"EH, mum. What brings you here?" Soal Tengku Faris yang terkejut melihat ibunya sejak dari tadi duduk di lobby.
Datin Dewi bangun dari duduknya. iPhonenya disimpan di dalam beg Louis Vuittonnya. "Hai, baru nak turun? Mum tunggu dari tadi, sekarang baru nak turun?" Soal Datin Dewi. Agak sinis bunyinya.
Jam Bonia di pergelangan tangan kirinya dikerling seketika. "Takpe la, still waktu lunch ni. Jom lunch dengan mum." Lengan anak terunanya dirangkul kemas.
"Mum, Faris busy. Can we have our lunch next time?" Dalih Tengku Faris. Pegangan ibunya dileraikan dengan kasar. Tengku Faris belum lunch lagi sebenarnya. Mungkin dia mogok kerana hal kelmarin.
Datin Dewi memandang wajah anak terunanya. Lalu pipi anaknya itu diusap lembut. "Faris masih marahkan mum, ya?" Soal ibunya lembut.
Setelah anaknya itu tidak memberi respons, Datin Dewi terus menarik pipi anaknya itu. Terus senyuman manis terukir di bibir Tengku Faris.
"Mum, jangan la buat macam ni." Tangan ibunya dipegang. Pegangan tangan ibunya dikemaskan.
"Okay, jom lunch. My treat." Kata ibunya. Hidung anaknya dicuit.
"Mum, I'm not a kid anymore." Celoteh Tengku Faris. Dah rupa budak kecil pulak gayanya. Datin Dewi melepaskan pegangan tangan anaknya. Tetapi lengan anaknya itu disambar.
"Mum nak merasa jugak kembali ke zaman muda."
Terus mereka berdua berjalan beriringan ke kereta Audi A5 milik Tengku Faris yang terletak betul-betul di hadapan pintu masuk Faris Holdings. Memang di situ lah kereta Tengku Faris akan berada jika Tengku Faris ingin keluar daripada company.
"Faris cuba pertimbangkan cadangan mum tu. Mum memang berkenan sungguh dengan gadis tu." Pinta ibunya. Tengku Faris menatap wajah ibunya.
Senyuman manis sentiasa terukir di bibir ibunya itu. Datin Dewi cantik orangnya. Lemah-lembut, baik hati, sopan-santun. Memang dia dari golongan keluarga baik-baik.
Mungkin kerana senyuman ibunya yang menawan ni kut ayah Tengku Faris, Tengku Faezrul boleh jatuh cinta dekat ibunya pada pandang pertama.
Tengku Faris membuka pintu penumpang hadapan untuk ibunya. Ceh, lagak gentleman gitu. Ibunya terus masuk ke dalam kereta Audi A5nya. Setelah Tengku Faris masuk ke tempatnya, kereta mewah itu terus meluncur keluar dari perkarangan Faris Holdings.
*********
WANA kelihatan tak senang duduk. Dari tadi dia asyik meminta izin ke tandas aje. Ni dah masuk kali keempat. Walid yang nak ajak dia berbincang, terus terbantut percakapannya kerana Wana asyik nak ke tandas aje.
Setelah Wana tiba, aku terus meneguk fresh orange yang memang siap terhidang di atas meja di ruang tamu. Aku terus memulakan perbualan. Dari tadi walid tak cakap apa-apa kat dia. Walid pun ada kerja jugak, sibuk sudah semestinya.
"Wana, Azwa nak balik kereta Azwa. Azwa dah nak kerja tak lama lagi." Pintaku lembut, sopan gitu. Tapi aku segan jugak nak minta semula kereta tu. Mana taknya, kereta tu aku dah lama tak pakai. Tapi lantak la, tu kereta aku. Kenapa aku pulak nak kena segan bagai.
Wana terdiam. Senyuman paksa terukir di bibir pinknya. "Bukan pak long bagi Wana ke!" Jawab Wana. Amboi, tegas bunyinya. Kulihat walid terkejut besar.
"Pak long bagi Wana pinjam. Guna." Balas walid tegas juga. Wana sudah terdiam tidak berkata apa.
"Hm." Wana memandangku tajam. Aku tak tahu la betul ke tak. Ke aku punya bayangan je.
YOU ARE READING
Mr And Mrs Tengku
RomanceSinopsis : Rela dalam terpaksa, Nur Azwa menerima perkahwinan yang diaturkan oleh ummi dan walidnya demi kebahagiaan mereka. Dah la terpaksa berkahwin dengan Tengku yang sifatnya mengalahkan iceberg yang beku tu. Memang kehidupan Azwa penuh caba...