BAB 27

23.9K 719 12
                                    

SELAMA dua puluh empat tahun Azwa hidup, tidak pernah dia menghadiri perkahwinan semewah begini. Luxurient. Itulah apa yang dapat digambarkan oleh Azwa. Lebih-lebih lagi ini merupakan perkahwinannya sendiri.

Dewan bankuet hotel terkemuka itu dipenuhi dengan banyak jambangan bunga hidup serta chandelier kristal bergantungan. Cantik sungguh dewan itu. Semakin berdebar-debar Azwa jadinya.

Adam yang berada di situ tidak terlepas memandang Azwa. Begitu juga dengan tetamu kehormat yang lain. Tak sangka la tu CEO muda, Tengku Faris kahwin dengan gadis biasa yang nampak kolot di mata Tengku Faris.

Azwa tak ingat dah berapa jam la dia senyum tanpa henti. Kejang dah muka dia angkara senyum aje. Dah la beratus-ratus gambar yang jurugambar ambil. Penat pulak tu Azwa senyum aje.

Bila terpandangkan wajah manis ibu mertuanya, dia jadi redha dengan semua ni. Datin Dewi tak habis-habis tersenyum. Nampak gembira benar dia melihat Tengku Faris dan Azwa berada di atas pelamin bersama-sama.

Lebih-lebih lagi ketika sesi bergambar. Hilang terus senyuman manis Datin Dewi apabila ternampak ex-girlfriend anaknya itu. Girlfriend a.k.a cinta pertama anak dia tu pun turut hadir. Entah siapa yang jemput pun tak tahu la.

Setahu Datin Dewi, dia tidak pernah menghantar kad undangan kepada mereka semua. Puteri Raina ada. Ariana model seksi ada. Nayla bekas P.A ada. Ramai lagi ex-girlfriend anak tunggalnya itu hadir. Bila ditanya Encik Pengawal, mereka siap menunjukkan lagi kad undangan kepada Encik Pengawal. Jadi Encik Pengawal tidak berani berkata apa-apa la.

Tapi yang peliknya tu, macam mana mereka boleh ada kad undangan tu walhal Datin Dewi dan suaminya tidak pernah mengedarkan kepada gadis yang kini tiada kaitan dengan anaknya itu. Takkan la Tengku Faris sendiri yang mengajak mereka.

Si Ariana, Nayla dan Raina sudah tergedik-gedik nak turut serta bergambar dengan pengantin. Siap menolak Azwa jauh-jauh lagi. Padahal Azwa yang menjadi pengantinnya. Bukan mereka bertiga. Azwa pengantinnya. Nur Azwa Khalisya la pengantinnya.

Tapi, Ariana, Raina dengan Nayla bergaduh juga sebab berebut nak bergambar dengan Tengku Faris. Tengku Faris layankan aje mereka. Lagi-lagi bila Ariana yang ajak bergambar. Tengku Faris tak boleh nak menolak la.

"Excuse me. Mr. Photographer. One more please. Take my photo with the groom, please." Rengek Ariana. Mesti la Mr. Photographer tu cair dengan rengekan manja Ariana tu. Dah la cantik, seksi pulak tu. Model la katakan.

Mr. Photographer itu akur dan mengambil gambar Ariana bersama Tengku Faris. Siapa bride dia ni. Aku ke dia. Cetus hati Azwa. Setelah giliran Ariana, Puteri Raina pula merengek minta ditangkapkan gambar dia dengan Tengku Faris. Azwa turut ada sekali di dalam gambar. Tetapi jarak di antara Azwa, Tengku Faris dan gadis yang pernah mendampingi Tengku Faris itu agak jauh.

Azwa hanya tersenyum hambar. Dipandangnya wajah umminya, walidnya, ibu mertuanya dan bapa mertuanya. Mereka semua sibuk sesama mereka. Sampaikan tak sedar yang Tengku Faris bergambar dengan gadis-gadis yang pernah mendampingi suaminya itu.

Selepas seorang, seorang lagi gadis datang dan merengek nak bergambar dengan Tengku Faris. Azwa hanya menahan geram. Siapa tak geram weh. Isteri dipinggirkan. Suami sibuk dengan ex-girlfriend. "Bride, do smile." Pinta Mr. Photographer.

Nayla dan Ariana yang berada di sebelah Azwa memandangnya dengan pandangan tidak puas hati. Siap bagi jelingan tajam lagi. Takut Azwa dibuatnya. Secara automatik Azwa mengukir senyum. Walaupun senyuman tak berapa nak manis.

Mujur lah Adam Hafiz datang menyelamatkan keadaan. Dah memang Adam pun pengapit Tengku Faris. "Enough. Biar la Faris bergambar dengan his wife." Berbahang telinga gadis-gadis yang sibuk berkepit dengan Tengku Faris di atas pelamin itu.

Tak tahu malu ke apa. Orang asyik pandang mereka je. Lagi satu, yang tak boleh diterima Azwa, boleh pulak si Ariana tu merangkul lengan suaminya. Siapa isteri Tengku Faris sekarang ni. Siapa bridenya hah.

