BAB 28

23.2K 710 15
                                    

"KAKAK, kami balik dulu ye. Jaga diri, jaga suami." Pesan ummi. Azwa mengangguk. Tangan umminya dikucup. Pipi umminya dicium kedua-dua belah.

Air matanya meluncur laju. Dia akan meninggalkan ummi dan walidnya sekali lagi. Cukup la dia tinggalkan selama lima tahun. Tapi kali ni.... Ummi dan walidnya sudah tidak menangungnya.

Ain bersalam dengan kakaknya. Pipi kakaknya kedua-dua belah diciumnya. "Bye kakak. Jaga diri, jaga suami." Pesan Ain. Maam ayat ciplak je ni. Azwa menjeling adiknya.

"Adik jadi pengapit kakak.... Lepas ni giliran kakak pulak jadi pengapit adik." Kata Azwa. Orang tua kata siapa yang jadi pengapit pengantin akan kahwin lepas tu. Tapi, macam mana kalau yang jadi pengapit pengantin tu, yang dah kahwin?

Ibu dan bapa Tengku Faris pulang dengan kereta yang lain. Manakala mereka suami isteri pulang menaiki kereta yang lain. Azwa dah tak tahan dah ni. Dia nak balik. Rimas betul pakai baju berekor ni.

Tiba di rumah mertuanya, ibu dan bapa barunya menyambut kepulangan mereka. "Buat la macam rumah sendiri." Kata Dato' Faezrul setelah Azwa bersalam dengan bapa mertuanya.

Azwa senyum nipis. Dia masih segan lagi la dengan bapa mertuanya itu. "Buat je macam rumah sendiri. Jangan nak malu-malu." Kata Datin Dewi pula. Menyokong suaminya.

Azwa tersenyum manis kali ini. Dilihatnya suaminya itu naik ke tingkat atas tanpa berkata apa-apa. Pemandu bapa mertuanya itu mengangkat beg pakaiannya naik ke tingkat atas. Bagus la. Azwa dah tak boleh nak tahan dengan pakaian ni. Kalau boleh, dia nak cepat-cepat tukar baju.

Terus dia naik ke tingkat atas. Pintu bilik suaminya dibuka. Terlopong mulutnya melihat bilik Tengku Faris. Tiga kali ganda lebih besar daripada biliknya. Besar gila. A/N Macam over sangat je kan keluasan bilik Tengku ni. Abaikan je la. Lupa pulak. Tengku Faris ni kan orang kaya, nak bilik sebesar istana pun boleh. Petik jari je, dah siap.

Azwa terus membawa masuk beg pakaiannya ke dalam bilik. Terus dia duduk di atas sofa sambil menunggu Tengku Faris selesai menggunakan bilik air. Baik dia tengok TV dulu ke. Tapi nanti Tengku Faris marah pulak.

Azwa terus mencapai telefon bimbitnya daripada begnya. Banyaknya mesej masuk.

Maaf la ye Azwa. Akak tak dapat nak datang kenduri kahwin Azwa la. Kakak minta maaf ye. Apa pun, selamat pengantin baru. -Cikgu Ana-

Maaf ye Azwa. Akak pergi Ipoh la. Tu yang tak dapat datang kenduri Azwa. Maaf la ye. -Cikgu Aina-

Banyak lagi mesej yang Azwa tak baca. Malas la dia nak baca. Merajuk dengan semua. Seorang cikgu pun tak datang kenduri dia langsung. Walaupun seorang. Walaupun SEORANG. Sedih Azwa. Dia tak boleh nak teruskan membaca.

Takpe la. Mereka semua sibuk. Azwa pun kena la faham mereka kan. Azwa terlelap seketika. Tetapi kemudian matanya terbuka. Dipandangnya bilik air. Tengku Faris sedang berdiri di luar pintu bilik air dan sedang memandangnya.

Azwa terus bangun dan mencapai pakaian beserta tualanya sebelum berlari menuju ke bilik air. Telefonnya dibiarkan di atas sofa. Dah la dia terlupa nak off. Macam mana kalau Tengku Faris memeriksa telefonnya. Azwa paling pantang bila ada orang usik barang dia.

Tengku Faris ternampak telefon bimbit Azwa terjatuh di atas permaidani. Mungkin terjatuh semasa Azwa bangun kut. Tengku Faris terus menuju ke sofa dan melutut untuk mencapai iPhone Azwa. Banyak mesej yang Azwa dapat melalui mesej dan WhatsApp. Tetapi yang menarik perhatian Tengku Faris adalah mesej daripada orang ni....

