MEREKA dihidangkan minuman dan snek sambil bermanis-manis mulut, dengan cekap Afrin mengeluarkan catalog pakaian yang direkanya berserta jenis-jenis fabrik yang digunakan.
"Awak nak konsep apa?" Lembut Azwa menyoal bakal suaminya.
"I don't really care." Endah tak endah sahaja Tengku Faris menjawab. Dia terus mengeluarkan iPhonenya daripada poket seluar dan bermain games. Ish, geramnya. Getus Azwa dalam hati. Oh so, this is the game he wants to play.
"Cik Fella, Datin ada pesan apa-apa tak? Saya tak sempat berbincang dengan dia." Azwa memilih untuk mengikut rancangan bakal mertuanya kalau bakal mertuanya itu ada konsepnya sendiri.
"What has this got to do with mum? Bukan dia yang nak kahwin." Laju saja Tengku Faris mencelah. Cepat mencari peluang untuk membuli.
Dah la ada Afrin dengan Fella dekat sini, memalukan je. Nampak gayanya ini ujian pertama untuk aku ke? Fikir cepat Azwa. Bebel hatinya.
"Kalau ikutkan saya, saya nak majlis yang kecil-kecil je. Kalau boleh tak nak la naik pelamin. Tapi perkahwinan orang Melayu ni bukan untuk pengantin saja. Untuk seisi keluarga jugak, kan. Jadi, Cik Fella.. Apa yang awak dah bincang dengan Datin?" Azwa menjawab selembut dan setenang mungkin. Tabah je la dengan sikap Tengku ni. Kena bersedia fizikal dan mental.
"Pembodek." Slow je suara si Tengku ni. Tapi dapat didengar oleh Azwa. Kedengaran sinis bunyinya. Lantaklah kalau dia nak kata, nak tuduh aku ni kaki bodek. Tiba-tiba je. Hari tu kata aku ni gold digger. Aku cilikan jugak la mulut dia tu.
"Saya dah banyak bincang dengan Datin dan Dato' dan semuanya sudah siap sebenarnya. Syarikat saya akan kendalikan semuanya. Cuma tinggal baju pengantin dan make-up. Tu je." Cekap betul dia. Memang dah berpengalaman la dalam menjadi seorang wedding planner.
"Based on pilihan Datin dan Dato', macam mana baju pengantin kami tu ye?" Soal Azwa lagi. Dia mengerling sebelah. Masih sibuk dengan iPhone dia tu. Siap tersenyum, tersengih tu dah kenapa.
Belum sempat Fella menjawab, Tengku beku mencelah. "You ni tak ada pendapat sendiri ke? Tak ada taste sendiri ke? Semua nak ikut pilihan mum. Tak ada taste langsung." Muka Azwa dah terasa panas.
Perlu ke nak sinis macam ni depan Afrin dengan Fella. Kedua-dua mereka sudah nampak tidak selesa. Haa mula la nak belek-belek catalog atas meja sambil berbincang, kononnya buat-buat tak dengar serangan hendap Tengku Faris. Tiba-tiba je bahasakan diri aku 'you'. Selalunya 'kau' je.
"Excuse me, saya ada taste dan pendapat sendiri. Tapi since Datin dan Dato' dah uruskan dengan sebaik dan sesempurna mungkin daripada profesional, lebih baik kita dapatkan feedback daripada mereka dulu."
Setenang mungkin Azwa menjawab. Sambil-sambil tu dia pulangkan la paku buah keras yang terselit di sebalik kata-katanya.
Tengku Faris mencebik bibir dan menjongket bahu. Dah la, pergi sana. Tadi aku tanya pasal konsep, dia jawab I don't care. Tapi kali ni aku sibuk berbincang, dia pulak sibuk mencelah siap nak sindir, tuduh bagai.
Afrin dan Fella tersenyum lebar. Suka la tu bila Azwa memuji-muji mereka di hadapan Tengku beku ni.
"Well, Encik Afrin dan Cik Fella, let's hear your suggestions first." Wah, semakin yakin Azwa jadinya. Tumpuannya seratus peratus kepada Afrin dan Fella. Tenungan tajam daripada Tengku Faris tidak diendahkan.
