Update... Sorrylah lambat update. AhYeon rasa ff ni takkan habis lagi walaupun masuk tahun 2017 nanti. Tapi apa apa pun jangan lupa comment and vote banyak banyak erk... Thank You.😘😘
💜💜💜
Encik Kim dan Puan Kim memandang lelaki yang duduk berhadapan dengan mereka dengan perasaan marah. Sanggup lelaki di hadapan mereka ini curang dengan anak sulung mereka.
YeonJi pandang JaeHan atas hingga bawah, JaeHan hari ini tidak seperti selalu, dia kelihatan kusut. Tidak sekemas dahulu lagi.
"Uncle, auntie, YeonJi, bagilah JaeHan jumpa dengan Taeyeon sekejap" pinta JaeHan.
"Unnie tak ada dekat rumah, tak dengar ke apa orang cakap dari tadi?" Balas YeonJi rimas.
"Oppa tak percaya,"
"Tak payah nak ber oppa dengan YeonJi erk... kau tak layak gelarkan oppa pada diri kau pada aku" YeonJi buat gaya geli geleman.
"JaeHan, betul Taeyeon tak ada dekat rumah sekarang, dia keluar uruskan sesuatu" kata Encik Kim lembut. Dia tak nak berkasar sangat.
"Tadi JaeHan pergi ofis tapi dia tak ada, maknanya memang dia ada dekat rumah sekarang ni, kan"
YeonJi menjulingkan matanya ke atas, tak faham bahasa sungguh lelaki di hadapannya ini. "Tak ada masa kitaorang tipu kau ke apa, memang Taeyeon unnie tak ada dekat rumah sekarang"
Mereka semua pandang ke arah yang sama apabila pintu di tutup dari dalam. Kelihatan Taeyeon melangkah masuk dengan wajah ketatnya, langsung dia tak pandang JaeHan yang sedang memandangnya. Dia duduk bersebelahan dengan YeonJi, lengan adiknya di genggam kuat. Di tangan kirinya memegang sampul besar berwarna coklat cair.
"Sayang" panggil JaeHan lembut.
"Apa sayang sayang? Aku tak nak dengar kau panggil aku dengan gelaran tu lagi, aku tak suka" Taeyeon menjeling lelaki itu.
"Maafkan oppa sayang, oppa tahu oppa salah. Oppa janji takkan buat lagi kalau sayang maafkan oppa" macam tak faham bahasa JaeHan terus menerus menggunakan gelaran tersebut.
Taeyeon mengecilkan matanya memandang lelaki itu. Ingat dia nak percaya kali ini, dulu mungkin di bodoh percayakan apa yang di katakan lelaki ini tapi bukan lagi sekarang. "Aku maafkan kau, tapi aku takkan terus bersama dengan kau" Taeyeon pandang omma dan appa nya silih berganti. "Ni" Taeyeon hulurkan sampul coklat itu kepada JaeHan tanpa memandang lelaki itu.
JaeHan membuka sampul tersebut, di keluarkan isinya. Seketika kemudian dia geleng gelengkan kepala sambil memandang Taeyeon. Dia tak percaya Taeyeon akan bertindak secepat ini, sudah membuat surat cerai.
"Oppa takkan ceraikan sayang,"
"Baik kau ceraikan anak aku atau aku akan saman kau" kata Puan Kim penuh tegas. Dia dah berbulu melihat lelaki ini sekarang. Anak kawan tak kawan.
"Uncle, auntie, maafkan JaeHan. JaeHan janji takkan buat macam tu lagi dah,"
"Uncle dengan auntie akan maafkan JaeHan kalau JaeHan ceraikan Taeyeon. YeonJi pun akan maafkan JaeHan kalau JaeHan ceraikan Taeyeon, kan YeonJi?" Appa pandang YeonJi.
"Betul" YeonJi angguk mengiakan.
JaeHan tundukkan kepala. Dia sayang Taeyeon, tapi... "Baiklah, JaeHan akan ceraikan Taeyeon" antara rela dan tidak dia membalas. "Petang nanti kita selesaikan semuanya" JaeHan bangun. "JaeHan mintak diri dulu," seperti orang yang sudah putus asa dia pergi.
Taeyeon beriak kosong, bukannya dia sedih ke apa. Dia cuma terfikir siapa yang mahukan dirinya lagi selepas ini, sudahlah dia akan memegang gelaran janda jika JaeHan menceraikannya. Tapi tak apa, dia rela jadi janda sampai mati daripada jadi isteri pada JaeHan.
YOU ARE READING
[✔] Husband Encik P.A
Fanfiction"Lapan puluh ribu ringgit untuk pembedahan Baekhyun hyung, dekat mana nak cari duit sebanyak tu" ~ Taehyung Setelah Baekhyun pengsan semasa berada di tempat dia bekerja, doktor memberitahu mereka semua akan penyakit Baekhyun yang semakin teruk itu. ...