Saya tak ada chance dah la. Awak memang bertuah dapat kahwin dengan Tengku. Selamat pengantin baru ya Cikgu Azwa. -Cikgu Adib Terlajak Handsome-

Saya tak ada peluang dah. Takpe la. Rasanya ada cikgu lain lagi yang still single. Selamat pengantin baru ye Cikgu Comel. -Cikgu Hakim Terlajak Macho-

Too bad. Saya terlambat. Sampai hati awak tak jemput saya, kan. - Azwa punya Lee Jong-Suk-

Lee Jong-Suk. Tengku Faris mendengus. Takkan la isteri dia yang buat nama rakan sekerja dia macam ni. Lawak pulak bila baca nama-nama tu. Tapi rasanya kan, mesti bukan Azwa yang save nama macam tu. Dekat nama orang lelaki siap tambah huraian untuk nama lagi.

Jelousnya saya rasa dengan suami awak. Dapat awak yang comel ni. Saya yang lambat bertindak ke dia yang cepat bertindak? -Cikgu Alif Satar Pujaan Hati-

Sakit mata Tengku Faris membaca. Kebanyakannya mesej daripada cikgu lelaki je ni. Tengku Faris menekan lagi mesej daripada cikgu lain. Rasa macam nak baca semua je. Tapi nanti Azwa keluar daripada bilik air la pulak.

Takpe la. Banyak lagi gadis lain dekat luar tu. Saya akan cari gadis yang sama seratus peratus macam awak, Cikgu Azwa. -Cikgu Naufal Sweet Talker Pencair Hati-

Tengku Faris menjelir. Menyampah pulak dia rasa sebab baca semua ni. Ni la mesej yang last dia baca. Azwa nampaknya macam dah nak selesai mandi.

Better late than never. Pepatah ni dah salah ni. Saya dah memang terlambat. Saya dah terlepas budak paling comel di tadika. Mengalahkan budak-budak empat tahun. -Cikgu Zharfan Romantik Giler-

Ramainya cikgu lelaki dekat tadika tu. Menyampahnya la Tengku Faris baca mesej daripada Cikgu Zharfan ni. Nampak macam playboy je. Kalau dia playboy, kau apa kurangnya Tengku Faris.

Terus Tengku Faris mematikan telefon Azwa. Terus dia masuk ke dalam walking closetnya dan mula memakai baju. Tak lama kemudian Azwa pun keluar daripada bilik air. Terus dia mengeringkan rambutnya dengan hair dryer.

Benda ni pun dia jumpa dekat dalam bilik air Tengku Faris tadi. Pelik pulak lelaki pakai hair dryer. Pelik ke? Hm, entah la. Terkejut jugak Azwa tengok bilik air Tengku Faris. Besar betul. Macam bilik air dalam hotel lima bintang.

Dah rumah pun besar, memang bilik dengan bilik air pun besar la. Ditambah lagi dengan walking closet Tengku Faris. Untung la Tengku Faris lahir dalam keluarga berada.

Dipandang sekeliling. Dicarinya Tengku Faris. Entah ke mana hilangnya. Biar la. Dia tak peduli. Dah lelaki tu pun tak peduli kat dia. Buat apa dia nak serabut pedulikan mamat ketul ais tu.

Telefon bimbitnya dicapai. Baru dia berkira-kira nak keluar daripada bilik tu. Tapi Azwa rasa macam nak hirup udara luar la. Dia terus menuju ke luar. Sliding door ditolaknya. Terus dia keluar dan melabuhkan punggung di atas kerusi gantung. Bestnya la ada bilik macam Tengku Faris ni. Luas, memang nak letak macam-macam pun boleh.

Telefon bimbit yang dipegangnya bergetar. Ada mesej lagi la tu. Dibuka dan dibacanya. Siap tersengih-sengih lagi. Tengku Faris dari tadi hanya memerhati. Dia pun terus keluar dari biliknya untuk menonton movie di ruang tamu tingkat atas.

Azwa terus masuk ke dalam dan menuju keluar daripada bilik. Rasa macam nak ronda satu rumah je. Nak tengok sekeliling. Malas dia nak layan mamat ketul ais tu. Bukannya nak tegur dia ke apa.

★★★

SAYA EXCITED SANGAT MASA BUAT PART MESEJ TU. BIAR TENGKU FARIS JELES. HEHE. TAPI TAKKAN LA DIA NAK JELES. KANNN.

Mr And Mrs TengkuWhere stories live. Discover now