Dah dapat greenlight daripada Azwa, panjang tak berjeda cadangan Afrin. Fella pula hanya mendengar dan memberi komen sekali-sekala. Betullah bebelan ummi. Dah ada pakar, apa salahnya. Yang bayar semua ni bukan dia. Jadi dia ikutkan aje cadangan yang tak putus-putus keluar daripada mulut Afrin. Tengku beku tu pulak diam mengunci mulut. Sesekali ada la dia buka mulut sebab nak minum air.
"Warna dah bincang ke dengan Datin, Cik Fella?" Azwa bertanya lagi. Hari ni rasanya dah banyak kali dia bertanya.
"Datin ada kata yang dia nakkan pelamin warna gold. Bagus jugak sebab boleh suaikan dengan apa je warna baju pengantin. Tapi Datin kata, pasal warna... Biar la Cik Azwa sendiri yang putuskan."
Terang Fella. Lega Azwa. Sekurang-kurangnya dapat la dia pilih warna yang dia nakkan. Ni pun perkahwinan sekali seumur hidup dia. Tapi yang menjadi masalah, dia tak nak naik pelamin. Oh no.
"Faris, awak suka warna apa?" Azwa sekali lagi cuba ajak Tengku beku ni berbincang tentang majlis perkahwinan mereka.
"Black." Cepat aje jawabnya. Matanya terus beralih merenung Azwa, bagaikan berkata 'Take that! And shut your mouth.'
"Black for baju pengantin not fit at all, right Encik Afrin?" Sekali lagi Azwa mengajukan soalan kepada pereka terkenal itu . Sebenarnya lebih kepada menyindir. Afrin Ahmad terus mengangguk.
"If pelamin warna gold, then baju warna apa yang sesuai?" Azwa memandang Afrin, menunggu pandangannya.
"Apa kata kalau pelamin warna gold, baju pengantin pulak sparkle white?" Cadang Afrin.
Okey jugak tu. Tapi nak ke Tengku beku ni pakai warna putih. Lagi-lagi warna putih yang menyerlah. Boleh sakit mata orang memandang. Macam tak sesuai je. Tapi dah pereka fesyen terkenal ni yang suggest nak buat macam mana kan.
"Macam over sangat je tu Encik Afrin. Kan Cik Fella." Fella Nasri mengangguk mengiyakan. Tapi bagus la, Afrin Ahmad menerima pandangan Azwa dengan hati yang terbuka.
Afrin cepat-cepat menunjukkan beberapa contoh kain berwarna putih berkerlipan dengan batu-batu permata bertaburan.
Dari tadi Azwa aje yang bincang dengan mereka ni. Si Tengku Faris ni diam membisu je. "Encik Afrin, Cik Fella... Nanti tolong finalize 2 or 3 choices, esok kita bincang dengan Datin pasal ni.
Mungkin ini lah keputusan yang terbaik. Nanti dia main pilih je, apa kata Datin, Dato' dengan anak dia ni.
"Tadi kata ada own taste." Mencebik saje nada suara si Tengku Faris ni. Dalam diam, rupanya dia dengar jugak ya apa yang dibincangkan ni.
Azwa masih tersenyum manis. Kali ni dia senyum menampakkan gigi. "Saje je saya nak bagi Mum betul-betul happy. Kan anaknya seorang saje." Sengaja Azwa menekankan ayat mum tu. Walhal dia tak pernah pun nak panggil Datin Dewi macam tu.
"Whatever."
Sekali lagi Tengku Faris mencebik bibir dan mengangkat bahu. Mata masih tertumpu dengan iPhone di tangan. Ingatkan dia bercakap dengan handphone la tadi.
★★★★★
LATE NIGHT UPDATE.. ENTAH SEJAK BILA PULAK RAJIN UPDATE MALAM-MALAM.
YOU ARE READING
Mr And Mrs Tengku
RomanceSinopsis : Rela dalam terpaksa, Nur Azwa menerima perkahwinan yang diaturkan oleh ummi dan walidnya demi kebahagiaan mereka. Dah la terpaksa berkahwin dengan Tengku yang sifatnya mengalahkan iceberg yang beku tu. Memang kehidupan Azwa penuh caba...