Ammar Nielham.
Seorang yang penuh dengan cita-cita yang tinggi, tegas dan sangat berkarisma sebagai seorang pemimpin. Apa yang ada difikirannya hanyalah KERJA! KERJA! KERJA!
Percintaannya dengan Vivi Syabilla pula semakin hari semakin hambar apabila Ammar lebih suka memilih untuk fokus dengan kerjanya selepas berlaku pergaduhan kecil antara mereka.
Begitu juga dengan Vivi yang lebih memilih untuk mencapai impian yang diidamkannya dan juga merealiasasikan impian arwah ibunya. Vivi juga tersepit dengan kisah keluarganya yang penuh dengan rahsia. Semuanya terbongkar sedikit demi sedikit membuatkan Vivi terbungkam menerima semuanya. Ditambah pula kisahnya dengan Ammar yang tidak kesampaian.
Vivi murung dan tenggelam dalam egonya sendiri.
"Saya dah lama tunggu awak, Ammar. Tunggu awak ubah arah hubungan kita ni ke stage yang lebih serius."- Vivi Syabilla
"Buatlah apa yang awak suka, kejarlah apa yang awak nak."- Ammar Nielham
Ego.
Itulah satu perkataan yang paling sesuai menterjemahkan keadaan mereka.
Ammar juga tersepit apabila kedua ibu bapanya ingin menjodohkannya dengan PAnya sendiri.
Kehadiran Aris Farhan pula, menggugat perasaan Ammar.
Bagi Ammar, cinta pertama takkan mudah dilupakannya. Apa-apa pun misi menambat semula hati Vivi perlu di lakukannya segera walaupun mereka sudah putus terpaksa!
*Ini hanya sinopsis, mungkin jalan ceritanya akan berubah sikit, semuanya bergantung pada idea penulis semasa menulis.
