SEMOGA AISYAH FARIHAH BINTI JAMIL DAPAT 8A UNTUK PT3 TAHUN INI. AMIN. JOM SAMBUNG. ROLL IT!!!
*********
DATIN Dewi meletakkan semula garfu dan sudunya. Kesepuluh jarinya bersatu. "Faris, mum nak kamu jumpa dengan bakal isteri kamu tu. Kamu kenal dulu hati budi masing-masing." Kata Datin Dewi, lembut.
Tengku Faris berhenti makan. Air milo diteguk rakus. "Faris tak nak." Tengku Faris menjawab dengan selamba. Sudah tahu apa tujuan ibunya mengajaknya lunch bersama.
Datin Dewi mengeluarkan iPhonenya daripada handbagnya. Dia terus menghidupkan iPhonenya sebelum dia hulurkan telefonnya itu kepada anaknya.
Dari gerak-geri ibunya, Tengku Faris dapat agak yang ibunya pasti ingin menununjukkan gambar bakal isteri 'tak jadi'nya. Tengku Faris menepis telefon ibunya. "Tak nak la mum." Tegas Tengku Faris.
"Tengok la dulu. Mana la tahu kamu boleh jatuh cinta lepas tengok gambar dia." Pujuk Datin Dewi lagi.
Tengku Faris mengangkat muka. Kali ini dia akur. Dia terus mengambil telefon ibunya lalu gambar itu dizoomnya. "Entah-entah gigi dia ni jongang. Tak pun gigi dia rongak." Sesedap mi sedap maggie aje Tengku Faris mengutuk Azwa.
Gambar yang dilihatnya itu merupakan gambar Azwa ketika berada di Mesir. Gambar itu diambil kerana Azwa baru lepas menerima purdah sebagai hadiah hari jadinya. Rakannya meminta dia memakai purdah tersebut. Sebelum ini dia tidak memakai purdah. Tetapi dia membaca ayat Kursi sebagai pelindung dirinya. Dan gambar ini diambil senyap-senyap oleh rakannya.
Kaki Tengku Faris ditendang oleh Datin Dewi setelah mendengar kutukan Tengku Faris kepada Azwa. Kalau Datin Dewi duduk di sebelah Tengku Faris sekarang ni, mesti bahu tegap anaknya itu dipukul.
Tengku Faris mengangkat muka memandang wajah ibunya. Lalu iPhone itu pergi semula ke pemiliknya. "Faris tak nak mum. Never. I won't meet this girl." Tegas Tengku Faris.
Kemudian dia mengeluarkan iPhonenya yang menjerit minta diangkat. "Hello, ada apa call?" Soal Tengku Faris. Kedengaran lembut saja suaranya.
"Hi, sayang. You dah lunch?" Kata si pemanggil. Tengku Faris mengangguk walaupun dia tahu yang si pemanggil tidak akan nampak yang dia sedang mengangguk.
"I tengah lunch dengan mum. What about you?" Soal Tengku Faris sambil mengacau air milonya dengan straw. Ibunya hanya melihat gelagat anaknya itu.
"I baru nak on the way lunch. Ada photoshoot tadi, habis lambat pulak tu." Kata si pemanggil.
"You, kita lunch sama-sama la. You dekat mana?" Soal pemanggil. Tengku Faris mengerling jam di pergelangan tangannya.
"I dah nak masuk office semula la. I'll see you later." Balas Tengku Faris dengan lembut. Rasanya boleh geli ikan keli kalau dengar suara Tengku Faris yang sekarang.
Pemanggil berdecit. "Okay then." Terus panggilan dimatikan. Datin Dewi hanya memerhati gelagat anak tunggalnya.
Apa nak jadi la, hari-hari perempuan tu call. Hari-hari perempuan tu mesej, whatsapp. Buang masa dengan anak aku je. Bebel Datin Dewi di dalam hati. Tak berani dia nak cakap terus-terang. Tak pasal-pasal anaknya itu nanti merajuk. Tak pasal-pasal lari pergi Europe dan tak balik-balik.
Bukan senang nak jumpa dia kalau pergi ke negara Eropah. Ingat Eropah tu kecil ke? Hey, hey. Negara Eropah tu besar la. Bukannya kalau datang situ, terus boleh nampak anaknya ini.
YOU ARE READING
Mr And Mrs Tengku
RomanceSinopsis : Rela dalam terpaksa, Nur Azwa menerima perkahwinan yang diaturkan oleh ummi dan walidnya demi kebahagiaan mereka. Dah la terpaksa berkahwin dengan Tengku yang sifatnya mengalahkan iceberg yang beku tu. Memang kehidupan Azwa penuh caba...