"Dah kenapa tersengih sengih macam kerang busuk sejak dua tiga hari ni?" Soal omma Byun serentak menepuk bahu Taehyung perlahan. Nama sahaja sedang menonton televisyen tetapi fikiran entah terbang ke mana.
Taehyung pandang omma Byun lalu tersengih lagi. Dia tidak pula menjawab apa yang di soal omma Byun itu.
"Kalau omma nak tahu, V ni tengah angau dengan dongsaeng Taeyeon bos kitaorang" Baekhyun pula tolong jawabkan bagi pihak adiknya. Baekhyun tidak pandang ke arah Taehyung dan omma Byun kerana dia ada kerja yang perlu di siapkan dan di hantar kepada Taeyeon esok pagi. Kalau tak siap alamatnya kena tadah telinga kena bebel je lah.
Omma Byun terus membulatkan mata mendengar kenyataan tersebut, dia pandang Taehyung yang sudah seperti malu malu kucing pula. Dah kalau reaksi Taehyung begitu, bermakna apa yang di beritahu oleh Baekhyun bukanlah penipuan atau gurauan. Selalunya kalau benda tak betul pastinya Taehyung akan membela diri cepat cepat tetapi kali ni nampak sangat betul.
"Bolehlah kahwin macam ni," omma Byun usap bahu Taehyung.
Taehyung menggeleng.
"V tak nak kahwin selagi Baekhyun hyung tak lakukan pembedahan, kalau V kahwin mesti duit yang V kumpul tu habis sebab kahwin kan kena guna duit banyak"
Baekhyun yang ligat menaip terus berhenti dan menoleh ke arah Taehyung yang duduk tidak jauh daripadanya. Baekhyun pula menggeleng gelengkan kepala, dia tak setuju dengan apa yang di katakan Taehyung itu. Baekhyun bangun dari duduknya, dia melabuhkan punggung di sebelah kiri Taehyung, sekali lagi dia menggelengkan kepala apabila Taehyung pandang ke arahnya.
"Kan hyung cakap hyung tak nak susahkan V dengan yang lain, biar hyung cari duit untuk pembedahan hyung nanti" Baekhyun buat muka serius.
"Tapi hyung, hyung hanya ada lagi dua bulan lebih je tau, dalam masa tu takkan dapat. Lapan puluh ribu hyung, bukan lapan puluh ringgit atau lapan ratus tau" Taehyung jegilkan matanya. "V ni ri..." tidak sempat menyambung kata katanya omma Byun memotong dahulu.
"V biarlah hyung tu, sekarang biar je dia" bisik omma Byun pada Taehyung.
Taehyung mencebik. Baekhyun kembali ke arah komputer ribanya. Dia kembali menyambung kerja kerjanya yang banyak itu.
Taehyung bangun dari duduknya lalu melangkah masuk ke dalam bilik, bukan merajuk ke apa tapi dia nak berangan sorang sorang. Di dalam bilik bolehlah dia tersengih sengih seperti kerang busuk lagi, nak bercakap pun tak ada masalah juga.
"Merajuk ke apa tu?" Soal Baekhyun sambil pandang omma Byun.
"Taklah tu, tak muncung pun. Baekhyun bukan tak tahu macam mana kalau V tu merajuk, mesti muncung dia bukan main panjang lagi tau" omma Byun datang mendekati Baekhyun. "Baekhyun, omma tahu jugak macam mana Baekhyun nak cari lapan puluh ribu sendiri?"
Baekhyun senyum. "Baekhyun perlu kerja keraslah," balas Baekhyun tanpa memandang ke arah omma Byun.
"Baekhyun bukan ada banyak masa tau, omma pun risau jugak. Dua bulan lebih je lagi, mana sempat kalau nak tunggu gaji Baekhyun tu" omma Byun pegang bahu Baekhyun lembut.
"Tak apalah, kalau lebih pada tiga bulan pun bukannya ada masalah" balasan selamba Baekhyun itu mendapat tamparan di bahunya.
"Apa Baekhyun ingat ni sakit main main ke, tak kira lepas tiga bulan permbedahan Baekhyun kena jugak berjalan. Tak kiralah Baekhyun dah cukup duit atau tidak," keras jawapan omma Byun.
"Tapi omma..."
"Tak ada tapi tapi lagi," omma Byun bangun dari duduknya dan berlalu pergi ke dapur.
YOU ARE READING
[✔] Husband Encik P.A
Fanfiction"Lapan puluh ribu ringgit untuk pembedahan Baekhyun hyung, dekat mana nak cari duit sebanyak tu" ~ Taehyung Setelah Baekhyun pengsan semasa berada di tempat dia bekerja, doktor memberitahu mereka semua akan penyakit Baekhyun yang semakin teruk itu. ...