Part 53

547 71 15
                                    

Cebikan di berikan apabila dia pandang muka adik dia sendiri, tambah tambah bila dia tengok sengihan lelaki yang juga boleh tahan sepet matanya itu.

Baekhyun perhatikan isterinya yang sudah naik ke atas untuk membersihkan diri. Taehyung cepat cepat duduk di sebelah abang kesayangannya itu. Kening di angkat dua tiga kali, tapi Baekhyun langsung tak bagi apa apa reaksia pada dia.

   "Seronok ke tak pergi bukit tadi? Mesti ada part best tadi, kan?" Taehyung kelip kelipkan mata sambil tongkat dagu dia.

   "Bolehlah, tapi part best tu tak ada pun. Taeyeon noona kau tu sibuk nak kira bintang dia tu," Baekhyun julingkan mata ke atas.

Taehyung ketawa perlahan. Dia dah terbayang yang Taeyeon mengira bintang yang ada di atas langit sana. Mesti comel juga gaya seorang perempuan mengira bintang. Tak pernah pernah orang kira bintang lagi, bukan tak pernah orang lain kira bintang tapi dia yang tak pernah tengok ada orang kira bintang.

   "Gelaklah lagi, malu tahu hyung tadi atas bukit tu" ujar Baekhyun. Ter... geram jugalah dia dengan Taeyeon semasa di atas bukit sebentar tadi.

Mana tidaknya, Taeyeon boleh pula pergi marah budak yang baru berumur tiga empat tahun berbuat bising sedikit. Mereka masih kanak kanak, manalah tahu sangat. Habis kanak kanak itu di marahnya Taeyeon, sudah pula omma kanak kanak tersebut juga masuk campur sama. Taeyeon memang tak mengalahlah dia nak bertikam lidah juga dengan omma kanak kanak tersebut, dia dengan appa kanak kanak tu lah yang tanggung malu isteri masing masing.

Akhirnya kedua dua perempuan tu diam macam tu je lepas kena tegur dengan seorang makcik ni, dia boleh tarik nafas lega sajalah bila tengok Taeyeon tidak membalas kata makcik tersebut. Mungkin kerana orang yang menegur mereka itu merupakan seorang makcik, bukannya perempuan yang lebih kurang sebaya dengan mereka berdua. Jadi di akhir, dia dengan suami perempuan tu yang memohon maaf antara satu sama lain.

   "Kenapa pulak dah jadi macam tu?" Taehyung gelengkan kepala, tapi dia masih ketawa.

Baekhyun kembali menceritakan perihal yang berlaku di atas bukit sebentar tadi. Kalau dia tahu akan terjadi begitu, memang dia takkan bawa Taeyeon pergi bukit. Bagi dia yang ini semua salah Taehyung, kerana datang memujuk dia tadi di pejabat. Kalau tak kerana adik dia ni, memang dia akan buat buat lupa sahaja dengan permintaan Taeyeon mahu pergi ke bukit.

   "Aduh... lawak benor" Taehyung terus berbaring di atas sofa tersebut.

Baekhyun buat buat ketawa sama dengan Taehyung. "Ni kaulah yang punya pasal," dia buat muka, lalu bangun naik ke tingkat atas. Nak pujuk Taeyeon pula, dia memang marahkan Taeyeon di dalam kereta tadi cukup cukup. Sebab tu lah sampai sampai je terus naik ke tingkat atas sana, nasib baik omma dengan appa dah ada dalam bilik waktu waktu sekarang, kalau tidak kena jawab pula soalan yang banyak dengan omma tu.

   "Nasib kaulah hyung" Taehyung menggosok matanya perlahan. Dia rasa macam nak gelak lagi dah ni, tapi kang kena luku dengan Baekhyun pula. Sebelum dia kena luku, baik dia naik atas sambung gelak dekat dalam bilik sahaja.

   "Macam mana pergi bukit semalam? Pftt..." Chanyeol ketawa kecil.

   "Kau jangan ganggu mood aku chapang, aku tengah bad mood gila" Baekhyun tak pandang Chanyeol langsung. Tangan kiri sudah naik dahinya.

Chanyeol terus diamkan diri, dari nada Baekhyun pun dia sudah tahu yang Baekhyun dalam mood yang tak baik. Sebelum meletus, baik dia diamkan je. Tapi dia tidak pula berganjak dari tempat Baekhyun.

Chanyeol tunduk hormat pada Taeyeon yang baru masuk ke ofis, gadis itu juga terus melangkah masuk ke dalam biliknya. Langsung tak ukirkan senyuman pada sesiapa pun, walaupun Chanyeol sekalipun.

[✔] Husband Encik P.AWhere stories live. Discover now