Part 2

1.2K 105 0
                                    

Taehyung perhatikan abangnya yang sedang menikmati sarapan paginya di ruang makan, Baekhyun sudah bersiap untuk pergi ke tempat kerjanya. Taehyung mendekati Baekhyun, lalu melabuhkan punggung bersebelahan dengan abangnya itu, omma Byun dan appa Byun juga berada di meja makan. Sekejap lagi tinggallah omma Byun seorang diri di rumah, dahulu Baekhyun lah jadi peneman omma Byun semasa tidak kerja lagi.

   "Gomawo V ah sebab gosokkan baju kemeja warna kelabu ni untuk hyung," ucap Baekhyun ikhlas.

Taehyung tersenyum lebar. "Alah setakat nak gosokkan baju hyung tak ada masalah pun. Urm... nanti bawa kereta tu baik baik, ubat tahan sakit jangan lupa bawa pulak" pesan Taehyung. Dia sebenarnya rasa berat hati pula nak bagi abangnya ini keluar dari rumah, tambahan pula nak memandu sendiri. Taehyung mencapai roti bakar yang sudah di sapu dengan jem coklat.

   "Baekhyun ni appa nak pesan jangan nak buat kerja berat berat sangat kalau tak boleh, nanti jadi apa apa pulak" pesan appa Byun pula.

Baekhyun mengangguk. "Baekhyun janji appa, omma appa, Baekhyun dah nak pergi ni. V, hyung pergi dulu tau," Baekhyun bangun dari duduknya apabila roti yang di jamah tadi sudah habis di makannya.

   "Hyung bawa kereta elok elok tau, ubat tu jangan nak lupa pulak" sekali pesan Taehyung. Dia memang risau habis dengan keadaan abangnya itu. Dahlah dia cuma mempunyai seorang abang sahaja, tapi jika dia ada beberapa orang abang lagi, pastinya dia akan tetap utamakan abangnya yang ini kerana abangnya ini sakit. Dari dalam rumah dapat mendengar kereta yang di hidupkan enjinnya dan di pandu pergi.

Taehyung terus menjamah makanannya. "V masuk kerja pukul 8.00 kan?" Soal appa Byun.

Taehyung menganggukkan kepala. "V memang masuk pukul 8.00 pun," balas Taehyung dengan mulut sedikit penuh.

   "Taklah, kutlah nanti terlambat pulak, sebab sekarang dah pukul 7.35 dah pun" kata appa Byun lagi.

   "Omma, hyung kerja dekat..." tidak sempat menghabiskan ayatnya, telefonnya berbunyi meminta untuk di angkat. Taehyung mengeluarkan telefon dari poket seluarnya, nama Chanyeol tertera di situ, pantas Taehyung menekan ikon hijau.

   "Yeoboseyo, V ah" kedengaran suara Chanyeol.

   "Nae hyung, kenapa telefon V pagi pagi ni, kejap lagi kita akan jumpa jugak" kata Taehyung pelik.

   "Memanglah tapi Taeyeon bagitahu yang kita ada meeting sekejap lagi, dia minta datang awal sikit. Dia tak nak nanti kita lambat pulak nak masuk bilik mesyuarat tu, cepat tau V. Hyung pun dah gerak dah ni," bagitahu Chanyeol.

   "Yelah kalau macam tu, kejap lagi jumpa dekat ofis" panggilan di putuskan. "Omma appa, V dah nak pergi sekarang jugak. Malam nantilah kita sambung sembang lagi erk... V memang ada benda nak tanya ni nanti lambat pulak sampai ofis tu. Kang tak pasal bergegar lagi ofis tu sebab lambat sampai," Taehyung sudah bangun. Kelam kabut pula dia jadinya.

   "Okey. Bawa kereta jangan laju sangat walaupun nak cepat" pesan omma Byun. Taehyung mengangkat tangannya sebagai isyarat.

   "Budak budak tu lah kan," appa Byun menggeleng sambil tersenyum melihat gelagat mereka. Dalam hati sekarang risau juga apabila teringatkan Baekhyun yang pergi kerja memandu sendiri itu.

Chanyeol mengangkat tangannya apabila nampak kelibat Taehyung melangkah masuk ke lobi. Taehyung juga mengangkat tangannya membalas lalu mengerling jam di tangannya. Sekarang sudah 7.55 pagi. Selamat sampai juga sebelum pukul 8.00 tadi, kalau tidak memang kena lagilah dengan Taeyeon tu. Mahunya pening pula nak dengar leteran perempuan itu yang entah nak habis pun tak tahulah.

Mereka sama sama pergi ke lif untuk naik ke tingkat lapan belas. Di situ tempat mereka dan juga Taeyeon. Keluar sahaja dari lif tersebut sudah kelihatan Taeyeon berdiri di sana, staf yang lain pun nampaknya sedang berdiri di hadapannya. Apa lagi buka langkah besarlah mereka berdua, nanti kalau lagi lambat memang kenalah dengan Taeyeon ini. Chanyeol dan Taehyung sama sama berdiri menyertai staf yang lain.

[✔] Husband Encik P.AWhere stories live. Discover now