BAB 53

21.3K 681 112
                                    

Semoga tersengih-sengih 😹

***

"KITA ada seorang pesakit kritikal. Sedang dalam perjalanan ke sini."

Kata seorang jururawat yang baru sahaja mendapat panggilan tentang pesakit yang akan dirawat di situ.

Doktor Dahya mengangguk. Bukannya pertama kali dapat pesakit kritikal. Banyak kali dah. "Kalau macam tu, panggilkan Doktor Azwa." Arah Dahya.

Setelah dipanggil, Azwa berlari mendapatkan Doktor Dahya di tingkat bawah hospital.

"Pesakit terlibat dalam kemalangan. Kereta yang dipandunya dirempuh oleh lori."

Kata seorang jururawat lelaki yang baru lepas berbual dengan jururawat yang mengangkat panggilan tadi.

"Pesakit perempuan ke lelaki?" Soal Azwa.

"Perempuan." Dahya dan Azwa menghela nafas. Kesiannya.

Azwa merapati Dahya. "Kau dengan suami kau dah okey ke belum?"

Azwa mengangguk. Apa-apa hal ke, memang Dahya la tempat Azwa mengadu.

Tapi semalam Tengku Faris tak sembang apa pun dengan dia. Memang suami dia tak bercakap sepatah pun. Kecuali masa dalam kereta. Itu pun Tengku Faris bising sikit.

Nanti bila balik rumah orang tua dia, dia nak mengadu dekat mereka pulak. "Itu la kau. Percaya sangat kata-kata stranger." Dahya menolak kepala Azwa daripada mendarat di bahunya.

"Pergi lentok kepala dekat bahu suami la." Dahya mengusiknya. Azwa tersengih-sengih. Tapi kepalanya tetap juga nak mendarat di bahu Dahya.

Dahya menjogket bahunya. Kepala Azwa tergoyang sedikit. "Dekat rumah, kalau boleh, dia je asyik nak mengada. Aku nak mengada sikit pun tak dapat tau." Adu Azwa lagi.

Mana taknya, Tengku Faris tu manja lebih pulak dengan Azwa. Sampai isteri nak manja dengan suami pun tak dapat. Kalau perangai budak-budak betul Tengku Faris ni.

"Pesakit dah sampai." Kata jururawat lelaki yang banyak cakap tu. Dia dan beberapa jururawat lain mengusung katil menuju ke arah ambulans.

Azwa menggeleng kepala melihat gelagat mereka. Patutnya katil tu kena sedia awal-awal semasa tunggu ambulans sampai. Ini pulak tidak. Ni mesti kes malas nak tunggu ambulans dalam cuaca panas terik macam ni.

Setelah meletakkan pesakit, mereka mengusung katil itu menuju masuk ke dalam OR. Sempat Azwa melihat pesakit yang bakal Dahya bedah itu.

Ariana! Dia memakai cervical collar. Kenapa dengan tengkuk dia. Patah ke.

Pagi tadi...

TENGKU Adrian segera masuk ke dalam lif untuk ke penthouse Ariana. Dia sudah pun menukar tayar kereta Ariana yang kempis itu. Dan sudah pun melakukan sesuatu pada kereta Ariana.

Tengku Adrian tersenyum sinis. Semua ni salah Ariana. Sebab Ariana la dia kehilangan isteri dia.

Dia tak sempat nak bawa isteri dia ke hospital lebih awal kerana Ariana. Ariana penyebab segalanya. Dia nak Ariana lenyap.

"Thanks Adrian." Ucap Ariana setelah masuk ke dalam keretanya.

Tengku Adrian tersenyum penuh makna tersirat. "No problem. Hati-hati memandu." Sempat Tengku Adrian memesan kepada Ariana.

Ariana sekadar mengangguk. Dia pelik seketika sebab Tengku Adrian tiba-tiba pesan macam tu dekat dia.

Ariana malas nak ambil tahu. Dia pun mula memandu untuk ke tempat kerja. Dah lambat sebenarnya. Dia ada photo-shoot pagi ni.

Mr And Mrs TengkuWhere stories live. Discover now