Ummi, walid, ibu mertua dan bapa mertua Azwa langsung tak pandang pengantin pun. Sibuk melayan tetamu. Wana pun ada sekali. Wana pun turut menyibuk. Mengambil kesempatan dalam kesempitan, nak juga dia bergambar dengan suami Azwa. Kalau Ain tu, Azwa tak kisah la, sebab memang Ain pun pengapitnya. Ni gadis-gadis luar pulak yang melampau.

Lega sikit Azwa rasa bila Mr. Photographer marah gadis-gadis gedik tu sebab asyik menyibuk je. Mr. Photographer pun faham perasaan Azwa. Yeah, kita geng Mr. Photographer. Dalam hati Azwa berkata sendiri.

Tadi pun tangan Tengku Faris hanya dilepaskan bila Azwa hendak bersalaman dengan tetamu wanita. Ni petua si Afrin Ahmad la ni. Dia suruh Azwa pegang tangan 'love' dia. Mana taknya, dah Azwa terpaksa pakai heels enam inci. Ni dah bukan heels. Ini hell.

Lantak la si Tengku Faris ni nak kata apa. Yang penting Azwa terselamat daripada terjatuh depan jemputan kehormat sebab pakai kasut tumit tinggi ni. Dah la majlis kenduri kahwin sendiri. Buat malu je kalau jatuh depan tetamu. Mau Azwa lari balik tak pulang rumah.

Apabila tetamu semakin surut, Ariana, Nayla, Puteri Raina, Afrina, Erina, Nana dan segala macam 'na' mengambil kesempatan untuk bergambar bersama Tengku Faris di atas pelamin. Azwa terus menuju ke meja makan di mana ummi, walid, ibu mertuanya dan bapa mertuanya berkumpul.

Dia mengambil tempat di sebelah ummi dan ibu mertuanya. Ain turut sama mengekorinya. Katanya, bahang betul kalau berdiri atas pelamin tu. Terus parents masing-masing memandang ke arah pelamin. Memang Datin Dewi dah agak benda ni akan terjadi.

Tapi, yang menjadi tanda tanya yang menghantui diri Datin Dewi adalah 'Siapa yang jemput Rusty Haired Ghosts tu'. Gelaran khas yang diberikan oleh Datin Dewi kepada semua bekas yang pernah mendampingi anak tunggalnya itu.

Azwa menarik muka. Datin Dewi mengusap-usap belakangnya. "Sabar la, Dear Sweetie. Nanti biar mum warning dia." Pujuk Datin Dewi. Azwa tak kisah pun semua ni. Cuma dia tak suka je tengok peremuan semua tu bersenggol-senggolan(?) dengan suaminya itu.

Azwa mengukir senyum. Tak berapa hambar dan tak berapa manis. Azwa mengangguk. Harap-harap la ibu mertua dia ni takde nak mention diri dia nanti. Tak pasal-pasal nanti Tengku Faris fikir yang Azwa ni jenis yang suka mengadu.

Akhirnya, hampir berakhir juga majlis itu. Lega Azwa rasa. Bayangkan la berdiri memakai hells tu berjam-jam. Waktu Zohor pun dah nak habis, Azwa belum solat Zohor lagi. Dia pun turut meminta diri untuk menunaikan solat. Ni agaknya kesibukan jadi pengantin. Tak patut betul sampai Azwa ketinggalan solat Zohor.

Kali ini dia tidak solat berjemaah. Tengku Faris sibuk melayan tetamu kehormat yang lain. Usai solat, Azwa terus meluru ke arah Tengku Faris. "Awak dah solat ke belum?" Soal Azwa. Tengku Faris memandangnya seraya menggeleng.

"Awak pergi la solat dulu." Arah Azwa. Perintah Allah kena la laksanakan. Lebih-lebih lagi mereka lambat menunaikan solat. Kan solat ni tidak boleh dilambatkan. Tengku Faris terus meminta diri untuk pergi kepada tetamu kehormat itu.

Azwa turut meminta diri. Dia tak selesa dengan lelaki tadi. Memandangnya atas bawah. Tahu la lelaki tadi tu tetamu kehormat. Tapi Azwa ni pengantinnya. Jaga sikit pandangan tu ye. Nak aje Azwa nasihat mereka tadi.

Azwa terus duduk di sebelah keluarganya. Gembira dia melihat kedua-dua buah keluarganya itu gembira. Senyum sampai ke telinga. Suka la tu tengok anak masing-masing dah berkahwin. Lebih-lebih lagi dengan pilihan mereka. Tapi macam mana dengan hidup Azwa nanti.

★★★★★

KORANG SEMUA NI MMG PENYABAR SBB SUDI MENUNGGU SIS UPDATE. CIA III. JGN LUPA VOTE DAN KOMEN..

With love,
Author...

Mr And Mrs TengkuWhere stories live. Discover now