BAB 49

22.8K 704 87
                                    

Sis cedera 😭 doakan sis cepat sembuh ye supaya sis boleh update. Nampaknya dalam seminggu ni sis x update. Tangan cedera 😭

***

ARIANA sudah boleh keluar dari hospital. Lega dia. Dia bukan main minta nak wad VIP. Sengaja Azwa suruh Akhwan supaya tak letak Ariana dekat wad VIP.

Ariana cukup tak suka. Nenek yang baring dekat sebelah dia asyik minta tolong dia macam-macam. Bukan minta dah tu, itu menyuruh namanya.

Ariana yang sakit kaki terpaksa tolong walaupun dah banyak kali membentak nenek tu. Azwa yang minta nenek tu layan Ariana macam tu. Nak ajar Ariana sikit supaya hormat orang tua.

Kakinya yang terseliuh sudah baik. Buat X-Ray hari tu. Takde la teruk mana pun. Azwa berjalan menuju ke arah katil Ariana. Nampak gembira betul Ariana. Rin, nurse yang membantu Azwa turut ada di katil Ariana.

Ariana tersenyum sinis. "Suka la kau tengok aku sakit kan." Azwa menjongket kedua-dua belah bahunya. Apa yang dia tahu, Tengku Faris dah tak sukakan Ariana.

Tengku Faris dah boleh terima Azwa sepenuh hati dah. Ariana adalah masa silamnya.

Ariana menumbuk katil. "Wad VIP penuh konon. Kau jangan nak menipu la." Ariana memarahi Azwa. Azwa hanya menjongket bahu. Tak nak dia perang mulut dengan pesakit.

"Kau suka tengok aku menderita kan." Ariana masih lagi bising. Mulut dia tu nak kena cili ke apa. Nenek yang berada di katil sebelah sudah pun terjaga.

Rin yang sakit telinga mendengar mula bersuara. "Cik, boleh senyap tak. Kalau Cik bergerak, susah saya nak ambil darah Cik." Ariana terus terkaku. Bagus.

"Cu, tolong tuangkan air untuk nenek." Kata nenek itu kepada Ariana. Ariana mengangkat kening. Nenek itu dijelingnya.

Kemudian dia bersuara. "Nenek, saya nak keluar dah dari sini. Jangan la suruh saya itu ini. Suruh la doktor ni." Tangan kirinya menunjuk ke arah Azwa yang berada di sebelah kanan.

Azwa mengangkat muka. Ariana ni macam nak cari gaduh je dengan dia. Azwa terus menuangkan air masak ke dalam cawan dan diberikan kepada nenek itu.

"Terima kasih doktor." Kata nenek itu lalu meneguk airnya. Azwa tersenyum sebelum berlalu pergi meninggalkan Ariana.

Bukan Azwa yang rawat dia. Saja Azwa nak tengok dia. Nak tengok reaksi Ariana. Azwa terus masuk ke dalam wad pesakitnya. Seorang demi seorang pesakitnya diperiksa.

"Cik dah boleh daftar keluar esok. Jangan lupa makan tepat pada masa tau. Cik ada appointment dengan saya waktu ni. Sepatutnya Cik MC dua hari je. Tapi, saya bagi tiga hari." Kata Azwa lalu menandatangani sehelai kertas dan menyerahkan kertas itu kepada pesakitnya.

Azwa terus beralih ke arah pesakitnya yang lain. Pesakit ni dimasukkan ke hospital kerana kekejangan otot. Tak boleh nak bergerak langsung dia semalam.

"Pasti kan awak makan tau. Minum air banyak-banyak. Petang ni dah boleh daftar keluar. Saya bagi MC dua hari." Kata Azwa lagi bersama senyuman.

Usai meronda wad pesakitnya, dia terus berjalan menuju ke mesin air yang semalam di tingkat 2. Seperti biasa, air milo yang dipilihnya. Dan seperti biasa, Akhwan mengambil airnya dari belakang.

Tapi kali ni tin itu dibukanya dan diserahkan kepada Azwa. Tak pula dia nak minum air milo Azwa. "Kau dah kahwin eh?" Soal Akhwan yang bersandar di sebelah mesin air.

"Mana kau tahu?"

"Patient aku bagi tahu. Ariana la siapa lagi."

Azwa mengangguk. Dah dua kali Azwa bagi tahu. Tapi Akhwan je yang anggap Azwa tipu. "Melepas la aku." Sambung Akhwan lagi. Azwa mendengus perlahan. Mulutnya mengukir senyum.

Mr And Mrs TengkuWhere stories live. Discover now