BAB 20

24.2K 708 12
                                    

ALHAMDULILLAH. SAYANG KORANG SEMUA YG SUDI MEMBACA. AKHIRNYA, DAH 5K RUPANYA. SAYA TAK CHECK PUN. KAN HARI TU SAYA ADA KATA NAK 4K DALAM MASA SEBULAN. TAPI TAK SAMPAI SEBULAN DAH 5K. TERHARU. THANKS A LOT. SAYANG MUAH².

******

SUDAH seminggu berlalu. Dan lusa merupakan hari pernikahannya. Hari itu tiba jua akhirnya. Tetapi Azwa berasa berat hati kerana dirinya lah yang akan berkahwin. Biar je la langkah bendul kan. Tak salah. Tapi kenapa mesti dirinya. Ke Datin Dewi yang tersalah tengok dirinya dengan adiknya, Ain.

Rasanya Ain lebih baik daripada dirinya. Rasanya lah. Tapi Azwa terlebih baik jika nak dibandingkan dengan Ain tu. Azwa sekali lagi menghela nafas. Pandangan dialihkan ke arah balkoni. Angin bertiup kencang. Sejuk betul. Dia terus bangun dari duduknya.

Dia menuju ke balkoni. Langit dipandangnya. Indahnya. Nampak bintang, bulan. Azwa pernah bercita-cita tinggi untuk meneroka angkasa lepas. Ni sebab belajar Sains bab 9 dengan 10 semasa di tingkatan 3 la.

Seketika kemudian, dia masuk semula ke biliknya dan menarik sliding door lalu duduk semula ke tempatnya. Masih lagi sibuk menanda buku budak-budak. Sesibuk mana pun dia, dia pasti akan mengulang kaji tentang rawatan dan sebagainya. Penuh almari bukunya dengan buku ilmiah, buku berkaitan kedoktoran dan kamus Oxford Nurse.

"Kakak, tolong adik buat assignment." Pinta Ain yang tiba-tiba menyerbu masuk ke biliknya. Sekarang adiknya baru semester dua. Sengaja dia meminta kakaknya itu untuk tolongnya membuat assigntment. Padahal tahun lepas boleh je dia buat sendiri.

Oleh kerana terkejut dengan sapaan Ain, habis buku seorang budak ni ada garisan warna merah. Alamak, dah la Azwa tengah asyik menanda buku ni. Tiba-tiba pulak tangannya seperti ditolak. Ain ni memang nak kena la. Kalau dia tahu la banyak sangat buku yang perlu dia tanda, lebih baik dia tak payah bagi kerja sekolah. Tapi takpe lah. Practice makes perfect.

"Jangan la kacau kakak. Adik boleh buat assignment sendiri kan." Geram pulak dia rasa. Apa nak dibuat dekat buku budak ni. Dah la terconteng. Ni semua Ain punya pasal.

Ain menjongket bahu. Seronok dia melompat-lompat atas katil kakak dia tu. Dah la tinggal berapa hari je lagi sebelum hari perkahwinannya itu.

Azwa tak tahu la adakah dia akan bahagia selepas dia berkahwin ni. Macam mana kalau si Tengku Faris tu buat jahat dekat dia. Buli dia ke. Mana taknya, masa kenduri kesyukuran tu pun Tengku Faris dah warning dia awal-awal lagi. Boleh jadi je Tengku Faris tu buat jahat dekat dia.

Happiness is a choice. So, Azwa. You should happy with your choice. This is your decision, Nur Azwa Khalisya. Azwa menenangkan dirinya yang tidak tenang.

Sibuk betul semua orang sekarang ni. Rumah pun bersepah gara-gara nak siapkan semua persiapan untuk majlis akad nikah itu. Ummi mengupah orang gaji untuk sementara waktu. Ummi lagi sibuk dengan persiapan ni. Macam ummi pulak yang nak kahwin.

Teruja sangat ummi tu. "Kakak, tolong la." Pinta Ain lagi. Kali ni suara selembut yang mungkin. Geli Azwa mendengar.

Azwa menggeleng. "Tak payah nak mengada-ngada. Semua orang tengah sibuk ni. Ummi, walid. Kakak lagi la sibuk. Adik minta la kawan-kawan adik tolong ya."

Ain terus keluar daripada bilik kakaknya. Entah macam mana la nanti lepas kakak dia tu dah kahwin. Ummi dengan walid dia pulak akan bertolak untuk menunaikan haji. Siapa la nak jaga si Ain tu.

Azwa terus merapatkan pintu biliknya lalu menuju ke katil. Dia nak kena hantar semua buku yang dia dah tanda esok. Esok hari Jumaat. Tapi dia tak dapat nak datang ke tadika gara-gara nak siapkan persiapan tu.

Mr And Mrs TengkuWhere stories live. Discover now