Sambil membaca, dengar la lagu di atas ye. Biar ada feeling sikit bila membaca. Ni yang orang kata menghayati. Ye tak.
TERIMA KASIH SUDI BACA MTILY 😂. 100++K SUDAH. TAK SANGKA BOLEH SAMPAI 100K.
***
ARIANA terus bangun setelah alarm daripada telefonnya berbunyi. Maklum lah, hotel mewah ni tak main la jam loceng. Mengganggu pelanggan bilik sebelah kut. Ariana pulak lupa nak bawa jam loceng sendiri.
Buat julung kalinya Ariana bangun seawal begini. 6.30 a.m. Solat? Ariana tak buat langsung. Tetap je macam ni. Nothing change. So, tak solat pun takpe kan. Haish, Ariana ni. Salah fahaman dah dia ni.
Sorry la. Ariana tak pernah bangun awal begini. Kalau ada photoshoot pun, esok hari lepas photoshoot tu dia akan ambil cuti. Ariana jaga muka.
Bukan macam gadis kat luar sana lebih-lebih lagi isteri Faris tu. Tak jaga muka. Memang orang boleh kecam la. Deep betul. Paham ke idok. Tak paham takpe.
Ariana ni kan model. Actress. Mesti la dia jaga itu ini. Mesti lah tidur pun kena cukup. Tidur sampai Zuhur pun dia pernah. Gadis di luar sana jangan jadi seperti Ariana ye.
Terus dia menuju ke bilik air. Dah la air sejuk sangat. Udara pun sejuk. Rasa macam dah tak nak hirup. Kalau tak hirup nanti mati la pulak. Nak tak nak kena mandi jugak.
Nak dapatkan Tengku Faris punya pasal. Email dibuka sekali lagi. Mana la tahu ada apa-apa information daripada Adrian tu. Memang ada.
Ingat!! Macam yg kau dah janji dekat aku.
Ariana mengeluh. Macam ugutan je ni. "Suka hati aku la nak tepati janji atau tak. Aku peduli apa kalau syarikat kau dah nak jatuh." Ariana berkata sendiri lalu mencapai handbag LVnya sebelum menutup laptop dan mengunci pintu biliknya.
Dia menunggu di lobi hotel. Sambil menyelam minum air. Usha la sikit mamat Korea handsome di sini. Berada di hotel terkemuka di Korea, mesti la semua yang berada di lobi hotel ini orang kaya-kaya.
Sejuk semacam je Ariana rasa. Argh. Patut la. Tak pakai baju tebal. Dia hanya memakai dress berjenama yang hanya separas lutut dan berwarna hijau muda sahaja. Nak buat macam mana, takkan la nak mati kesejukan sebab menunggu Faris dekat lobi ni.
Ariana membuat keputusan untuk naik semula ke biliknya untuk mengambil jacket ke apa yang ada la yang penting dapat hangatkan dia. Dia tak sedar yang sewaktu menunggu lif, Tengku Faris baru sahaja keluar dari lif.
Maknanya dia dah terlepas jejak Tengku Faris. Memang Tengku Faris berjalan sebelah dia je tadi. Tak perasan sebab main handphone rupanya. Memang betul la apa yang author kata, 'leka main phone sampai jodoh dekat sebelah pun tak perasan'.
Ariana terus melangkah masuk dan cepat-cepat mengambil jacket labuhnya dari bilik dan kembali duduk di lobi hotel. Sampai mengantuk jadinya. Mana Faris ni.
Lenguh dah tengkuk ni asyik tengok kiri kanan tapi Faris tetap tidak kelihatan. Jam dilihat. Weh, dah pukul 10.00 a.m.
Takkan la Faris tak siap lagi. Ariana merengek di dalam hati. Kalau merengek kuat-kuat nanti ramai pulak lelaki Korea datang menghampiri. Ariana tersengih sendiri.
***
SEKEJAP ke situ, sekejap ke sini. Azwa dah tak tahu mana dia nak lalu dah. Dia tak ingat jalan nak pergi cafe Adam.
Dia bukannya mahir sangat jalan dekat KL ni. Semalam pun ikut Adam, tu yang dia boleh sampai cafe tu. Tapi ni tak ingat jalan, nak pergi mana dah. Adam yang ajak dia ke cafe hari ini.
YOU ARE READING
Mr And Mrs Tengku
RomanceSinopsis : Rela dalam terpaksa, Nur Azwa menerima perkahwinan yang diaturkan oleh ummi dan walidnya demi kebahagiaan mereka. Dah la terpaksa berkahwin dengan Tengku yang sifatnya mengalahkan iceberg yang beku tu. Memang kehidupan Azwa penuh caba...