG GAISS. ig; aisyahfarihah_
NEXT BAB, ROLL IT!!!

Mr And Mrs TengkuWhere stories live. Discover now